Thursday, February 24, 2011

Segmen Mari Menonton: Burlesque yang kebaboom



Smalam dengan tidak semena mena aku ke klcc untuk menonton Burlesque yang ku idamkan. Ari tu kan kene paksa tgk No String Attaeched, but yesterday akhirnya aku dapat jugak menonton. Seblom menonton wajib la makan dulu, pi kat food court (dah sipi sipi poket tau plak kau cari food court) makan bento. Amek bento terung dalam bahasa korea nya aku tak ingat. Rasa sangat sedap dan diserikan bersama air tebu. (gambar tak sempat snap sbb mengejari masa yang suntuk)


*cam buruk plak christina pakai wig*

Cerita bermula di iowa, di mana Ali (Christina Aguilera) seorang gadis desa yang naik fedap ngan kehidupan dia kat kg sbb tokei kedai tempat dia kerja tak bayar gaji. So dia sudah nekad mau ke LA yakni dah semestinya bukan lebuh ampang untuk berhijrah. Nak mula hidup baru la kekononnya. Dia trus cari hotel yang chip chip untuk tinggal. Then masa tgh mencari cari kerja tu dia terpandang la Burlesque ni (sebut ber-les). Klab ni like kabaret club la. Kalau korang tgk Moulin Rouge, then this is a new version, cuma jalan cerita Berlesque ni agak tipikal. (Moulin Rouge + Coyote Ugly = Burlesque)

*Cher, ko mmg nenek, mana ada org jaman skarang pakai suar gitu*

So bila masuk lam tu, Ali cam ala ala terpesona, terpegun, terkaget dan segala macam "ter" kecoli terkencing atau terberak. Ali mmg bersungguh sungguh nak keje kat situ as a dancer. Pastu dia jumpa Jack, bar tender yang hot nak mati. Then Jack kata "kalo ko nak keje sini, ko pi jumpa Tess, dia tokei klab dangdut nih". Tess yakni si tokei klab itu dilakonkan oleh Cher yang tua kerepot tapi dah bikin muka like umur dia 30an. tapi Ali di suruh jadik pelayan hantar air je. 

Tess adalah bingung duk pikio kelabnya nak kene beli oleh si Marcus (eric dane). Klab tu ada berhutang ngan bank, so kalau tak jual kelab tu gimana nak bayar hutang tu kan. Tapi tess sangat la mempertahankan klab dangdut beliau. So lepas tu Ali tu pun pegi la audition dengan tak di sengajakan. Banyak adegan menyanyi, berjoget bagai. Dan selanjut nya korang kene tgk sbb cerita ni mmg berbaloi untuk di tonton. Tapi harus korang jangan bawak anak memasing sbb cerita amat lah melucah. Satu lagi, Nikki adalah watak jahat dan sangat tipikal jahatnya. Hah lupa plak, Jack (Cam Gigandet) adalah hero lam cerita nih. And dont worry ini cerita adalah happy ending, so tak yah korang nak nanges nanges bagai. 

Ralat: Christina kantoi buat operation payudara, masa dia kat Tokyo, di angkat tangan lambai ratu, pastu nampak kesan operation di tepi ketiaknya. Sian

Pesanan Farid yang suka Burlesque: Lately ni banyak sangat adegan melucah tahap melampau kat wayang. Apa dah tak ditapis lagi ke? Haiyaa

Wednesday, February 23, 2011

Segmen Mari Menyanyi: T-Ara :- Why Are You Being Like This?


T-Ara - Why Are You Being Like This?


Knock Knock Knock Knock Can you hear me now
Knock Knock Knock Knock Just wanna love you now
welcome to your wonderland
everyday I Knock Knock Knock Knock Knock Knock

Down load: T-Ara - Why Are You Being Like This?.mp3

Pesanan farid sambil berjoget dgr lagu ni: Bahasa inggeris nya hancur lam lagu ni, pastu kalau korang tgk klip videonya "knock knock" tapi tangan cam tekan loceng pintu erkk

Hi tea yang tak berapa nak hi tea

*mode iklan - belilah blackberry bersama rakan anda*

Petang last week aku tak hengat hari apa, dengan secara tetiba kak tin ajak pi the mall. Cam ala cemas lak plak. Ok sila baca ngan nada senggang dan santai. Tujuan utama beliau adalah mengambil pickup lorry fon beliau yang kerusakkan.

So kami ikut kasik teman la, kang kak tin kene culik ke hapa, dah kurang sorang akak tiri. Dah settle berjumpa ngan najib ali, eh silap, cina yang perbetul fon tu. psssttt Mamat chinese tu rupa paras nya cam najib ali. pastu kak tin ngan murah hati nak banjer minum. Syabas kak, bukan calang calang tempatnya, bukan kedai mamak yer. Pas makan dan minum, pi beli sim pack lak, kalah artis ko kak. Ada tiga nombor, kalau pasnih payah gak nak dapat ko, pakai empat no lak pasnih, heeeeeee. Tq kak.

Dah settle semua urusan, kak tin hantar kami semua pulang. Gila pendek je crita ni. Dah alang alang aku belek lam fon ada gambar ni. Trus la update.

Pesanan farid yang suka vanila milk shake: Nak pi mlancong, nak pi mlancong, nak pi mlancong.

Tuesday, February 22, 2011

Tgk kupu kupu di tgh hari panas like hell.


*aku rasa cam ada je kut gambar aku kat tempat ni sbelom ni*

Last week selepas settle sesi blaja memandu (yer aku cikgu yang garang), trus decide mau pi Tmn rerama disebabkan dekat je pun kan. Dari padang merbuk ke taman tu skentut je dah sampai. Rege tiket adalah rm8. Kalau foreigner rm18. Aku rasa aci yang jaga kaunter tiket tu kene pi tukar spek tambah power, sbb tak dapat bezakan org tempatan ngan foreigner. Manjang nak cas foreigner, last time aku pi pun sama gak nak cas mahal, ewah sedap mata kau je nak cas org memahal. 


*ni namanya face man bug, sbb apa?*

Ini adalah kali ketiga aku mai sini. Rerama nya makin hari makin kurang. Punya lah payah nak bergambar ngan rerama, sampai aku kene kejar tangkap sekor. Nama taman rerama, tapi rerama kau sipi sipi je, camna?  cam biasa lepas jalan kat luar yang panas nak mampos di petang hari, trus masuk dalam ada tempat serangga la bagai. sejuk siket sbb ada aircond. Nyaman. Pas dah hilang peluh trus balik.



Ok pas balik dari taman rerama, trus pi JJ au2 plak. Jalan jalan beli kek frozen then pi makan malam la. Kedai pilihan hati adalah Teppanyaki. Memula kedai ni kosong, pas kami duduk trus ramai. Cam biasa gambar tak sempat nak snap sbb dah lapar tahap kerbau gila. Kami mengambil menu yang sama yakni chicken teppanyaki, japanese tea ngan ice lemon teh tak sedap rasa ubat blueekk. (makan malam ini ditaja)


*heaven dowh*

Criter ini adalah sambung menyambung disbbkan aku rajin nak taip pepanjang (walhal malas nak buat banyak n3). Esok plak lepas tgk wayang cerita No String Attached yang tak best tu trus pi secret recipe kat the curve sbb nak minum stroberi milk shake. Mengidam oi, nak sangat sangat minum. Makan plak amek Black Pepper Lamb Pie yang enak. tapi hati aku dah terdetik ni susu campur ngan black pepper mmg nahas, ada harapan tido lam bilik ni kang.




Dah settle membaham smua yang ada, trus balik umah. Tido sampai kul 5. Pastu bangun, kepala ngan tengkuk sakit teramat sangat. Angin barangkali. Ada harapan mc nih (yahoo), tapi baru awal tahun dah nak mc, mmg kau sangat mengada, sakit sikit nak mc, sakit sikit nak pindah duk spital. Tapi di atas kebijaksanaan makcik aku yang suh minum air panas banyak banyak, pastu aku sendawa tak berhenti, alhamdulillah trus sihat, dan trus capai pinggan nak makan asam pedas muhahaha. Trus tak jadik mc plak *sigh*.

Pesanan farid yang banyak angin: Dalam percubaan untuk tidak bertindak mengikut hati. Sbb member aku marah, aku slalu bertindak mengikut hati. Now it make sense. Damn it. (makasih pada yg menghulurkan kata kata itu muahhh)

Kaktus Ketot

*kesian kan rupanya?*


Sadis sungguh bila melihatkan kaktus nih. Umur nya dah setahun lebih, kalau baby, dah merangkak dah nih. Dan aku rasa kaktus ni cam dah mampos sbb tetiba (sangat tak relevan guna word "tetiba" like it was out of sudden plak) ianya mengecut mcm baju yang dikeringkan mengguna kan dryer. Shrinking sekecil kecilnya. Setahu aku kalau mampus pun, pasti dia akan hancur dan mereput, oh no, sound like macam mayat plak. Tapi kaktus ni cam bila dah shrink dia bentuknya statik mcm tu je.

Nak buang sayang. So aku biarkan je berposisi di hujung meja. Tapi apa dan kenapa aku tak mau buang tu, aku tak berapa pasti. Sian plak rasanya. Kalau dibuang, nanti pasunya kosong. *alasan*.

Pesanan farid yang tak reti bercucuk tanam: Jangan kau berangan nak menanam apa apa kat ofis sedangkan ko femalas nak menjaga. Adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis