Wednesday, December 26, 2012

Selamat hari jadi ke tigapuluhtapirasacamtigabelas je

*Pavlova tajaan adik perempuan kesayangan gua. Makasih dik, ku tau nanti harijadi ko mesti ko mintak aku sponser lagi hebat dari ini kan? ciss*

Beberapa minggu yang lepas ialah hari jadi saya, jadi saya ucapkan terima kasih pada yang mengucapkan nya di facebook, twitter dan dimana mana sahaja. Pada yang memberi kad dan hadiah, terima kasih jua, jasa mu ku kenang hingga akhir hayat. ok dah tu je *Pada sesiapa yang bermurah hati nak bagi Iphone5  pada gua sebagai hadiah harijadi sila tweet gua, tweet ya #beranganbagainakmati




*Untung la ada tukang tiupkan kek bagai*

Farid kata: Jalan hidup gua adalah teratur dan alhamdulillah. 

Desaru 1- mula ceritanya gini

*Gambar ini adalah tiada kene mengena ngan Desaru, kami berpeleseran di Jusco Melaka*

Last few week gua terpetik nak ajak adik pompuan gua pi jenjalan. Jadi pikio punya pikio ke Desaru sahaja lah katanya. Gua google google apa yang patut, pastu jumpa la satu resort ini, tu gua cerita kat entri kedua yo. Lepas google, gua halo halo sama kemal, dia akan uruskan smuanya. So Ahli jemaah adalah gua, adik, kemal dan tok mok jua, tok mok adalah sepupu gua dan tiada kene mengena ngan tomok yang femes tu. 


*Beria naw dapat pulut yang diidamkan, dari malam duk sebut sebut*

Cuti cuti ini adalah selama dua hari satu malam je, gamaknya kemal tak dapat cuti lama jadinya hari rabu pergi dan baliknya khamis dan jumaat adalah hari jadi makcik zaiton yakni mak kemal, jadi kemal harus pulang ke pangkuan emaknya. *ok panjang explainnya, sebelum lu orang tanya kenapa pi satu malam je. Disini saya ucapkan Selamat hepi birthday pada makcik zaiton. Semoga makcik di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. 


*Gambar adalah gelap akibat dari cahaya di belakang, bukan sebab gua rentung yer, ingat tu yer*

Pagi pagi tu sarapan kat teluk kemang dulu, pekene lontong ngan teh tarik, pastu terus jalan. jalan dari pd ke desaru adalah senang benar, gara gara GPS kemal yang baru diupdate itu. Ikot highway utara selatan, kluar kat senai, pastu masuk pula highway senai-desaru, senang kan? kalau korang sesat gak, sila pindah dari malaysia ini lalu bertukar kerakyatan angola.


*Lontong yang manthop ini didatang dengan telor sebijik, wahhh hebatnya*


*Tok mok upama mati ditembak*


*wahh kagumnyaa, kagumnyaa, terjakun jakunnya gua uiihhhh*

Ini between highway Senai- Desaru itu lu orang jangan cuak lak (seperti kami) ini kerna tetiba highway yang tiga lane tu bertukar menjadi satu lane dah upama jalan kampung, tapi masih dalam kawasan jajahan highway berkenaan dan lu orang pasti akan terkagum kagum dengan jambatan yg iras iras jabatan pulau pinang yang femes itu. cam pelik, dalam tetengah alam yang keliling tiada apa apa, tetiba ada jembatan yang hebat binaan nya ini. Haa korang jangan nak kata ini jambatan bunian la apa, pukul kang.


*psttt kemeja jeans itu adalah hadiah hari jadi kita tawwwwww*


Selang beberapa jam maka tibalah kami di resort itu. Kemal pi cek in, kami pi post post depan resort itu. *post lah sangat. ok sambung..

Farid kata: Harap passport sempat siap dalam masa dua minggu ini, mintak mintak tak tertinggal la flight pi Uganda tu.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 25, 2012

Shanghai- Beijing Bullet Train Attendant



Attendant lebih sinonim dengan syarikat penerbangan, tapi tahukah anda, keretapi laju di China juga mempunyai attendant mereka sendiri. Keretapi laju Shanghai-Beijing ini lebih dikenali sebagai Goatie menerima lebih 3000 permohonan untuk jawatan bullet train attendant. Dan hanya 313 wanita sahaja yang dipilih dan kebanyakkan mereka adalah bekas attendant syarikat penerbangan. 

Antara syarat yang dikenakan semasa temuduga bagi jawatan ini adalah:

1. Senyum dengan hanya menampak lapan batang gigi hadapan sahaja, ini boleh dipraktikkan dengan latihan menggigit chopstik.

2. Senyum dengan mata. Latihan ini untuk memboleh smua bahgian organ berkerjasama antara satu sama lain semasa senyum.

3. Mampu untuk membuat talent show. what?!

4. Mempraktikan 5S iaitu, Smile, Speed, Standard, Sincerity dan Satisfy.

Bullet train attendent Shanghai - Beijing ini juga di kenali sebagai high-speed sister oleh masyarakat setempat.

Farid kata: Keretapi gerak laju camna lah nak serve penumpang ek? 


Wednesday, December 12, 2012

First date? seronok atau seram?

I've been through this a lot lol trust me. Dan pada setiap temujanji pertama banyak kesilapan di lakukan. Disini gua sertakan few things yang perlu di titik beratkan.

1. Tajuk Perbualan
Pastikan anda banyak mendengar dari bercakap. Dalam proses mengenali pasangan anda, pertanyaan dan dengar dengan teliti adalah sangat diperlukan. Soalan seperti "apa hobi u bila ada waktu lapang? adalah sangat sopan, dan "bila last time u had sex?" adalah sangat kurang adab dan mungkin anda akan dilabel sebagai sex maniac.
Gua rasa: Soalannya adalah "kat kompeni u ada kerja kosong tak?" jawapan "gua bukan jobstreet" *keadaan hening seketika dan hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran.

2. Pemakaian
Kita tahu first impression adalah penting dan ianya juga berkaitan dengan personaliti. teettttt salah, first impression adalah dari pemakaian. apabila anda bersiap siap untuk temujanji yang pertama, fikirkan apa yang perlu dipakai. Dress to impress dan jangan lupa pastikan ianya selari dengan personaliti anda. Pasti kan anda memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti pada temujanji pertama tersebut, dan jangan lupa juga pastikan pasangan anda juga tahu tentang aktiviti yang anda akan lakukan supaya dia juga berpakaian yang sesuai.
Gua rasa: Telinga bertindik dan lu pakai serban?! Gila

3. Bil! Bil! Bil!
Bukan bil letrik mahupun bil air yer tuan tuan. Siapa yang harus membayar pada temujanji pertama anda? Jikalau anda sudah bertemujanji lebih dari lapan belas kali sebaiknya bil tersebut di bahagikan dua. Tetapi pada temujanji pertama, barang sesiapa yang ajak mengedate adalah yang harus membayarnya. Oleh itu sebaiknya memilih aktiviti yang selari dengan bajet anda.
Gua rasa: Kalau nak murah sekali pun avoid kedai mamak!

4. Cuba sesuatu yang baru
Tiada orang yang ingin kelihatan bodoh. Jikalau pasangan anda mecadangkan sesuatu yang baru seperti makanan baru, sukan baru, anda harus mencubainya. Selagi ianya tidak melanggar peraturan dan tatasusila apa salahnya mencuba. Cuba lah sesuatu yang baru ini kerana jika anda enjoy melakukannya, dan pertama kali anda melakukannya bersama pasangan anda, ia sangat bermakna. Jikalau anda kelihatan seperti seorang loser, apa salahnya, ia adalah anda dan lebih penting anda sanggup mencubanya.
Gua rasa: Bungee jumping pada first date? berani?

5. "Dont's" pada temujanji pertama
Bagi sesetengah orang, temujanji pertama adalah menyeramkan, anda berasa gementar, tapi perasaan itu akan hilang jikalau anda berada disekeliling rakan anda.  Akan tetapi pada waktu itulah kita akan mengenali seseorang yang baru. Oleh itu JANGAN bawa pasangan temujanji pertama anda ke parti rakan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda menjadi tidak keruan kerana dia tidak mengenali org lain pada parti itu. Kira dah disadvantage la pada pasangan anda itu.
Gua rasa: First date dah mabuk mabuk dan itu sangat menjengkelkan

6. Berstyle pada temujanji pertama
Jangan berlebihan ketika berpakaian pada temujanji pertama. Kunci kejayaan nya adalah selesa dan nampak sopan dan jangan sehingga menampakkan anda mencuba untuk bergaya sedaya upaya. Jangan berlebihan dan anda pasti tidak mahu kelihatan menakutkan. Dan jangan lupa untuk memberikan kata kata terbaik untuk pakaian pasangan anda.
Gua rasa: Mekap banyak banyak nak rupa cam taylor swift, ujung ujung pasangan kata cam hantu kak limah

7. Hadiah?
bagaimana jika carnation atau ros? jauhi manisan seperti coklat dan candy, anda mungkin tidak tahu pasangan anda dalam diet. Apabila membeli bunga, pastikan anda meminta penjual tersebut meletakan sedikit kapas basah dihujung batang yang dipotong, ini akan memastikan bunga anda kelihatan segar.
Gua rasa: kalau nak jimat bagi je seikat daun pandan, wangi dan murah

8. Apa lagi yang penting?
Pastikan anda memilih tempat yang sesuai untuk temujanji, pasti juga anda mempunyai masa dan ruang yang sesuai untuk berbual. Tepati masa. Cari sesuatu yang boleh dijadikan pujian pada pasangan anda. Tahu batasan ketika berbual dan gerakkan fizikal. Pasti kan anda mengakhiri temujanji anda pada kadar masa yang sesuai. Dan kemungkinan pasangan anda ingin bertemu sekali lagi.
Gua rasa: first date pi karaoke, dan paksa pasangan lu dengar suara lu yang upama hon lori itu, komfirm itu adalah pertama dan terakhir dia jumpa lu

9. Masa
Temujanji pertama mungkin sesuatu yang meneyeronokkan dan mungkin juga menyeramkan. Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan anda tidak mahu ianya berakhir dan mungkin ia akan menjadi sesuatu yang paling menyeramkan dalam hidup anda dan ianya tidak akan berakhir dengan sepantas kilat. Anda memang tidak mempunyai idea bagaimana temujanji pertama anda akan berakhir. Jadi tetap masa tidak lebih dari tiga jam untuk temujanji ini. Waktu terbaik adalah ketika waktu makan tengahari, jika temujanji tersebut menyeksakan, anda mempunyai alasan yang kukuh untuk kembali ke pejabat, dan jika ia sebaliknya, anda bolehlah merancang temujanji yang lain secepat mungkin.
Gua rasa: Dating sampai sehari suntuk?! belum jadi kekasih lagi, mau seminggu dating terus menerus

10. Aktiviti yang sesuai?
Ok sangat tipikal apabila temujanji pertama hanyalah makan malam dan menonton wayang. Think out side the box. Apa kata anda lakukan sesuatu yang lain seperti bermain board game, card game atau lakukan aktiviti luar seperti bermain tenis atau menonton okestra atau hanya sekadar bermain pool. dapat kan informasi secukupnya dari pasangan anda supaya anda sama sama berasa seronok.
Gua rasa: kalau pasangan lu bertudung, jangan cuba cuba ajak pi main pool plak, buruk padahnya yer.

11. Menonton wayang ? its a big dont
Menonton wayang pada temujanji pertama adalah kesilapan yang besar. Bayangkan anda duduk didalam gelap, sambil makan popcorn, dan bila masa anda akan berbual? Ingat! temujanji pertama adalah tentang mengenal pasangan anda. Dan jika anda berkeras untuk berbual didalam panggung, anda mungkin dicaci dan di keji oleh penonton lain dan sekali gus memalukan pasangan anda. Get it?
Gua rasa: menonton filem hantu, konon konon kalau makwe takut boleh peluk secara tereksiden, it wont work

12. Google!
Semua mengakui google itu sangat berguna, dan jangan mengatakan anda tidak pernah menggunakan google.  Apa kata anda google tentang diri anda dan dapatkan gambaran tentang diri anda. Informasi yang sama juga mungkin diberikan oleh google pada pasangan anda. Jadi mulah meng-google.
Gua rasa: Google punya google, skali kluar gambar bogel pasangan lu, pengsan bangun pengsan bangun rerupanya dia adalah pelakon porno.

13. Teruskan berbual
Didepan anda seorang yang tidak anda kenali. Anda mempunyai terlalu sikit informasi tentangnya. Anda pasti tidak mahu duduk dan senyap dan memandang pada makanan sahaja. Apa kata anda mulakan perbualan yang asas. Dan jika anda bernasib baik, topik atau soalan yang anda tanya di jawab dengan penuh semangat,  terus kan dengan topik yang sama dan kemungkinan perbualan anda tidak akan berakhir dan paling penting temujanji anda tidak lagi membosankan.
Gua rasa: ingat teruskan berbual tapi bukan membebel. Sangat memualkan

GOOD LUCK!

Farid kata: Sudah berdating kali ke lapan belas, kali ke sembilan belas barulah berpadanan. (^_^)

Tuesday, December 11, 2012

Airbus A350 XWB

Selepas kejayaan yang besar dengan penghasilan pesawat penumpang terbesar didunia A380, Airbus sekali lagi akan melancarkan model terbaru iaitu A350 XWB. Pesawat ini mempunyai tiga varian iaitu A350-800, A350-900 dan paling besar adalah A350-1000. 

A350-800 mempunyai 270 tempat duduk untuk penumpang dalam tiga kelas kabin berbeza, jarak penerbangan maksimum sejauh 15,400km. Ia merupakan pesaing pada Boeing 787-9. Model ini kan menggantikan A330-200. 


A350-900 pula mempunyai 314 tempat duduk untuk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. Jarak sasaran adalah 15,000km, dan saingannya adalah Boeing 777-200ER. Mengikut perancangan Airbus akan mengeluarkan model A350-900R yang mempunyai jarak penerbangan maksimum 17,600km untuk bersaing dengan Boeing 777-200LR dan ianya mampu terbang tanpa henti dari Heathrow, London ke Auckland. Model A350-900 akan menggantikan A340-300. Dijangka memula operasinya pada 2016.

A350-1000 mempunyai extra 11 frame stretch dari model A350-900. Yakni lebih panjang. Bersaiz paling dalam kumpulan A350, model ini mempunya 350 tempat duduk penumpang dalam 3 kelas kabin berbeza. dan jarak penerbangan adalah 15,600. Ia direka untuk bersaing dengan model Boeing 777-300ER. A350-1000 mempunyai saiz sayap panjang berbanding A350-800 dan A350-900. 


Pesanan untuk pesawat ini telah di buat seawal pada tahun 2008. Antara syarikat penerbangan yang telah membuat pesanan adalah Air China, Air Asia X, Asiana Airlines, Avianca, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Singapore Airlines, Thai Airways, US Airways dan beberapa lagi syarikat penerbangan. Jumlah pesanan sehingga 2012 ada 562 unit yang terdiri dari ketiga tiga varian. 

Qatar Airways mendahului senarai tempahan dengan pesanan sebanyak 80 unit A350 XWB dari pelbagai varian dan dikiuti Emirates sebanyak 70 unit. 


Over 70 percent of the A350 XWB’s airframe is made from advanced materials that combine composites, titanium and advanced aluminium alloys.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis