Tuesday, September 11, 2012

Pakcik tua kerepot yang saiko mengarut gila merepek

Last weekend gua sama mak ngan apak gua pi makan kat kedai yang biasa kami makan di Seremban. Kedai ni mmg slalunya lengang. Masa tu keadaan adalah hujan merenyai. Kedai makan ni adalah besar, slalu gua mmg port diluar sahaja, demi sahaja senang nak merokok. 

Pastu sbelum duduk gua perasan ada sorang pakcik tua yang duduk lelepak merokok selang satu meja. Belum sempat kami memesan makanan, terus pakcik ni mai memperkenalkan diri sebagai tokei kedai tu. Gua ada la toleh sambil senyum saja. Lepas order smua makanan, pakcik ni pun memula kan kisah sejarah hidupnya, yang beranak, spuluh, ada cucu, anak engineer bagai la. Gua tak berkata sepatah pun, takut nak menyampuk kang kene tiau sama mak apak gua.

So kebetulan gua bawak ipad pada ketika itu, dan disebabkan gua ketagihan main game tembak rusa macam ketagihan yang parah, gua main je la sesambil toleh pakcik yang berdiri bebetul sebelah gua sambil sesenyum. Dan sehingga tiba lah satu part yang aku rasa agak merepek benar pakcik ni, perbualan nya sperti ini:

Pakcik saiko: Anak abang ni bongsu ke? (nmpk sangat gua kelihatan muda fuuuuuuuuuuuu)
Apak gua: tak lah, ni yang sulung
Pakcik saiko: dah kawen ke?
Apak gua: bujang lagi
Pakcik saiko: umur berapa?
Apak gua: Dec ni 30
Pakcik saiko: ooo anak saya yang keempat tu paling masalah, lain macam degilnya.

*gua toleh sambil senyum senyum, maknanya gua dgr la cerita lu walaupun gua bizi tembak rusa.

Apak gua: Selalu macam tu la, dalam ramai ramai mesti ada sorang yang lain macam sikit
Pakcik saiko: Macam ni la (sambil pandang gua), masa kita cakap ngan dia, sibuk la dengan enpon la, ipad la, dulu zaman kita mana ada camni.
Apak gua: #senyum je

Gua dah macam ko kenapa pakcik gila tua kerepot?! dengan gua ko nak cari gaduh plak?! Ikot hati gua nak je libas orang tua ni dengan ipad. Tapi nanti tak manis la di pandang masyarakat setempat. Nasib menyebelahi lu la pakcik. Dan secara auto muka gua turn into kelat. Malas aku nak pandang muka orang tua kerepot saiko ini. (dah abis marah dah ni pasal tu font kaler merah mak jah)

Makanan pon sampai, dia terus berambus, tapi sehabisnya kami makan, eh dia mai lagi, "nak order air panas tak?" sudah la kau pakcik, demi sahaja menaikan penjualan kedai lu, lu promo macam macam. Boleh blah. Seraya apak gua mahu buat pembayaran, gua capai kunci kereta terus masuk dalam kereta, nanti tak pasal gua nak kene bersalam dengan pakcik saiko ini lalu kelihatan fake pura pura nice. pls dong. ok dah tu je. Pasni takkan ke kedai tu lagi. Lu sangat merengsakan.

*Lebih kurang camni la rupa pakcik tua kerepot saiko gila maniac tu*


Farid kata: harap gua dah tua nanti, takde la berperangai memalukan camtu. Huh

Most adorable and yet practical ?

Hari ini gua mengucapkan selamat tinggal pada Nikon D90 gua yang banyak berjasa. Gua ucapkan juga selamat berkhidmat pada tuanmu yang baru. Jadi mari kita memburu kamera baru sebagai galang ganti. Ok ada beberapa pilihan disini, tapi agak kebuntuan mencari jalan penyelesaian. My first option is Canon powershot G12, Nikon 1 J1 dan Sony RX100. berikut adalah huraiannya. Chewah (segala huraian adalah berdasarkan pendapat peribadi, sila jangan ambil hati kalau ada yang tak berkenan dengan kata kata gua di bawah)



Nikon 1 J1

Ok mula dengan nikon d1 ni dulu, kehebatan dia adalah dari fizikalnya yang sleek feat ramlah ram, cantik berbagai warna boleh didapati. abis stylo la kalau pakai ini, tapi yang tak bestnya dia punya flash adalah pop up di mana ia akan keluar di bahagian tepi atas. dah rupa kapal selam pula. Function nya adalah tak berapa banyak sangat, more basic la. Price range adalah serendah rm1599 kot berserta lense 10mm, harga nya juga bergantung pada pilihan lense.


Sony DSC-RX100

Ok Sony rx100 ni adalah seangkatan dengan Nikon 1 tadi, tapi ini adalah mempunyai harga yang sangat beza. Mahal wooo Rm2000++. Fizikalnya adalah lebih kurang juga dengan pop up flash yang macam kapal selam ni. Kualiti gambar boleh tahan la hebat. Tapi disebab kan harga agak mencanak, sila keluar kau dari list ini. syuuuhhhhhh


Canon Powershot G12

Last skali adalah Canon Powershot G12, ni adalah model 2010, agak lama la, tapi dari segi harga dan fungsi adalah hebat, didatangkan dengan skrin yang besar dan boleh di flip out ko mmg hebat. tapi di sebabkan dengan fungsi yang banyak dan lalu kamera ini adalah bulky sikit, lebih berat dan godang berbanding dua model di atas, ya la dah lain kategori kan. harga adalah bawah rm1500. hebat tak? Ok dah tu je.

Jadi, gua harap gua dapat membuat pilihan yang tebat sebelum Oct ini. Good Luck

Farid kata: Ni yang payah bila nak membeli tapi ada banyak pilihan, kalau nak beli macbook air dulu senang, tu je la sebijik paling nipis, jadi beli je tanpa banyak cerita, adoiiiii *sedih (sambil lambai kat D90)

Monday, September 10, 2012

Ganu kita pt6 -The End-


Haaaaa dah sampai penghujung pun cerita KT ni, di hari ahad, kemas kemas lingkungan jam 1130 kami pun cek out. Dalam perjalanan duk mencari cari mana lah tempat nak breakfast, tapi gua sedapkan hati tak pe jalan je selagi tak jumpa tempat breakfast jangan berhenti. Pastu ada satu tempat ni gua tak ingat apakah namanya tapi sebelum sampai Cherating la, ada kawasan pembinaan, tak tau la nak bina apa, tapi ada sebuah pasaraya Giant yg telah siap di bina di tengah tengah out of nowhere. 

Jangan nak kata ini adalah Giant bunian yer, pukul kang. Tapi Giantnya mmg sedih, Selain ada super market, ada farmasi Guardian saja, ada sebuah kedai makan dah melingkup agaknya tutup terus, mungkin tak laku langsung. 

Dalam keadaan pasrah teruskan perjalanan. Sampai satu tempat Nama nya teluk mak nik kowt, dalam bahasa inggeris nya, monica bay, haaa betul kat papan tanda tulis. Gua bukan main main. Ini kali pertama gua jumpa pantai yang mempunyai nama dalam bahasa inggeris. Hebat oh. Disini banyak kedai menjual keropok lekor. Jadi singgah lah kita yo. Sebelah kedai keropok lekor tu ada kedai makan, jadi makan nasik ayam lah pula. Selesai makan, beli keropok lekor dan sambung jalan lagi.


*Gambarnya kekuningan adalah kerana bumbung canopynya bewarna kuning*


*pssttt nasik ayam nya tak sedap, tp disebabkan lapar, gua pulun jugak*

Lepas masuk highway, stereng bertukar tangan, dah dua jam memandu skarang turn Kemal pula. Gua bersenang lenang duduk kat sebelah. Dengan secara tiba tiba gua teringatkan ikan patin. Msg la sama Nok, cis langsung tak membantu, dia pun tak ingat hentian mana. Hentian pertama gua suh kemal berenti, makan nasik lauk ikan patin lah kita. Tapi tak banyak org jual. Ambil sepotong, share sudahlah. Rm8.50 siap dengan nasik dua tambah telur masin. Murah la jugak, sbb dulu gua makan ngan maya sopiah sepotong rm12. Balun je janji ikan patin. Gua rasa hentian temerloh adalah jual banyak ikan patin ini. tapi hentian temerloh adalah 70 kilo dari hentian ini, adui.



Kami sampai di KL agak kelewatan kerana jammed cam tehapa dari Genting Sempah hingga ke KL. Tapi sib baik kete auto, layan je la sambil menyanyi nyanyi dalam kereta. Haaaaaaaaa fuuuuuuuuu abis jugak entri kali ini. Sampai KL Kemal nak makan roti canai pula sudahnya, ke Mahbub la kita kerana berdekatan dengan rumah, nikmat gila dapat teh tarik dengan roti canai. Gua slalu bikin entri jalan jalan sangkut kat entri last, ini kali punya hal, gua dapat habisi. Sila berdiri dan tepuk pengakap. Ok, pada lu orang yang belum pernah sampai ke Kuala Terengganu, eloklah lu orang pergi. Ostolia, Bali smua korang dah pegi, Kuala Terengganu tak pernah pegi adalah keji. Ok babai.

Farid kata: Bukak planner dan mula planing for dec getaway.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 7, 2012

Gelek macam inul

*Norin nor tak de lam pica sbb dia yang snap*
Last few week selepas raya, gua, norin dan sri berkarok di Redbox sogo sana semata mata meraikan hari terkahir Isketambola berpraktikal di kompeni lima persen ini. Masuknya pukul 630pm ambil tiga jam hujung hujung berlarutan hingga ke jam 10. Redbox bermurah hari agaknya tak pun Isketambola ada pakai ilmu hitam hingga kakitangan di Redbox terleka seperti di pukau. ok itu hanya lawak yang tak berapa nak lawak. 

Makan dan minum buffet nya amat berbaloi, tapi banyak mana pun korang boleh makan, senak perut terus tak boleh nyanyi, tujuan utama adalah untuk menyanyi, jadi nyanyian amat dititik beratkan. Jam sepuluh pulang lah kami Isketambola mengdrop gua di Bangsar dan lalu menghantar Sri ke Shah Alam, tatkala Norim pula memandu sendirian. Anyway, good luck kepada Isketambola, smoga lu mendapat kerja yang hebat , dan harap bukanlah di kompeni lima persen ini. Dah tu je.

Farid kata: Isketambola boleh gelek cam Inul, gua yang runner up ratu kebaya pun tak boleh buat. Kelas ke tidak?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ganu kita pt5



Ok sebenar gua dah kecapekkan nak mengupload dan menaip, tapi gua gigihkan jua demi sahaja mahu memecah rekod mengupdate blog secara consistant. Selepas berjalan di tgh panas di Taman Tamadun Islam itu, marilah kita ke Muzium Negeri pula. Jikalau lu orang datang dari Losong, lu orang akan nampak muzium ini terlebih dahulu then baru lah bertemu dengan Taman Tamadun Islam. Tapi kompom tak sesat punya sbb papan tanda di merata rata perlusuk alam. Kalau sesat juga maknanya buta hurup atau buta hati. Ok tak kelakar.

*kat tempat parkir pun jadik nak bergambar*
Bayaran masuk gua dah lupa. Kamera pula tidak dibenarkan masuk, tp knowing gua as a blogger despret, pandai pandai la snap gambar. Jangan gari saya. Didalam ini ada banyak seksyen. Setiap ruangan sangatlah meluas, jadi tak de la bersesak sesak walaupun di penuhi rombongan sekolah. Gua amat mengkagumi seni bina bangunan muzium ini, mengingatkan gua pada seni bina Galeri Perdana di Langkawi pula. Bangun penuh dengan dengan ukiran ukiran yang menakjubkan. ok kagum

*Kalau drive pegi keje ni best leh langgar smua kereta yang berkurang ajar*
Di bahagian luar ditempat beberapa kenderaan penting dalam sejarah, sepertinya kereta yang yg pernah digunakan Sultan Trengganu, Proton Saga keluaran terawal, pesawat ringan dan beberapa kenderaan askar. Ok ayat gua dah mula macam buku sejarah sekolah.

*macam semut jadinya*
*alamak nampak jari gua di hujung gambar, mintak halal je la*
*Jenis jenis burung burungan tempatan yang kejung*
Ada satu seksyen itu menampilkan segala haiwan haiwan yang telah diawet. Ini mengingatkan gua kepada Muzium Negara suatu ketika dahulu di mana di sana juga ada menempatkan haiwan haiwan yang telah diawet. Tapi ada few haiwan setelah di awet menjadi way too creepy. Menyeramkan, menakutkan dan  menggelikan. Paling tak boleh blah ular yang diawet dan diletakkan di dalam balang. Geli gelemat.

*ingat kat muzium tepeng je ada musang zombie, kat sini pon ada deh*
*Gua tak rasa penyu ni adalah awey, rasa macam replika je, sebab cantik je rupa parasnya*
*Kejadian menunjuk kan Stesen NGV terawal, pls exclude modelnya*
Diruangan petroleum ini mempamerkan segala macam info tentu industri cari gali di Malaysia. Dari kawasan menggali, kapal galinya hingga teknologi terkini dalam kekdah memproses minyak mentah. bagus muzium ni. Ia juga mencerita kan tentang industri perminyakkan di negara Malaysia ini.

*Rimau yang rupa macam kambing, dalam gambar cantik, kalau tgk secara langsung, cam cacat*
*Gua tak paham kenapa gua snap pic ni, tapi cam gayanya menunjukkan rekahan dibawah laut semasa kerja2 menggali*
*Gerudi yang digunakan*
*Gerudi yang di gunakan dari kejauhan bersama model yang pura pura membaca keterangan*
Ok pada lu orang yang ke Terengganu, gua mmg cadangkan ke Muzium Negeri ini, berbagai info boleh diperoleh di sini. Bayaran masuk juga berpatutan. Cuma satu sahaja, di harap pihak muzium dapat membuka semula kafe untuk para pengunjung. Sorry i cant help tulis like artikel pelancongan, damn it. ok bye

Farid kata: Satu entri sahaja tinggal untuk menutup cerita trip kali ini. 

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis