Monday, September 9, 2013

Ch 2- Lavender katanyaaaaa

*Ni bukan gambar makanan di open haus yer, sbb makan dalam pinggan polister*

Ok nak sambung cerita pasal pi Cameron yo. Bangun pagi kul 9am, mandi mandi, siap sedia nak jalan jalan. Destinasi pertama mesti la sarapan pagi. Untuk lebih memudahkan perjalanan, makan je kat food court Brincang. Kat situ ada banyak gerai, tapi pagi bukak dua kedai je. 

Sepatutnya jalan penceritaan adalah ke Time Tunnel dulu tapi disebabkan farid nyanyuk suka suka dia pi upload gambar lain plak. Terimalah natijahnya cerita tak ikot turutan, ala cincai je la ek, bukan ada audit ke apa pon, korang baca je apa gua taip yo.



*Ni bunga lavender ke? tapi kenapa tak de bau pun?*

Hari sebelumnya, masa nak mendaki cameron ini, kami ni sudah tersangkut kat kat lavender ke apa ntah namanya ni, sangkut bukan bererti turun singgah jalan jalan amek gambar ye. Ni sangkut sbb jammed cam tehapa. Kat sini ramai orang singgah, jadi parking melata, di tambah plak ada sekawan lori lori besar duk bantai benti tgh jalan punggah barang, hamboihhhh cik lori sorang je ke bayar cukai jalan nampak gayanya.

*kat belah tepi tu adalah deretan bunga kaler pink, tapi tak pi amek pon, mana maunya nak daki daki segala semata nak bergambar ngan bunga je pon*

So dah alang alang port depan tu, gua ngan kemal cam berangan berangan nak pi sini. Ater tak keruan jadinya tgk lautan lavender yang cantek cantek itu. Eh gua bukan mat bunga, tapi suka menikmati keindahan ciptaan tuhan. Dikenakan bayaran yer nak masuk, bukan pree pree je nak pos dalam ini, sorang dewasa rm5 jo. Pastu bergambar la puas puas, yang penting keliling lautan bunga ni dah di pagar, jadi jangan berangan nak baring baring kat tengah tengah tu. 



Dan cam biasa la kan, kat celah mana je cameron ni tak de orang menjual, kecoli kat gunung Irau nun. Ada kedai menjual fris magnet, jem jem dan barangan dari lavender. Walaupun gua rasa barangan lavender tu cam mahai ja. Oh masa kemal nak pi membayar fris magnet tu, cashier nya adalah bangla yer, di ulangi bangla. Dia adalah terkial kial tak reti guna mesin duit tu plus walaupun ko tgh bertugas, wah feeling isap okok. Kalau gua jadi tokei situ dah lama gua simbah dia ngan baja taik ayam. Dan menunggu dia configure mcm mana nak gunakan mesin tu adalah sesuatu yang menyaripkan kan. Sangat sarip jadinya.

*pilih pilih ada magnet, ada keychain*

Lepas jalan pos pos cantek dan menghadap bangla tu, singgah kat tepi tepi tu ada jual strawberi coklat, dan ianya tak sedap. Ada skali gua makan kat kea farm, selepas celup strawberi dalam coklat, lalu celup plak dalam air yang berisi ais, baru coklat tu keras dan rangup. Rangup kata ku. Tp nya kat sini jual coklat meleleh leleh, sikit cam tehapa la. Tapi ku tibai jua jebat. Oh masa dah nak sampai kat kete, gua suh kemal amek gambar gua kat air pancut depan tu, skali ada makcik terselit, ek eleh. Dan lebih best nya hujung hujung pakcik tu suh kemal tolong snapkan gambar dia laki bini plak, gua cabut lari pegi kete dulu.

Ok dah settle tu, sambung laie jalan..

Farid kata: tetiba nak dengki ngan adik gua nak pi perhentian, nak pi jugakkkkkk!!!!!

Friday, September 6, 2013

CH 1



Bermula la kisah penjelahan mengelilingi semenanjung, eh tak tipu je, jelajah pi Cameron je pon. Pagi pagi ahad gua ngan kemal cam rancang nak pi ronda cameron. Kenapa Cameron? sbb tu je yang terlintas kat kepala hotak ni. Nak pegi jalan jauh jauh, poket dah koyak. Jadi jalan dedekat sudah lah. 


Dengan semangat waja kepewiraan, kul 7 dah set set nak gerak, walhal tempat tinggal boleh cek in kul 3. Tapi tak pe la pepandai la ronda abiskan masa jikalau sampai awal. Jadi sebelum terus berjalan, singgah hentian sungai buloh makan sarapan. Sarapan kat dunkin donut, sbb kedai kedai lain dah penuh orang.


Settle sarapan, sambung laie jalan. Kemal lak mandu, gua nak tido. Sampai simpang pulai, gua rampas stereng dari kemal pula, sbb kalau gua tak mandu masa mendaki bukit tu, ada kemungkinan gua akan muntah terbelahak. Sampai je kat Brincang, terus naik lagi hingga ke tanah rata. Pi makan kat Marry Brown, orang beratur ramai sampai ke muka pintu, sbb kaunter bukak satu je, alahai sedih betol. Yang penting makan sambil duduk atas boyan. Terhuyung hayang rasanya.


Pastu dah kenyang leh la cek in. Yer Bilik kat stroberi park ni kompeni tempat gua bekerja punya, jadi bayaran adalah murah. Ater kata cuti bajet bajet, harus la cari yang murah murah. 



*layan cerita mat raja kapur, tetiba rasa tahap IQ menurun*

*apa je la kemal makan lagi tu*

Dan untuk lebih menjimat kan, kami kami ni bawak beras, kelas kau cuti dua ekor je, bawak beras lima kilo. Dua ekor resaksa lah katanya. Petang tu tak kemana pon, baring baring tgk tibi terus tido, aterr penat memandu. Esok esok je kita jalan keliling Cameron ini.

*sebelum tido, sempat tonton super 8, gua ada bikin reviewnya*

*tetiba os muncul*

Farid kata: Feel nak menaip tak mai lagi la

Thursday, September 5, 2013

Super 8


Itu hari masa kat Cameron gua tertonton cerita Super 8 ini. Dulu ada la jugak keinginan nak nonton di bioskop (punggung wayang). Tapi hajat tak kesampaian. Jadi tonton sahaja di Astro. Cerita arahan JJ Abrams dan produsernya Steven Spielberg ni pasti lah hebat kan, tgk sahaja pengarahnya. JJ Abrams adalah pengarah bagi cerita Star Trek, Mission Impossible dan Star Wars, smua pun cerita hebat kan? Produsernya pulak dah mmg di kenali seantero dunia. So Super 8 ni pasti la mengujakan. 


Cerita berlatar belakangkan tahun 1979, bekenaan dengan satu tren yang yang telah eksiden di sebuah town kecik bernama Lilian. Pekan ini juga didiami budak berusia 14 Joe, yakni anak kepada Deputy sherif dibandar berkenaan. Selepas ekside tren tu, town ini di hantui dengan pelbagai kejadian misteri. Dimana kehilangan generator kereta secara banyak banyak, anjing peliharaan juga hilang dengan jumlah yang banyak. Masa kejadian tren eksiden tu, Joe bersama kawan kawannya tgh mengshuting wayang gambar. Kelas korang kan, budak umur 14thn shuting wayang gambar. Dan mereka secara tak langsung telah terakam satu makhluk yang pelik. Bertitik tolak dari kejadian itu, Joe dan kengkawannya sudah mula mengesyaki ini smua adalah kerja makhluk pelik itu. 

Kejadian lebih rumit bilamana pihak askar cuba mengawal town itu at the same time sedaya upaya merahsiakan kehadiran makhluk itu. Cerita ini juga di selitkan dengan konflik kekeluargaan. So mmg sesuai di tonton seisi kelorga. Pastu gua buat agak kan sendiri yang tajuk nya Super 8 tu sbb makhluk tu adalah berkaki lapan seperti spider. Persoalannya, kenapa pihak askar berusaha keras menutup rahsia kehadiran makhluk itu? kenapa makhluk tu duk curi barang barang yang pepelik? kenapa cerita ni berlatar belakang tahun 1979 dan bukan tahun 2079? semua terjawab bilamana korang tonton filem ini. Cam sial kan jawapannya haha




Disebabkan gua sakit hati benar tgk criter ni tapi nak menampakkan muka makhluk tu payah, so gua letak besar besar gambar lelabah ni. Haaa tengkiu incik gugel kerana merialasasikan kehendak keji ku ini. Ok dah tu je, pi tonton cerita ni, kompom best. kalau tak best gak pi hamun JJ atau steven.

Farid kata: Super 4 cerita tentang cicak gergasi, sumpah tak mo tgk

Random Sunday


*Whoaa ada Manga Gundam, tapi mahal, baik gua beli model lagi best buleh pasang*

Ok ni cerita selepas pulang dari umah kak tin, so gua cakap ngan kemal nak ke Bangsar Village, nak ke Borders disitu. So jalan nak ke sana mmg la clear abis, tapi nak mecari parking nya mmg satu kehanjengan, apa ke ramai benar nak ke Bangsar Village?! ujung ujung gua park depan Mahbub yakni seberang jalan, balun je la janji ada tempat parking. 

*Hulk rambot pacak?*

Saje jalan dalam Toys r us, konon nak tgk Gundam, ujung ujung takde langsung. Gua bajet dorang dah bawak kluar smua stok yang ada disitu. Last few weeks gua pergi pun dah tinggal sikit. Pastu dari situ terus la ke Borders, pastu belek belek buku takde yang menarik pun, majalah plak gua dah tak beli dah skang, smua baca dalam ipad je. Jimat, pastu takde la rasa bersalah bila nak humban kan segerombolan majalah. 

*Barisan roti roti yang mengambil bahagian pada hari tersebut*

Masa kat dalam borders tu dah hujan lebat selebatnya kat luar.Dan disebabkan kete seberang jalan, jadi padan muka duduk dalam BV tu diam diam. Pastu ronda ronda kemal ajak pi Starbucks, tapi orang adalah meramai la pulak. Masa tu ada la sofa kosong kat Stabak tu, elok kemal tuju sofa tu, ada plak apek ngan ahso ni pun tuju ke situ juga, malangnya apek ni sampai dulu, tapi dia adalah sangat berhemah "How many of you? we can share, no worries" baik sungguh apek ni, gua terus jawab "its ok its ok". 

*kopi ais kemal yang sedap*

Dengan perasaan sikit hampa, pegi je la The Loaf, minum je kat situ, gua amek latte, kemal amek kopi apa ntah, kopi itu di keraskan seperti ais kiub, lalu di masukkan dalam susu. Pastu amek sorang dua bijik roti. Duk makan borak borak pastu hujan pun dah reda, so ingat nak pi KLIA sbb dah lama tak tengok kapal terbang, sekali tgh tgh jalan, terkona pi Klang plak, pi lawat makcik gua. Hujan lebat kembali melanda sepanjang Kesas. 

*Latte tak cukup gula*


So sampai umah lepas Maghrib, kemas kemas baju nak pi Cameron esoknya. Pastu tidor terus. *stail cerita orang pemalas, tetiba melompat lompat cerita nya.

Farid kata: Gambar bersepah sepah, jenuh nak pikir bila nak upload.

Wednesday, September 4, 2013

Open haus umah Kak Tin Pon Pon



Ok hari Sabtu yang lepas kak tin pon pon mengadakan open haus peringkat daerah, tetamu yang dijemput adalah maya sopiah, cik z, gua ngan kemal. So pada hari kejadian kak tin telah memasak mee goreng hebat, mee bandung resipi turun temurun dan nasik himpit jua kuah kacang. Gua datang bawak agar agar satu loyang. Tak sempat potong, dengan loyang loyang ku hangkut pergi.

*Gambar kabur sbb salah fokus, tibai je la*

Pastu berjumpaan dengan maya sopiah ngan cik z di bawah umah kak tin, kebetulan kami kami adalah sampai bersama walaupun naik kete berlainan dan dari destinasi berlainan. Kak tin yang bertungkus lumus bersengkang mata memasak untuk open haus nya. Syabas kak.

*Mee bandung nya berasaskan spagetti, western nya ko kak*

Oh fyi, tahun ni takde sapa jemput gua ke Open haus, sedih kan? *nanges tepi longkang. sib baik kak tin jemput kami kami ini. So makan makan borak borak, pastu kami kami ini meminta diri untuk piulang. Sopiah ngan cik z nak sambung penjelajahan open haus nya, gua ngan kemal nak ke Bangsar Village nak pi kedai buku.

*Gambar rajah yang dicilok dari blog sopiah (Priiiitttttt tiup wisel kuat kuat cam polis trepik)*

Jadi disini saya ingin mengucapkan jutaan bahkan billionan terima kasih pada kak tin kerana sudi menjamu kami makan makan. Tahun depan buat lagi kak, insyaAllah kami mai punya. Ok dah tu je.

Farid kata: Manjang flu je pepagi hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis