Hai, berjumpa lagi dalam rancangan "blog payiet masih bernyawa". Dalam rancangan kali ini, ande ande akan di sajikan dengan gambar gambar dari tahun gajah yg di kumpul dan diperam macam ikan pekasam lalu disajikan untuk tatapan umum. (teringat kak farah ada bagi ikan pekasam, ada sekoq lagi lam esbok). Jadi Ayuh...
Gue masih lagi melukis tapi ketidak upayaan nak membalance kan kehidupan sebagai seorang pemain ps4 dan dan seorang pelukis. Gue lebih memilih untuk bermain ps4, lukis pon kekadang je, tu pun bila server game Division kelaut. Anyway, thnx to Alex kerna membida lukisan saya hingga Rm650.00, Lukisan tersebut akan di hantar a.s.a.p. Tengkiu to alex again (psstt smoga my drawing will cheer up ur 1mil house la yer sir)
Seterusnya, setelah berpenat lelah memantain aquarium, skarang rasa nak buat terrarium pula. Dan kebetulan itu hari pi Jalan Pasaq ada jumpa terrarium murah ya ampun kut. Dimana harga asal adalah RM300++ tapi kedai ini bagi RM170, sib baik gue datang naik superbike, cemana nak pikul balik pulak, kalau naik kete dah selamat dibeli. Takde rezeki sangat pada hari berkenaan.
Next.. Beberapa mingu lepas, gue amek cuti selama 6 hari gara gara cikmatno nk operate. Jadinya kene la berjenguk jenguk, dan bernasib baik jugak la umah dan spital amatlah dekat seperti halilintar menyambar pokok lalu tau tau dah terbakar pokok itu. Operatenya kata 2jam, tapi ujung ujung 4jam, tp apa pun alhamdulillah takde la masalah kronik pas operate itu.
Hari seminggu berlalu, cikmatno kene pi cekap, doktor nak kasi terang apa benda yang dibawa kluar dan apa efeknya terhadap kehidupan dihari mendatang. Tp doktor ini sangat bagus. Dia kasik terang bebetul detail dan sangat bertanggung jawab seperti seorang doktor. Bukan seperti org bekerja kerana terpaksa dan kerja buat syarat saja, eh (takde kene mengene ngan sesapa, jangan spekulasi tau)
Next... berlunch bersama akak akak tiri di SPM, dah kenyang makan makanan berat pastu pi makan hagen daz, kami ni bukan kedekut ke atau sengkek apa tau no no no, kami share sbb smua tgh diet nak kurus. kalau beli sorang satu mangkok, nnt bila gemok kami salah kan sesama sendiri. Lagi pun, berkongsi membawa berkat kata nya.
diakhirnya ngan gambar nasik bersama ayam masak merah dari salah satu kafe di Dataran Centrio, Semban 2. tetiba cam malas nak taip detail kafe berkenaan. Rasa macam dah banyak je taip. Pastu dah jadi malas balik. Boleh?
Ok la, itu saja nak cerita hingga saat ini, tgk la esok lusa gue ini rajin gue taip lagi. Ok bye
Farid kata: Bila kau itu seorang profesional, sila atur ayat seperti seorang profesional, jangan guna bahasa yang tak bertamadun. Ok bye skali lagi.