Thursday, January 17, 2013

Singapore- Esplanade

Actually this entri goes before Singapore Zoo entri but nvr mind, baca je la ek T_T

*For sure this is not V Lavendar la*

*Raining, raining , raining*

*Behold! my retarded leg*

Settle di Bugis Junction and Bugis street, naik MRT then heading to stesen apa ke nama, don't have any idea sbb Kemal yang figure out how to get to Esplanade, and walk round 10mins baru jumpa this Esplanade.  err i think we stop at City Hall station, rasanya la. Seriously dont have any idea what was this place called. Sbb rasa nya yang dipanggil Esplanade is bangunan like durian kan? Sorry tak menggoogle secukupnya sebelum melancong. #Lame

*Cubaan silangkan kaki supaya tak nampak cacat sangat*

Masa ni hujan renyai, tapi semangat berjalan mengatasi segala nya. And yes gua potpetpotpet masa jalan, sbb utama merisaukan bila kene hujan gua akan pening pening lalu demam terlantar. Tapi alhamdulillah nothing happen. So pit stop kat Coffee Bean, Caramel Latte satu! Kemal yang pegi order dan gua duduk sahaja :p farid si pemalas. #cheapThrill

*Impress dengan ketinggian bangunan*

*The Glamorous Merlion, is it male or female?! don't you dare to answer that*

Then sambung jalan seberang jambatan utk tgk laser show, but laser show tinggal kenangan. Mungkin sbb hujan and no laser show lah, weather permitted katanya. But its ok. So kita lepak lepak je kat situ dulu.  Lain kali boleh datang menonton. Tempat tgk laser ini adalah dihadapan Esplanade it self, so masuk dalam Esplanade pusing pusing cari MRT station then beli tiket trus heading home, i mean Lavender la. 

*Singapore flyer dari kejauhan*

*Again *_* my long leg*

*Kemal mencari pintu masuk*

*Caramel latte dalam hujan adalah one of the best scene ever*




*They also have exhibition along pedestrian ke MRT station, #word pedestrian adalah from kak tin, thnx kak* 

*Fokus pada burung kertas dan abaikan rambut gua dah macam hapa sbb kene hujan #unglam*

Sambung lagik

Farid kata: Fart breath?! wahahaha

Wednesday, January 16, 2013

Singapore- Zoo Singapore! (◡‿◡✿)

*Contest kira bulu kaki, barang sesiapa dapat memberikan jawapan yang tepat, gua hadiah pakej pelancongan ke  Croatia*

Second day! Zoo time! Ini adalah tujuan utama gua ke Singapore. Seriously. Orang lain sibuk pergi USS but for me yang mencintakan flora dan fauna pasti lah memilih Zoo Singapore. One of the best zoo ever! Dari Lavender naik tren ke stesen Ang Mo Kio then lintas jalan untuk ambil bas. 

*Tunggu bas dalam ekon, nyaman sih*

Lu orang takkan sesat without map pun kat sini kerana papan tanda merata rata. Then bila sampai cari papan tanda Singapore Zoo then kat situ ada no bas, sorry farid nyanyuk didn't remember anything plus didn't snap gambar papan tanda bas itu. My bad


*ayam belanda celup tepung*
Gambar ayam di atas sepatutnya di bawah gambar bas, tp sudah terbalik. Sampai di stesen Zoo Singapore then ada KFC, jadi mari breakfast. No worries, KFC didatang dengan sijil halal. Jadi sila pekik Zinger satu! no la, Kemal was doing his job, pegi order while gua duduk duduk sambil main game kat phone. Thanx mal.


Public transport kat Singapore adalah amat reliable, seriously. Kira kalau nak naik bas skali pun takde la lu orang tercangak berlumut nak tunggu bas tak kunjung tiba. Ini serious. Hope malaysia mencontohi serbis ini. 

*nampak tak ada dua zirafah kat belakang tu?, itu adalah orang bertopengkan zirafah*
Tiket zoo sudah dibeli secara online bersama Jurong Bird Park, so ia adalah berupa package dengan sedikit penjimatan, and plus tram tix for both park. So jimat lagi. memula plan adalah mahu ke Night Safari sama tapi memikirkan naik bas, jadi tak payah nak berangan lebih, next time je la untuk pergi Night Safari.

*Map ini adalah free, diingatkan sekali lagi FREE ya. Bukan kene beli like few zoo*

Keadaan zoo adalah bersih dan nyaman. Kebetulan cuaca mendung tak bererti hujan pada tengahari itu. Jadi boleh jalan dengan selesa. Bilangan haiwan mungkin adalah kurang sedikit then Zoo negara kot, but still takde la menghampakan. Ada few show macam gajah show, monyet show, tiger show eh yang boleh ditonton.

*Lebih dikenali sebagai tanggang otter, kerana telah disumpah menjadi batu*
*Bergambar kenangan di hadapan rumah memerang*

*Buaya hitam legam*


*Perupamaan terkini: Upama biawak menyibukkan hal flamingo*

*Pertunjukkan gajah naik vespa dari kejauhan, malas nak pusing pi tonton, gajah kat mesia berlambak*

*Winnie? tetiba terbayang seorang amoi yang bekerja di salon, ntah apa apa pikiran kau ni farid*

*stended pemandangan dalam zoo, binatang terlantar tidur, so boring*


*Sempat menyelam seround semata mata nak amek gambar ini*

*pertunjukkan monyet monyetan di mana salah satu acaranya adalah manusia lawan orang utan mengopek kelapa. Pasti la orang utan menang dan manusia will look stupid la kan?*




*Cari anak rusa atas pokok*

*Bersama sama kekura gergasi palsu, so unglam dude*

*terkagum kagum melihat ular besar*




*Sesi memberi makan pada singa yang kurus melidi*

Dah penat jalan, pastu naik tram for last round, then baru makan. Tak ingat apa namanya kedai ini, tapi ada berbagai menu and for sure ada sijil halal juga yer. Gua memakan fish n chip, dan teh tarik yang tak kaw langsung dan Kemal memakan ayam masak apa ntah plus ice lemon tea. Walau tak berapa nak enak but still kenyang. Penting tu.

*Fish n chip yang rupa tapak kaki*

*Teh ais gergasi*

Lepas dah kenyang, jalan jalan dalam kedai cenderamata. Then terus tunggu bas diluar, within 10mins bas dah sampai. See i told u, mesti ontime punye. Ok sambung lagi bye

Farid kata: Pasnih nak pi Zoo Australia plak. mampu?

Singapore - Bugis Street

*Roti payudara*

Lepas cek in, dan bertukar pakaian, lalu perut adalah lapar, serious lapar. Yer yer yer memang gua asyik makan sahaja. Then di bawah V Lavender ini ada banyak deretan kedai makan, kedai cakoi, kedai roti, kedai hias kuku, kedai jual segala macam air dan food court, tp i dont think food court tu suited for muslim, harap maaf. 

*Shah Alam peace yawwww*

*Malboro light yang mahal tapi farid tewas lalu dibeli jua akhirnya itu*

Alkisahnya gua adalah tidak membawak sebarang tembakau untuk ke Singapura ini, gara gara dah terlambat kluar rumah. Lalu berazam lah dalam hati supaya tidak merokok selama empat hari bercutian. (Kemal pandang serong bila gua suarakan niat murni ini) Yer la yer la akhirnya gua tewas. Kluar sahaja dari MRT gua meluru luru ke 7Eleven cari rokok. Pilihan adalah tidak banyak and guess what, harga sekotak adalah USG12. Diulangi sekotak USG12 yer. Congak congak sekotak malboro light adalah bersamaan RM24. Gila ah. Sepanjang penglibatan gua dalam arena pengrokokan tak pernah seumur hidup hisap rokok semahal ini. Tapi nafsu menguasai diri, sekotak rm100 pun gua pulun beli. So lame la lu ni farid. 

*Nasik, sayur apa ntah dengan ayam dan ice lemon tea dalam tin*

Kemal sudah memilih sbuah kedai melayu, tapi tak lah gua ingat apa kenama kedai ini. Dah nak masuk petang jadi lauk pun sekadar di pinngir kubur sahaja yang tinggal. Its ok, rezeki hari itu, jadi kita ambil sahaja apa yang ada. Harga untuk dua orang makan beserta dua tin air adalah less then USG10.

*Makcik masak lontong ini adalah pemalas sbb tak potong kecil kecil kobis berkenaan lalu  berasa seperti makan kelopak bunga teratai*

Ok lepas perut dah kenyang naik balik hotel then mandi pastu pakai bedak banyak banyak, ke Bugis Street la kita. Kluar dari MRT adalah dari bawah Bugis Junction, diff yer dari bugis street. Bugis Juction was like mall but Bugis street like petaling street. Nampak kan bezanya? Gua adalah tidak menyempat snap gambar dalam bugis street kerana org adalah meramai upama di pasar borong. Isi kandungan dalam Bugis Street ini adalah baju bajan dan aksesori. Serious perempuan adalah paling happy kesini, sbb harga baju perempuan adalah way more cheaper then pakaian lelaki. So gua kemal membeli Tshirt Singapore yang hanya USG10 utk 4 helai dan Fridge magnet USG10 utk 4 pcs juga.  



*Kambing kemal yang tak berapa nak rupawan tapi sedap di tekak*


Then Kemal membeli jam tangan, dan masuk balik dalam Bugis Junction lalu mencari tempat nak makan, yer makan lagi, mesti lu orang tanya, sehari gua makan berapa kali kan? Gua adalah makan bila lapar, jadi kalau sehari terasa lapar sebanyak 13kali, jadi makan la sebanyak 13kali. Ok. Lalu berjumpa dengan kedai nasi padang kot, eh tak ingat. Gua adalah mengambil lontong dan kemal mengambil kambing dengan sayur. Dedua pun minum teh tarik. *masa ni dah terngiang ngiang teh tarik mahbub, but what to do, jangan mengada nak berMahbub kat singapore pula.


Lepas tu sambung jalan lagi.

Farid kata: Nak tgk camna rupa paras Bugis Street tu, sila Google. Self service menggoogle disebabkan farid dah nyanyuk tak amek gambar.

Tuesday, January 15, 2013

Kuala Lumpur - Singapore

*Swiss roll yang bakal dihantar ke kedai kek berhampiran*

Last week, planning mahu ke Singapore. Without any notice terus booked hotel dan flight ticket. Gua adalah pergi bersama Kemal dan ini bukan lah percutian bajet bajet. tapi we only spend on benda yang sahaja like makan, mrt tiket, bus tiket bla bla bla and so on.


*Mine black, tapi CK ori yo, tak main yang celup celup ini, riak+defensive*

Flight adalah pukul 11, but we lil bit behind schedule. Ye la ye la gua adalah terlambat keluar rumah. Kemal already kat KL Sentral tapi gua baru terkial keluar rumah. Not cool. Then take an ERL lepas tu naik bas di Salak Tinggi. And seriously pihak pengurusan bas pls la drive bit more faster then kura kura. O mai, it was like lu naik honda C70. Lama gila nak sampai LCCT.


*Disini menunjukkan dimana Moleskine adalah handy, boleh sumbat everything dalam tu, sbb ada cute pocket plus practical*

Then bila dah sampai LLCT, macam biasa for sure akan seperti hilang arah mencari kaunter drop bag. Then gua tanya satu staf airasia, kata sila beratur kat satu kaunter ni, danggggg panjang gila barisan. Apa best benar singapore sampai org berpusu pusu nak pergi sana?! tak pe, gua beratur, kemal stil cari alternative lain. Sekali ding dong ding dong "Para penumpang penerbangan AK1819 ke Singapura sila ke kaunter bla bla untuk mendaftar masuk bagasi, kaunter akan ditutup sepuluh minit lagi" Pangggg gua lempang diri sendiri. Wtf siapa harus dipersalahkan?!


*Serius walaupun nampak macam bit raw, tapi rasa adalah sedap sbb gua adalah lapar,*

Selesai di kaunter drop bag, dan beberapa siri pergaduhan dengan umat umat dari perancis yang degil bagai terhapa, terus lah kita ke Dunkin Donut untuk breakfast. Gila nak masuk terngahari tapi tak makan apa, even announcement gate dah bukak utk kali ketiga, gua pedulik apa, makan tetap makan. Kemal adalah memakan dua sebijik donut sahaja. 


*Row sbelah itu adalah kosong dua, plus mamat sbelah kemal duk borak dgn kawannya di sberang tu. Gigih tak mahu pindah duduk sbelah kawannya, good for your own sake, kawan kawan jangan suka suki tukar seat yer, incase flight lu orang terbakar rentung, the only way they can recognize lu adalah base on seating list sahaja, ingat tu yer*

Sediakan payung sebelum hujan= sediakan pen sebelum isi borang kastam. Good tips, letak pen dalam ur pocket while travelling. jadi tak perlu la bila FA dah edar borang, lu orang pulak sibuk punggah bag yang besar gajah (ni jenis tak reti nak cek in beg, kasi hangkut sumbat dalam compartment atas pala) semata mata nak cari sebatang pen. wtf again.


*No food ya, sbb flight adalah 25min sahaja, telan airliur pun dah keyang*

*Bilik hotel yang bit small tapi selesa dan yang penting bersih*

*Ok, Changi airport adalah lawa, berharap supaya KLIA akan ikut jejak Changi yo*


Gambar adalah sedikit tungang sbb sepatutnya gambar bilik hotel tu kat bawah. OK sambung, lepas dah sampai Changi, kasi bersih muka smua, pastu beli tiket MRT yang konfius ini pastu terus ke stesen Lavender. Lalu bercheck in di V Lavender hotel. Hotel ini sangat praktikal ya anak anak, yakni dimana stesen mrt kat bawahnya, pastu banyak kedai makan juga. Good choice and affordable too. RM1200 for 4 days 3 nights. 


*Semacam pelik duduk tegak macam itu*

*Ini adalah jamban*


Farid kata: Beg tak kemas lagi sbb malas


Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis