Friday, January 18, 2013

Singapore - Jurong Bird Park

*major unglam amek gambar mata sepet*

This is a third day. And Jurong Bird Park here we come. Naik MRT dan turun kat Boon Lay (EW27) then cross jalan raya tapi thru laluan bawah tanah to Boon Lay bus station, then keep looking for bus no 194. Kat  situ terpampang tulis Jurong Bird Park. Haaaa this time farid didn't nyanyuk anymore. Siap ambil gambar supaya kelihatan meyakinkan. Perjalanan adalah lebih kurang 15mins je. So tak de la jauh mana. 



Ok harga tiket lu orang boleh google sendiri yo. Bird Park ini adalah sangat luas, ada berbagai section from different kind of bird. Dan kalau tak mahu berjalan then ada tram. SGD5 for adults dan SGD3 for kids la. Pilihan di tangan anda. Konsep gua adalah berjalan kaki selagi mahu dah penat baru naik tram. Luckily tix tram mmg dah di beli secara online jadi boleh lah naik di mana mana ada stesen tram itu.

*Niat nak tunggang tapi kemaluan pada org ramai keliling*

*Ini adalah emperor penguin, dan ia adalah sangat besar.*


*pantai burung penguin katanya*

*Baru tengok cone dah telan liuq*
And seriously Ben n Jerry was like everywhere, kat Singapore Zoo pun ada juga, tapi tak kesempatan nak test terai. Dan kebetulan Jurong Bird Park pun ada, jadi kasi terai seround. Not bad untuk rasa ice cream but the price lil bit pricy la. Cukup untuk ambil satu scoop, dan pilih perasa yang bebetul lu orang suka. They got variety of cones and cups, same goes to topping, so sila suai padan ikut tekak masing masing. Kemal mengambil dipped cone dan gua amek waffle bowl. Perasa ice cream adalah strawberry cheese, sedap la hai.

*This peace thingy pose was so way back in 90's*

*Dalam percubaan menjadi flamingo atau pokok?*

*Mine was super sedap*

*Kantoi duduk kerusi orang cacat*

*Tak nyempat duduk oiii*
*Burung juga ada live cam, tahun depan mereka pakai facetime pula*
Ada satu sangkar besar ni dimana lu orang boleh jalan jalan dalam nya, variety of birds juga ada, dan yang paling best dalam ini adalah sejuk nyaman disebabkan lambakkan pokok pokok yang banyak. Ada juga monitor diluar sangkar di mana mereka memonitor burung bertelur. Motif nak tgk burung bertelur adalah tidak dapat dikenal pastikan.


*This is Kemal fav section*

*mari tangkap*

*Kemal nampak burung garuda dalam semak*



Jalan kaki sejauh yang mungkin adalah memenatkan dan juga menghauskan. Jadi ada few vending machines, so boleh la pilih air apa yang sedap. Gua memilih vitamin water perasa Dragon Fruit yang berharga USG4 sahaja. Ada Coke Zero di mana mmg tak terdapat di Malaysia, tapi disebabkan im not into carbonate drink, so abaikan. lain tahun boleh terai.


*ala buk kiah lu ngerumpi ngga ajakin gue deh #this patung has nothing to do with any kind of birds ya*

*thnx to super sunlight, my skin looks fair enough then before, #gila*

*Pose cacat sekali lagi*

*This tram sponsored by Thai Airways*

Dah puas naik tram bagai, jadi singgah makan, menu tak banyak ada nasi ayam hainan, so bedal je bersama ice lemon tea yang superb, gigantic and marvelous.

*oohhhhhh*

*Dekat satu section di panggil africa bla bla bla ada waterfall yang tinggiiiiiiiiii sangat*

*Makan nasi dalam bowl adalah so not me #Stress*

*Dalam percubaan untuk bergambar dengan orkid yang indah*

Ok dah selesai mengkhatamkan semua section yang ada, mari balik dan rehat.

Farid kata: Gambar banyak tapi pilih secara rawak sahaja.

Thursday, January 17, 2013

Singapore- Esplanade

Actually this entri goes before Singapore Zoo entri but nvr mind, baca je la ek T_T

*For sure this is not V Lavendar la*

*Raining, raining , raining*

*Behold! my retarded leg*

Settle di Bugis Junction and Bugis street, naik MRT then heading to stesen apa ke nama, don't have any idea sbb Kemal yang figure out how to get to Esplanade, and walk round 10mins baru jumpa this Esplanade.  err i think we stop at City Hall station, rasanya la. Seriously dont have any idea what was this place called. Sbb rasa nya yang dipanggil Esplanade is bangunan like durian kan? Sorry tak menggoogle secukupnya sebelum melancong. #Lame

*Cubaan silangkan kaki supaya tak nampak cacat sangat*

Masa ni hujan renyai, tapi semangat berjalan mengatasi segala nya. And yes gua potpetpotpet masa jalan, sbb utama merisaukan bila kene hujan gua akan pening pening lalu demam terlantar. Tapi alhamdulillah nothing happen. So pit stop kat Coffee Bean, Caramel Latte satu! Kemal yang pegi order dan gua duduk sahaja :p farid si pemalas. #cheapThrill

*Impress dengan ketinggian bangunan*

*The Glamorous Merlion, is it male or female?! don't you dare to answer that*

Then sambung jalan seberang jambatan utk tgk laser show, but laser show tinggal kenangan. Mungkin sbb hujan and no laser show lah, weather permitted katanya. But its ok. So kita lepak lepak je kat situ dulu.  Lain kali boleh datang menonton. Tempat tgk laser ini adalah dihadapan Esplanade it self, so masuk dalam Esplanade pusing pusing cari MRT station then beli tiket trus heading home, i mean Lavender la. 

*Singapore flyer dari kejauhan*

*Again *_* my long leg*

*Kemal mencari pintu masuk*

*Caramel latte dalam hujan adalah one of the best scene ever*




*They also have exhibition along pedestrian ke MRT station, #word pedestrian adalah from kak tin, thnx kak* 

*Fokus pada burung kertas dan abaikan rambut gua dah macam hapa sbb kene hujan #unglam*

Sambung lagik

Farid kata: Fart breath?! wahahaha

Wednesday, January 16, 2013

Singapore- Zoo Singapore! (◡‿◡✿)

*Contest kira bulu kaki, barang sesiapa dapat memberikan jawapan yang tepat, gua hadiah pakej pelancongan ke  Croatia*

Second day! Zoo time! Ini adalah tujuan utama gua ke Singapore. Seriously. Orang lain sibuk pergi USS but for me yang mencintakan flora dan fauna pasti lah memilih Zoo Singapore. One of the best zoo ever! Dari Lavender naik tren ke stesen Ang Mo Kio then lintas jalan untuk ambil bas. 

*Tunggu bas dalam ekon, nyaman sih*

Lu orang takkan sesat without map pun kat sini kerana papan tanda merata rata. Then bila sampai cari papan tanda Singapore Zoo then kat situ ada no bas, sorry farid nyanyuk didn't remember anything plus didn't snap gambar papan tanda bas itu. My bad


*ayam belanda celup tepung*
Gambar ayam di atas sepatutnya di bawah gambar bas, tp sudah terbalik. Sampai di stesen Zoo Singapore then ada KFC, jadi mari breakfast. No worries, KFC didatang dengan sijil halal. Jadi sila pekik Zinger satu! no la, Kemal was doing his job, pegi order while gua duduk duduk sambil main game kat phone. Thanx mal.


Public transport kat Singapore adalah amat reliable, seriously. Kira kalau nak naik bas skali pun takde la lu orang tercangak berlumut nak tunggu bas tak kunjung tiba. Ini serious. Hope malaysia mencontohi serbis ini. 

*nampak tak ada dua zirafah kat belakang tu?, itu adalah orang bertopengkan zirafah*
Tiket zoo sudah dibeli secara online bersama Jurong Bird Park, so ia adalah berupa package dengan sedikit penjimatan, and plus tram tix for both park. So jimat lagi. memula plan adalah mahu ke Night Safari sama tapi memikirkan naik bas, jadi tak payah nak berangan lebih, next time je la untuk pergi Night Safari.

*Map ini adalah free, diingatkan sekali lagi FREE ya. Bukan kene beli like few zoo*

Keadaan zoo adalah bersih dan nyaman. Kebetulan cuaca mendung tak bererti hujan pada tengahari itu. Jadi boleh jalan dengan selesa. Bilangan haiwan mungkin adalah kurang sedikit then Zoo negara kot, but still takde la menghampakan. Ada few show macam gajah show, monyet show, tiger show eh yang boleh ditonton.

*Lebih dikenali sebagai tanggang otter, kerana telah disumpah menjadi batu*
*Bergambar kenangan di hadapan rumah memerang*

*Buaya hitam legam*


*Perupamaan terkini: Upama biawak menyibukkan hal flamingo*

*Pertunjukkan gajah naik vespa dari kejauhan, malas nak pusing pi tonton, gajah kat mesia berlambak*

*Winnie? tetiba terbayang seorang amoi yang bekerja di salon, ntah apa apa pikiran kau ni farid*

*stended pemandangan dalam zoo, binatang terlantar tidur, so boring*


*Sempat menyelam seround semata mata nak amek gambar ini*

*pertunjukkan monyet monyetan di mana salah satu acaranya adalah manusia lawan orang utan mengopek kelapa. Pasti la orang utan menang dan manusia will look stupid la kan?*




*Cari anak rusa atas pokok*

*Bersama sama kekura gergasi palsu, so unglam dude*

*terkagum kagum melihat ular besar*




*Sesi memberi makan pada singa yang kurus melidi*

Dah penat jalan, pastu naik tram for last round, then baru makan. Tak ingat apa namanya kedai ini, tapi ada berbagai menu and for sure ada sijil halal juga yer. Gua memakan fish n chip, dan teh tarik yang tak kaw langsung dan Kemal memakan ayam masak apa ntah plus ice lemon tea. Walau tak berapa nak enak but still kenyang. Penting tu.

*Fish n chip yang rupa tapak kaki*

*Teh ais gergasi*

Lepas dah kenyang, jalan jalan dalam kedai cenderamata. Then terus tunggu bas diluar, within 10mins bas dah sampai. See i told u, mesti ontime punye. Ok sambung lagi bye

Farid kata: Pasnih nak pi Zoo Australia plak. mampu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis