Monday, December 10, 2012

Memberi ikan ikanan makan di kala hujan di waktu petang hari pada hujung mingu.

*Dik, tangan ko cam mencacat bengkok nya*

Kisahnya smalam, akibat dari ketiadaan aktiviti di waktu petang pada hujung minggu, adik memberikan cadangan supaya beramai ramai ke tasik di seremban 2 lalu memberi ikan makan. Walaupun hujan dan jalan adalah sesak disana sini, tapi smangat untuk memberi ikan makan tidak pernah luntur walau sedikit pun. 

Tasik ini letaknya berdekatan jusco seremban 2, Jikalau lu orang sampai di tapak parkir nya, adalah ramai orang menjual roti luput tarikh, bukan untuk dibuat minum petang mahupun sarapan pagi, tapi hanyalah untuk di beri pada ikan ikanan disitu.

Ada berbagai bagai jenis ikan di dalam kolam yang luas itu sperti ikan kaloi mak ilai ilai, kap komunis jepun, Arowana gergasi, kekura tua muda dan keli negro afrika. Yer ikan ikan ini smua adalah bersaiz hampir gergasi dan pelahap juga. Disamping itu kemal ada membungkus goreng pisang, cekodok dan macam macam lagi sebagai bekalan. Ok dah tu je.

Gambar ikan tidak disertakan kerana gua takut fon gua jatuh didalam air ia disebabkan gua pegang sebelah tangan pegang fon, sbelah tangan pegang goreng pisang. Harap maklum.

Farid kata: Kalau ada kolam sebesar ini di rumah, gua pelilhara dolfin, boring boring boleh renang sama dolfin sambil buat pertunjukkan. Hebat ke tidak?

Thursday, December 6, 2012

My new niece is here


Namanya adalah Amni Zahra. 

Farid kata: Masak la kalau jumpa sedara mara masa raya nanti. "Adik kau dah dua, kamu bila lagi". Mau gua terbalikkan meja kosi segala. 


Wednesday, December 5, 2012

WOTW 2: Kak tin Pon pon bersama kete legonya




nah kasi korang jamu mata dengan koleksi kereta kaktin ni.
rasanya rata-rata skang menggila dengan kereta2 comel hasil
usahasama ferrari - shell - lego.
kaktin berjaya kumpul semua model yeayyy termasuk set org minyak tu.

punyalah exited nak kumpul kesemuanya.
start dengan kereta ferrari merah panjang tu.
kereta tu kaktin dapat di stesen minyak shell area perak kalau tak salah.
kaktin bercuti seminggu, otw balik kampung.
so mmg sedang elok la boleh kumpul semua.
dan sebab kereta ni jugaklah tetiba kaktin ada kad bonuslink.

oklah. nak apply dia sangat mudah, senang n easy.
isi form dan dan dapat kad tu.
pastu terusan leh guna untuk mengompol kereta yg penuh dramatik nih. heh.

sampai kat kampung, adik ipaq kaktin pon menggila sama.
apalagi dah ada geng kan.
memula pi isi minyak kete dia dulu, pastu kete kaktin lak.
kelakar bila di pk pk balik. macamkan best sgt pon.
eh, tapi best gaklah rasa satu kepuasan bila dapat kumpul semua model.

balik mai opis, kaktin pon susunlah dekat atas meja ni.
sesaja jer susun pasai kalau kat rumah takut berselerakan nnt sayang jer.
ada jer umat yg berenti tanya itu ini.
rerupanya ramai gak yg minat nak kumpul tapi kete kuning n putih
katanya dah abis stok di sekitar lembah klang juga di kuantan.
kata one of da staff kat sini lah. if kat tempat korang ada lagi, pls let me know ;p


Farid kata: walaupun berjaman menunggu entri kak tin yang hebat ini, akhirnya beliau dapat menyiapkan jua walaupun date dah jauh benar tersasar. Apa pun makasih buat kak tin kerana sudi menulis ya. Lawati blog kak tin di : www.nahartini.blogspot.com

Tuesday, December 4, 2012

Raisa - Terjebak Nostalgia



Telah lama ku tahu engkau
Punya rasa untukku
Kini saat dia tak kembali
Kau nyatakan cinramu
Namun aku takkan pernah bisa, ku

Takkan pernah merasa
Rasakan cinta yang kau beri
Ku terjebak di ruang nostalgia

Semua yang ku rasa kini
Tak berubah sejak dia pergi
Maafkanlah ku hanya ingin sendiri ku di sini

Namun aku takkan pernah bisa, ku
Takkan pernah merasa
Rasakan cinta yang kau beri
Ku terjebak di ruang nostalgia

Takkan pernah merasa
Rasakan cinta yang kau beri
Ku terjebak di ruang nostalgia




Monday, December 3, 2012

Memakan Mee Udang Makjah untuk kali keempat sepanjang hidup ini

*Choy: mi, Pandang lah sini
Sally: Tak mo, aku ingat bini aku kat umah la upama sepurnama meninggalkannya*

Memula cam smangat sambil berhujung minggu sambil taip entri mee udang, ujung ujung internet cam tehapa. Ok berbalik pada cerita rentetan ke Sg Petani disamping mencari rete karun, makanya balik tu singgah la di Taiping sempena memakan mee Udang yang popular di segenap pelosok tanah melayu ini.

*Cam biasa berebut frame, ye la aku tak selebar ko bok. Kelebaran ko upama lori ayam*

Ini adalah kali ke keempat gua kemari, last taim ngan kemal sempena cecuti taiping. Nok ngan Sally idok la pernah ke sini. Choy pula adalah orang tepeng dan dah pernah je sampai sini. Mee Udang Mak Jah ini amat lah popular di mata masyarakat malaysia. Kalau tak pernah dengar dan tak pernah cuba, sila pindah kluar dari malaysia lalu tukar kerakyatan jadi warganegara Angola. 

*Air kelapa yang aku malas nak mencungkil isi nya lalu nok gemok yang membedalnya*

Nama pun kedai Mee Udang, takkan nak makan capati pula di kedai ini, jadi ketiga tiga makhluk ini memesan mee udang spesel yer. Ketamakkan udang menguasai pemikiran. Mee Udang biasa adalah rm8.00 dan spesel adalah rm11.00. Beza nya adalah bilangan udang didalam mee itu lah. Ada jua nasik goreng Udang. Choy adalah memakan nasik goreng udang itu. Tak sempat snap gambar, sila rujuk entri lampau untuk gambaran nasik goreng udang yang enak. Minuman pula pasti la air kelapa di serikan dengan abc. Nikmat tidak terperi kerana hari tersebut adalah panas terik mentari memanco. 

*cantik benar baringan udang ini, nomnomnomnom*

Dah kenyang, lalu memasing membungkus untuk para para isteri, gua yang tak dak isteri tak yah ngada nak bungkus. Jadinya bayar dan balik lalu singgah di hentian tapah memborong jambu like kat kl tak de jual jambu. *Gambar tidak diambil, kerana terasa melampau pula beli jambu pun nak bergambar. (Walhal ko pemalas kan farid nak snap gambar kan? kan? kan?)

Farid kata: Lambat benarnya la hai nak cuti panjang ni, adoi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis