Thursday, June 13, 2013

Kisah ayam gantungan dan baju murah murah


*terboleng boleng ayamnya di buai angin ekon, abaikan janggut kemal tu*

Pulang dari Langkawi, gua adalah demam, tapi gigih pi kerja juga. Pastu friday kemal msg, nak blanja makan kat nandos, sogo. Seriously gua mmg blank bila pi makan nandos, ya la menu dia tak banyak, smua pon based ayam. Tapi disebabkan orang nak banjer, kita mai bawak perut je, so kita pegi je.



*Stelah di baringkan, itulah wajah sebenar ayam gantungan itu*

Setelah belek belek menu sesambil lap mukus yang berleluasa, gua order apa ntah kenamanya ayamnya ni, tapi dia cam ayam kebab yang di gantung bersama dua side, dimana gua pilih nasik yang tak sedap cam tak masak dan fries je. air minum je mineral. Ayamnya adalah sedap. Kemal cam biasa dengan ayam hot peri perinya. 


Lepas dah kenyang, borak itu ini, pastu tetiba tingat kan Sogo baru bukak Uniqlo. so mari je la kita tinjau tinjau. Wah banyak bajunya ada few part yang murah, macam tshirt dalam lelaki yang kaler merah (rujuk gambarajah diatas) hanya rm9.90. Harga biasa rm19.90, pastu tshirt Fender tu pun murah, dari rm59.90 jadi rm25.90. Itu je yang gua sempat capai memandangkan keadaan tak berapa menginzikan. Tapi no worries, Isnin seterusnya gua kembali dengan album baru ke kedai jepun itu, lalu mencapai, tiga helai tshirt dalam, selai tshirt Fender dan satu crop pants harga biasa rm79.90 lepas diskaun jadi rm49, nanti gua pakai, gua tayang dalam ini ya. Agak kecewa sbb tshirt Fender yang gua nak tu tinggal saiz bebesar sahaja, tapi gua beli jugak kaler merah plak. Yer gua pakai saiz S yo, bukan M (last week salah beli tshirt kat brands outlet amek saiz M plak). Oh ari Isnin berkenaan adalah hari terakhir sale nya. 

Farid kata: beli baju banyak banyak, sbb smua tshirt gua dah bersepah sepah tak tau tinggal kat mana

Tuesday, June 11, 2013

KUL - LGK 3

*macam tak cukup sorang, mana tok mok plak ni?*

Entri lepas dah cerita pasal kete kabel, tapi masa tu tak dapat upload gambar, then now ada gambar yang rasa cam proper sikit. Walaupun hati agak membara panas sbb dah beratur boleh pulak tutup. Tapi  nak letak jugak gambar kat sini. 


*macam kat gunung kinabalu*

Yer cuaca adalah berkabus dan memang ada harapan nak hujan pon, Masa tgh beratur tu, hujan dah tik tik tik mula renyai, walhal baru je hujan. Hujan tu rahmat, jadi mari bersyukur. Dah tak kuasa nak pikir pasal kete kabel ni, moh ke Underwater world je la.

*anak beranak, aiman dah sama tinggi ngan maknya*

*yer gua akui gua smakin mengerdil bila mana bergambar ngan bebudak ni*

Setelah berpatah balik ke Chenang, terus park kete di bahu jalan. Sbb parking kat pekarangan dah memenuh cam tehapa ngan bas segala, aterr cuti skola kan. Beli tiket, tapi tak ingat berapa inggit, uih dalam tu meramai jugak orang orang. Ini adalah kali ketiga gua didalam ini. Pasrah. Orang adalah meramai indon, thailand apa dorang ni pun cuti skola jugak ke?! *tarik rambut orang thai


*motip tokmok ada jambul bentuk S?*

Cam biasa dalam ini ada ikan ikanan, burung burungan dan juga memerang yang bebas meliar, yer mmg menakut kan, tak tau la kot konsepnya mmg macam tu ke, atau sekumpulan memerang ini sudah terlepas kandang. Gua adalah takut, takut kene gigit. Tapi tak pernah plak baca pasal manusia di serang memerang.

*apek blakang feeling nak masuk lam gambar*

*belakang tu adalah anjeng laut, tapi tok mok kata ikan lumba lumba?! motip ikan lumba lumba?!*

*Anak beranak lagi*

*Cuci aquarium*

*The same spot gua amek gambar for the past few years*

*Kerapu sama besar ngan tokmok, hah kagum*




*Kuda laut ku lari gagah berani, eh berenang*

*geleman oi*

Lepas dah pusing pusing, beli coklat, pastu auntie gua beli vision bagai, moh kita makan, kedai seberang jalan je pon. Banyak lauk. rege biasa biasa je la. Makan punya makan, pastu balik resort balik, rehat, pastu kuar balik, ini kali gua pegi bertiga, pakcik gua ngan mirul tinggal kat umah. Bukan jauh pun, ke Chenang mall tu je.

*Ada isu taim ni, sbelum makan ngumpat dulu*


Wah dari luar cam hebat gila chenang mall ni, skali bila masuk dalam, alahai kecik je pun. Pusing pusing kedai yang sama je pon. Tapi kira ok la, ada gak kedai dalam ekon. Dan yang penting parkingnya senang. Pi blakang mall tu, nahh terbentang parking kosong. Beli lagi coklat. Sepuluh kali singgah kedai coklat sepuluh kali membeli. Mana la beg tak penuh sendat.

*Tokmok muka ketat sbb tak dapat gegula fox*


ok next entri cerita makan laksa


Farid kata: InsyaAllah dalam tahun ni boleh komplit jalan satu tanah melayu

Friday, June 7, 2013

KUL - LGK 2


*ini bukan pegi mengundi (eee farid tak pandai amek gambar, nampak jari dia dalam gambar)*


Ini kisah hari kedua, di mana semangat perjuangan harmoni pagi pagi alam dah bangun lalu bersarapan ala kadar lalu terus ke Langkawi Cable Car. Yer konon like pegi pagi takde la ramai orang, ujung ujung adoooooo. Korang ni tidur kat tempat jualan tiket ke apa? Dan cam pelik sbb barisan nya tak bergerak, macam beratur statik je. Bila tanyakan pakcik yang keje kat sini, katanya cable tutup sementara sbb cuaca tak mengizinkan. Ada la lebih kurang setengah jam bratur pastu terus jadi fedap. Pompang pompang bincang, ahhh ke under water je la senang. Elok dah nak sampai kereta "ting tong ting tong" cable car telah dibuka, ahhhhhhhh lantak sana.

*sampaikan gini nak pilih keychain*

Sementelaah nak pegi ke kereta, anda akan menyusuri kedai kedai menjual baju baju, juga cenderahati pelbagai rupa dan sifat. Harga kat kedai kedai ni semua lebih kurang je pon. Tak de la beza banyak sangat pon. Dan gua tak beli pape pon sbb dah berapa banyak FM Langkawi ada haaaaa. Ok, cerita underwater world kat entri seterusnya la yer.

ada few gambar sesat:

Gambar mereka berdua ni kemain syiok bermandi manda ditengah panas.


pepero idaman hati

Farid kata: gua adalah demam, nak taip panjang panjang pun tak larat, tapi niat nak taip juga, sila cakap niat gua murni. 

Thursday, June 6, 2013

Lama


*rambut tak leh blah, srabai, plus gigi cam menjongang, tapi sib baik dah besar tak kacak mana tapi tak la jongang #tarikrambutsendiri*

Itu hari auntie gua punggah barang barang lama skali terjumpa selambak gambar lama. wah gua pun teruja bagai nak gila nak tgk gegambar lama. Pastu ada pulak gambar masa zaman ribena. Plus ada gambar ngan arwah mama masa raya ntah taun bila. hehe saya rindu mak saya.


*Kecik nya kau dik, gua plak rendah dari mama, ibam upama gangster skola dan err mmg dia gangster pon kat skola*

Farid kata: ada few lagi gambar nanti gua sumbat sini yo

KUL - LGK 1


Ok nak mula cerita baru yo. Bersedia. Masa 3 Jun yang lalu gua dan auntie gua sefamily adalah ke Langkawi, walaupun ke Langkawi je, perancangan adalah sedari awal tahun, macam kan nak pi Osaka. So setelah tiket flight dibeli dan Resort kompeni di booked, maka pada 3 june itu jam 11am bergerak lah kami ini semua ke LCCT dengan naik erl sampai salak tinggi lalu menaiki bas pula, yo lcct tu adalah terminal yang lama lagi yo, belum pindah ke KLIA 2 pon, jadi mari berpasrah bersama sama. Flight adalah pukul 3pm ujung ujung delayed 20 menit dari waktu asal. Sib baik tak lama pon, hanya doploh menit sajok. Oh sebelum tu pi makan kat Mekdi dulu, isi perut sbelum naiki flight.

*Dari kiri, aiman, makcik gua, tokmok ngan amirul, di belakang adalah pakcik gua*

*ni menunggu gua pi hantar luggage, mencangkung pun jadik*

*Delayed punya pasal, duduk la situ diam diam*

*memakai spek bukan sbb feeling artis korea, tapi sorok eyebag sbb tak cukup tido*

*memasing muka hepi*

*muka hepi jugak*


Haa ini adalah pesawat terbaru Airasia, masih lagi model A300-200 tapi yang beza dari segi fizikalnya adalah sharlet wingtip ni, wingtip ni ada efek pada penggunaan minyak, kira dapat menjimatkan sikit minyak dan AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama menerima A320 yang ada wingtip ni. Bravo! terima kasih pada tokmok sbb dia yang snap sbb dia duduk tepi tingkap.

Masa mendarat adalah pendaratan paling teruk dalam sejarah penerbangan gua, wahh cam kan lu ni pilot oi farid. Tapi mmg betul, dia punya hentak satu macam teruk, jatuh peranakan. Dulu masa terbang pi KK naik MAS, dia punya landing very the smooth u know. Tak pe la janji selamat mendarat sudah, jangan terlajak masuk terminal sudah.


Jadinya selepas mendarat, pegi la amek kete sewa, shud be gua sewa kete sama sorang mamat ni, ujung ujung dia tak dapat hantar kete sbb bininya bersalin, dia mai hantar kawan dia yakni seorang wanita. Malam sebelum tu ada la wanita ni msg gua, pompang pompang itu ini katanya nanti sampai ke airport pi cari kete avanza kaler biru. Gua pon okay je la, pas pungut beg, sambil hisap rokok terus pi ke parking airport, mencari la avanza kaler biru, pastu dalam pala otak kaler elektrik blue, ujung ujung tak jumpa, wanita tu msg lagi no plat nya, cari punya cari baru jumpa, ujung ujung kaler kelabu. #lempangdirisendiri. Terus gua tipon wanita itu "eh kaler biru ke kelabu ni?" wanita tu "tu biru cik farid, bukan kelabu" gua balas "eh yeke ni kelabu kak oi, biru tu cam air laut." matik la bergaduh masing masing tak mo ngaku rabun warna. Tak pe la janji kete dah dapat, yuh kita ke Chenang lalu cek in.


Malam tu, cam biasa tujuan utama nak pi Haji semail tu, makcik gua memborong coklat, yer gua pun sama jua ya. Beli punya beli dengan orang meramai cam kat pasar borong. Bertaur bayar dan terus balik, dalam perjalanan tu singgah makan, and yes kedai ini adalah melambat cam tehapa. Orang tak de ramai, cuma tukang masaknya sorang je. Bersabar farid bersabar. Pas makan terus balik resort mandi mandi terus tido.

Ok sambung lagi....

Farid kata: Melantak coklat sampai nak demam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis