Tuesday, February 13, 2018

feb04- 2 Muzium dan makan

Ok sambung lagi, bangun pepagi mandi manda trus pi bekpes lah. banyak juga menu kat TH ni. Dari menu kedahan hingga ke menu baratan. Baguih. So makan lah sekenyang kenyang nya. Sebelum memulakan hari anda.



Destinasi pertama tama adalah muzium padi. memulakan, gue ingat muzium ni tgh kota raya, pastu kemal tgk peta gue drive, pastu gue cakap ngan kemal, apa ke dah masok kekampung kampung ni plak, betui ka ini? bkn muzium nya kat tgk bandar kew? pastu kemal kata ha betui, sbb sign board dah sesepah tu tulis muzium padi. pastu haa sib baik betul, tapi pikir pikir balik, betui la gak duduknya tgh tgh bendang, dah nama muzium padi kan, takkan nk letak tgh sungai plak kut?


Bayaran tk ingat plak acik, nnt korang google je la kalau nak pegi. bangunan ia adalah besar dan ada lah berbagai seksyen. Tapi ada satu seksyen tu cam kekaguman jugalah. di cam naik tangga pusing hingga atas skali kan, pastu naik tangga tu cam daki bukit la kut, pastu ko sampai kat atas skali cam puncak. Lawa pemandangan walaupun lukisan sahaja.

ini adalah lukisan

Part yang paling gue jakun, platform yang kami berdiri tu boleh berpusing ok, perlahan la but still canggih. Gue ngan kemal, cam fuyohhhhhhhh boleh pusing wei. Adik yang jaga bahagian tu mesti berkata dalam hati, "mana hutan la mamat dua ekoq ni mai kluar?"




Pastu dah settle muzium padi, kita pi muzium negeri plak, letaknya hampir ke tengah town. Masa kami sampai takde orang. Ok la kan senang dan aman, pastu  takde bayaran pon, masa nak masok, sorang pakcik ni kata "dilarang amek gambar yer dik", gue ngan kemal pon cam akur je la. Skali masok dalam, omg so creepy u know. Seram la jugak walaupun masa tu tgh hari rembang. tak tau sbb apa rasa seram, tapi mmg seram, meremang bulu mata. pastu cakap ngan kemal dah la jom kluar, ni usah kata nak bergambar, nak bernapas pun rasa tak berapa nak napas. Tu je trus zas kluar, sib baik free. mihmihmih


Dari muzium dah dekat ngan pekan rabu, so zass. Pusing pusing beli makanan je pon, pastu lalu semacam food court lalu singgah makan soto, walhal baru pas bekpes ni, tapi my tekak is kenot tahan u know, the smell so menggoda, like mari makan farid mari makan farid, gitu. Pada yang pi pekan rabu tu singgah la tmpt makan ni, sedap hoi.





Pastu rancang nya nak pi makan gulai kak Yang kat Kola Kedah, pastu dah sampai destinasi cam payah pula nk parking, cam sesak sikit la, pastu cakap ngan kemal moh la kita balik town semula. Pastu masa dalam perjalan nk ke town tu lalu jalan kiri kanan bendang, kecik uolls, jalan tu plak punya lah jauh like 5 ke 6km, berdebar debar takut berselisih mau terjerumus ke dalam bendang pula nanti. Pastu bonus nya kete gue adalah jentera kaut padi tu, owh mai, besar dan penuh lumpur. abis jalan lumpur disana sini, gue pun menggunakan skil yang ada utk elak elak lumpur yang merata. Ujung ujung sampai jalan besar, hamek bersalut terus smua tayaq ngan lumpur, skil lah sangat. dan secara mejik kebetulan ada car wash berhampiran, terus je cuci. Bukan apa tuan tuan, lumpur tu beserta batu batu kecik dan bila gue jalan , batu batu itu mentepelanting kan diri nya ke kereta belakang pula, sian kete belakang, lalu sbb itu lah gue terus cuci kereta lalu membuang segala batu dan lumpur itu.

Dari bendang tetiba ke laut pula

Pastu end up makan lunch kat Nandos Aman sentral sudahnya. Yer nandos, kemal suka nandos. So zass kan je. pas makan pi H&M pi beli sluar tuk acara mandi mandian esok hari nya.


Dah kenyang makan ayam, Balik TH berehat lalu sambil sambil pikir nak makan apa. Pastu gue tringin nak makan satey, so pegi lah kedai satey yang disyorkan oleh kak tin. Kemal amek satey arnab, gue nak satey perut. Alhamdulillah licin. Oh one more thing, kalau order air buah, cawannya besar yer, sesak napas nak abiskan.



Disebabkan dah lunch awal jadi boleh la tido awai sikit, sbb esok pas bekpes nak cek out dah, lalu menerus kan perjalanan ke destinasi terakhir.

Farid kata: Membuli saja keje kamu yer, tak baik la

Monday, February 12, 2018

feb03 Pusing Loq Staq

Pastu dari lunch di Anjung Keli, trus saja ke Aloq Staq, yer bunyi cam jauh, tapi takde la jauh mana. takat cam Kl ke melaka ada la kut. Semua urusan book hotel kemal yang buat. so dia dah booked Th hotel untuk 2 mlm.



Hotelnya nais dan selesa sangat. room serbis pon baguih cepat dan pantas, kalau kol mintak bantal ke apa ke extra, trus je sampai depan pintu. serbis tip top. Biliknya ngadap bendang pula lagi, dan the best part sebelah airport nmpk kapal terbang turun naik. Hebat kan? mesti korang kata, gila bising kot. Tak bising jangan risau.



Beli kat padang besau, murah lah juga

Pastu dah cek in duk berkira kira nak makan malam kat mana ni, dan apa lagi dah alang alang kat loq staq ni terpaksa la kontek kak tin selaku kakak kawasan, walaupon dia kat kl sana, gue kontek juga mintak saranan. So kak tin suh pi makan ketiau kerang iman. So belum sempat maghrib gue ngan kemal dah terpacul depan kedai iman ni. sedap juga ketiau ia, cuma nak parking tu ada sikit cabaran. nmpk cam ada few menu lain tp gue tak sempat try. makan ketiau je dah kenyang, cheyyyyyyy. Yang benar nya gue tgh sakit kepala waktu ini, tak  tau apa salahnya tetiba sakit kepala pula. Tapi makan tatap lah makan.




Pastu dah kenyang, kemal nak pi menara loq staq tuk kali kedua nya. Sbelum ni pernah pi gak. Zass je la. Pastu nmpk aman sentral sebelah menara lalu hati ada bunga bunga. Gue ada sejenis penyakit, kalau pi jalan memana gue suka jalan dalam mall. sbb apa? sbb dalam mall sejok. Tapi tak pe settlekan dulu menara ni then kita lintas jalan je ke ama sentral tu.


Rege tiket tak ingat, korang buleh la gugel. Tapi belah atas menara ni cam ada konstruction, macam menaik taraf barangkali, but still boleh naik, cuma hampir separuh kawasan ditutup. Dah naik dah tgk tgk kawasan, pastu boleh turun dan ke Aman sentral. Jalan jalan beli baju itu ini, lalu balik ke hotel. Sbb nya esok ada lagi leh repeat.


Oh lupa nak cerita, seberang dari Iman ketiau tu ada tat nasik ayam ngan kedai satey. So gue berperancangan nak makan satey malam esok pula.

Sambung

Farid kata: Bila lagi nak cuti pepanjang ni?

Friday, February 9, 2018

feb02- Pusing Perlis

Sambung lagi, Dari Jerai teruslah kami ke Padang Besar di Perlis. Yang benarnya kemal dah salah baca jadual perjalanan, patut pi Gua Kelam dulu, tapi disebabkan beliau tak nyabar nak beli beras siam, makanya beliau keriru. Takpe la, pusing kot mana pon, tetap ikot destinasi yg nak di-cover untuk hari berkenaan. 


Gambar tak banyak amek sbb duk leka minom teh tarik kemboja yang enak dan begitu menyelerakan. sedap la sangat. Gue hanya membeli baju dan kemal membeli belah tu mak nya. Tapi kan, nak menyampai tempat ini adalah begitu keriru, ye la kan putar putar kat situ tetiba ko sampai kat kaunter sempadan, pastu gue pon cuak la. Bukan nak masok thailand pon. Nasib la staf kastam disana amatlah membantu. Tahniah. Pastu dah beli beli apa yang patut, pi Gua Kelam pula. 


Kemal dah berangan angan nak naik ketapi katanya, kekdahnya dari jaman pi ngan maya sopiah sampai la ni ketapi nya tak fungsi. Yang paling tak leh blah, gue park kat tempat kontraktor pastu, dah smua kontroktor tu ingat gue ngan kemal adalah staf juga. Sentap la acik kan lalu acik malu sendiri dan beredar. Masuk bayar yer tawan tawan. So jalan je dalam gua tersebut pastu patah balik je. menikmatilah keadaan dalam gua itu. Nasib tak panas membahang tika itu.





Pastu destinasi berikutnya adalah taman ulaq, eh one more thing, gue adalah seronot drive kat perlis, sbb kete tak banyak some more u know, perlis drive very the sopan. Very good and nais. 


Tiket masok adalah rm6 saja. tapi...... macam...... camana lah nak cerita. Suasana dan kawasan cam sedikit terbiar. Kadang ular nya cam jejauh juga la. berpeluh ulang alik dari kandang ke kandang. Gue harap pihak pengurusan dapat lah memberi perhatian supaya nya lebih ramai lagi pengunjung mai. 

terjakun jakun tgk ular salin kulit secara live

Dari Taman ulaq kami ke Anjung keli. Tak jauh pon. tau kedai ni sbb google pastu ada la few saranan dari kengkawan. lalu kami zas. Kedai nya ramai org, popular barangkali sbb dah merata dalam internet, asal google tmpt makan perlis kluar nama anjung keli.

nampak sangat dah tak sabar nak makan, laju menconong jew

Dah nama kedai anjung keli, so kita zasss keli juga, sedap. Banyak jenis ada yang sambal, yang goreng, yang gulai. lauk lauk lain juga banyak. So for those yang ke Perlis disarankan makan lunch disini, malam tak pasti pula bukak atau tidak.


ada ikan guppy 

Sambungan lagi

Farid kata: Bersyukur lah dengan apa yang kita ada

Thursday, February 8, 2018

feb01 - Regency Jerai Hill

Hallo hallo, dah lama tak update blog, ini kali kita kasik update. Sbb dah puas jenjalan, skang masa utk update. Ok camni, di sebabkan ringgit malaysia tak berapa nak kukuh, jadinya kita melancong saja dalam negara. Lagian kemal dalam misi menglengkapkan misi jelajah satu malaysia ia. So tinggal perlis sahaja dalam senarai beliau belum lengkap. Ok lokasi pertama dari sendayan kita pi sremban dulu, sbb kene pi pejabat pendataran pula. Bukan nak tukau identiti ke apa, tapi ada dokumen pengenalan diri perlu disahkan. Lalu dah settle, baru bebetul gerak ke Jerai.

Jalan adalah jammed cam kehapa sbb org nk pi keje barangkali, tp takde la jammed sangat tapi cam kete banyak disana sini gitu. Pastu dah sampai exit Gurun lalu pi terus ke kaki jerai, melilau juga lah cari jalan nak mendaki (daki pakai kete yer uolls, bkn jalan kaki) masa yang diambil kejap ja pon, takde la berjam jam, takat takat 15min jew (tu waktu yang dicatatkan selaku gue pemandu rally kebangsaan). Pastu cek in.

Tempat ia veri the bersih u know. Sesuai untuk bergambar

Tapi tak leh cek in lagi, katanya bilik tgh bikin. Masa sampai tu kabus adalah menebal, pastu cam dalam hati terdetik "dalam google apa ke lawa tmpt ni, tp skang tak nampak apa pon, apa ni apa ni apa ni?!" pastu tak pe lah cakap ngan kemal moh duduk minom teh tarik sambil makan ghoti di kafe berhampiran, Skali tetiba uolls, kabus tetebal tu hilang lalu terbentang lah permandang yang sangat amai-zing, takjub uolls, terkesima juga nasib tak pengsan sambil pegang gelas teh tarik. Trus gue bermohon maaf diatas pertuduhan google menipu.

Lawa sungguh naaaaaa

The bilik is very ok ok saja. Kira selesa juga. cuma cuma lantai ia sangat lah sejok dan air panas sedikit cam terencat rencat, tau tak cam kluar kejap pastu dia cam terbatuk batuk pastu kluar menyembur, pastu gue takut. Tapi keseluruhan dapat 4 bintang dari 5 bintang. tetiba bagi markah plak.

Nasib bagi bantal dua, sbb gue tidoq mmg mau nya dua bantal


saja tayang bulu kaki

Pastu nak makan malam, kuasa lah pula kita nak drive turun bawah yer, walaupun gue ini pemandu rally kebangsaan, ada kalanya ada la malas nya juga. (walhal takut gelap kang nak daki naik) pastu kemal kata haa makan je kat hotel ni (ayat org have have). Gue tak berapa kisah sbb dia yang bayar pon. Pastu order punya order, skali tomyam kemal sampai, uihhhhh sedap hoi. Baloi baloi la camni, gue makan burger, kata pi tempat sejoq, kena la feeling amarika.

Tom yam dia veri the hebat u know, syabas untuk chef yang memasak nya

Patty ia juga tidak kurang hebat nya, tebal and very the juicy u know

Dah makan kenyang, balik bilik mandi lalu tido, yer perjalanan jauh lagi ni, ni baru starter sajew. jangan ngengada ngadu penat ke apa pula. So tido dalam keredhoan.

Bukan gue kurus, tapi gue beli baju tu oversize, salahkan baju tu 

Pastu celik celik mata je trus ingat breakfast, nama pon gergasi, wajib lah pemakanan saja yang bermain main di benak pemikiran. Hotel kasik breakfast, so senang. Trus mandi, kemas bag, hantar bag smua ke kereta lalu pi makan. Dah kenyang, kemal pi check out, dan trus kan perjalanan ke destinasi sterusnya.

Ni pinggan pertama je, konon cam nk perdayakan para pembaca, sikit je gue makan, walhal kalau boleh smua benda nak telan.

Dan selepas itu bersambung.......  (lol dah ujung ujung taip tetiba rasa nak beri beri, lalu nk cepat habis taip)

Farid kata: tak baik takbur tau, rezeki yg diterima pun adalah ujian juga supaya kamu tidak bongkak. ingat tu sang kancil. k bye


Thursday, November 2, 2017

Campur campur

Sorotan cerita beberapa minggu lama. 

sesapa suka egg tart pi lah beli kat Baker Cottage, ikot tekak gue ini, egg tart dia adalah sedap dan harga adalah berpatutan. Sila lah coba


Adik dengan casing talipon nya, nampak cantek tapi kalau taruk atas meja dia cam ada bonggol plak kat blakang nya itu, remember beauty is pain. tetiba

Pastu kekdahnya pi mitsui, kemal nak beli wallet coach katanya, tapi mitsui takde coach. Pastu gua nak pi beli sneakers, end up terbeli bag pack plak. Yer nixon takde backpack murah dah, dulu dulu leh dapat around RM200, skang kene labur rm300 tuk bag pack yang dimahukan. pastu dah beli baru terperasan, lagi kecik dari gue punya previous bagpack, ceh

Pastu dah la bag nixon naik harga, labur lagi beli wallet plak, so wallet dah cenonit jadi boleh buang smua kad yang tak berguna lam wallet lama mostly membership kad ntah hapa hapa. Kad kedit smua save dalam fon, guna samsung wave saja begitu juga kad atm, tinggai bawak medical kad ngan ic ngan lesen saja. senang kan?

punya lah lama nak ingat mana datang gambar nasik lemak ni, rupanya baru tingat kak bal blanja makan kat pinang masak masa bekpes itu hari, begitu kehidupan seorang blogger tua kebana, ingatan tak berapa nak kuat, nk buat notes pun malas.

Itu hari rancang nak pi kedai aquarium kononnya ngan adik ngan kemal, skali sampai kilang uolls! Sentap la kan, dah la berangan angan nak beli memacam, ujung ujung kilang plak. capai mic nyanyi lagu erra bertajuk pasrah, nyanyi depan kilang disaksikan oleh banglas

Dah kecewa dengan kilang aquarium yang dicanang canangkan itu, moh la makan satey lagi best. masa ni adalah panas cam kehapa. Tgh tgh feeling makan satey skali smua orang kat kedai menjerit, gue ingat ada kejadian ragut ke, rompakan berpasukan ke, rerupanya biawak masok kedai uolls. Adoi


Ok dah tu je rangkuman tuk kali ini. sehingga kita bertemu lagi dalam rancangan ketuk ketuk biawak, di masa hadapan, ok bye.

Farid kata: sedap oi satey perut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis