Monday, November 17, 2014

Majlis Konbokesyen

Hari sabtu itu hari, bawak kuan pi graduation day, tadika Pasti kekdahnya. Majlis berlangsung kat dewan skola cina kat spring hill sana. so cam jauh la jugak. Kira majlis ni adalah disambut bersama sama dengan tadika dalam kawasan jajahan yang sama. so banyak la tadika Pasti yang lain juga turut serta. Majlis nya stat kul 1400, so gigih la dah sampai awal lalu pos pos cantek kat situ.

*Macam kan YB ni, siap tangan kat blakang*

Oh Ibam ngan Jalina kenot bawak ikhwan sbbnya sibuk dengan majlis kahwin adik jalina, so makcik pakcik ni la yang hangkut bawak pi. Ikhwan pun tgh demam tapi gigih la jugak nak pi. No worries atuk dah kasik ubat demam pagi pagi sbelum pegi. Insyaallah sihat la tu nanti.

*Banyak kosi kosong lagik, yang smangat dah sampai minit pertama*

*pak long kenapa lambat sangat, err paklong pon tak tau nak jawab apa dah*

*Pertama amek hadiah no 2 dalam kelas 4 thn (gambar smua kelabu asap sbb tukang tangkap gambo malas nak bangun, amek gambar sambil duduk je)*

*kedua amek hadiah kehadiran marvelous, dahsyat (Yang tudun pink ponk tu adalah cikgu besar tadika ikhwan)*


*Belum sempat majlis abis, cikgu nya dah pulangkan ikhwan kat mummynya, adik kata, cikgu suh bawak balik dah demam*

Sementara nak nunggu abis majlis, paklong dah larikan diri pi makan marry brown, dah kelapar tahap naga tasik chini, pastu kendian adik ngan kuan nyusul lalu berjumpaan di marrybrown pula dan makan.

Sekian cerita majlis kombokesyen bebudak tadika. Sila belajar rajin rajin yer kuan, takmo memonteng skola. Akhir kata selamat maju jaya dari paklong.

Farid kata: Next entri pls

Thursday, November 13, 2014

Mencari Harta Karun Ahmad Albab Yang Punya

Ni nak cerita perihal mencari harta karun anjuran tempat kerja. Kekdahnya kejadian berlangsung hari sabtu. So sesubuh gajah dah berada lalu berkumpul di perkarangan kompeni iniew. Ahli kumpulan adalah, gue, Sally ngan nok gemok. Bertiga? yo bertiga, ahli keempat kekdahnya kene bekerja di hari kejadian. Tapi okay je pun. 

Pastu ada taklimat, mengangkat sumpah bagai bagai, pastu bermula lah pertandingan nya. Sally pemandu, nok gemok navigator dan gue pos pos datin ghairah duk blakang cari jawaban. Oh perjalanan adalah membabitkan KL-Johor. yer jauh yer bukan kepalang. Masa kat lokasi pertama dan kedua gue cam okay okay lagi, i mean kondisi badan kira cam tiptop la, otak tengah cerdas dan bijak cam kancil. Kata pun pepagi hari, mesti la semua cergas dan bertenaga. Skali bila dah masuk lokasi soklan yang kelima dan keenam, gue dah rasa satu macam. Gamaknya masa dalam kete gue telan ntah apa apa benda ntah, pastu tak breakfast dan lunch dengan proper. So cakap ngan nok gemok, sila terus kan misi, gue nak beradu di blakang, so berbaring lah upama raja yang tak pernah tido sepurnama lamanya. Tup tup tgh tgh feeling baring, rasa nak muntah kauuuu, Capai pelastik lalu terbelahak muntah bagai nak gila. Aiyooo kenot tahan la centu, so Sally kata, kita kene jugak benti makan, kekdahnya smua dah kelaparan lalu pepening. Dah la soklannya susah tahap universiti harvard. So benti lah ntah kat mana ntah, makan kehepsi. Tp tekak gue tatap la tak leh telan pape masa tu. 

So dorang dah kenyang sambung lagik, gue sambung tido lam kete, nok gemok ngan sally pepandai lah uruskan. Gue sedar sedar dah sampai garisan penamat. Kelas sungguh parid pi cari rete karun, tido tido lam kete, muntah seround pastu sedar sedar dah sampai garisan penamat. 



*Tak yah nak kembang kembang kan hidung yer sally*

So dah serah smua rete karunnya bersama jawaban tu, buleh la cek in di hotel lalu merehatkan diri kan. Hotel dia kelas okay, bukan calang calang i tell u. Pastu dah rerehat cam permaisuri, boleh la bersiap sedia nak pi dinner. kekdahnya tema dinner adalah back to school. Tapi kosa la nak bertema tema ni smua, Gue dah tua pun. Pakai pakaian sopan sudeh lah. Pastu makan makan, tgk org nyanyi nyanyi, joget joget, pastu tunggu jawaban kuar pastu dah settle melebihi tengah malam, balik bilik terus tidoq. Dah rasa nak terbarai badan masa tu.

*Nok gemok membawa diri tido kat sopa setelah di halau oleh parid kerana dia dikuasai sifat tamak yang ingin menakluki seisi katil sensorang*


*Jamban untuk berak*

*bergambar kenangan bersama ustazah wardina dan calon yang bakal menduduki upsr tahun hadapan*

Result? pasti la grup gue kelaut bahahaha. Yer la dah tinggai sally ngan nok gemok dua ketoi je, mana nya mampu nak uruskan. Ok dah tu je, walaupun entri ni upama melepas batuk kering ditangga, kira halal la yer. Gegambar smua tak de masa hunt sbb tak kosa la plak nak bergambar. 

Farid kata: Taun depan macam dah tak kosa nk masuk. Zaman zaman nak memburu buru ni dah berlalu, bagi laluan kat muda mudi la pula. gitewwww

Thursday, October 30, 2014

Melawat kawasan selama tiga hari

Ok, ini kali cuti tiga hari, tapi bikin entri sekali harung lah ek. Nanti bikin berpart part ujung ujung terdampar sepi jew, cerita separuh jalan, penonton bakar panggung pula. Tetiba mukadimah centu. Ok itu hari gue sekelorga bercadangan ke utara sana. Apak gue mau ketemuan sama sepupu nya di Kedah sana. So amek cuti dan berangkatlah kami. Oh di sebabkan kata apak gue, sepupunya di Jitra, maka gue decide tidoq ja la kat Loq staq. Sbb tanya kak tin, katanya dalam doploh minit ke sengah jam je buleh sampai Jitra. So senang.

PERINGATAN: Gambar tak ikut turutan, ntah kehapa ntah jadi ceni

*Kalau ikot hati nak borong smua jersi dalam kedai ni, tapi apakan daya*

So bila dah sampai maka cek in hotel segala pada petang hari tu. Pas maghrib, gerak gerak khas la nak pi Jitra katanya ni. Gue cakap sama apak gue, tipon la sepupunya untuk mintak arah tunjuk, kang dah kuar tol Jitra takde la tercengang cengang sesat bagai. Ujung cerita rupanya sepupunya kat Sungai Petani. Mampu? celah mana datangnya Jitra tu? lu tanya lah apak gue. lol tapi okay je since loq staq kat tgh tgh, nak ke Jitra atau pun ke Sg petani sama je jauhnya, so okay je.Dah sampai umah sepupu apak gue, makan makan borak borak. moh la balik dah kul 11mlm kekdahnya.

Bangun esok pepagi, adik dah berkicau nak ke Bukit kayu hitam lah pula. Moh la kita yer. Takde la pulak rasa jauh bebenar ke apa. Cuma, yang plan plan nak pi The Zone, feeling sebelum boarder la, skali bila dah merayau rayau tak jumpa, mula lah pusing kepala. Rerupanya The Zone nya kene lepas boarder dulu kekdahnyaaaaaa.  Tapi usah khuatir, tak memerlukan passport ke hapa pon, just cakap kat kaunter kastam tu, nak pi The Zone, pastu tunjuk IC, pastu teruih masuk ja. Senang. Dah reronda, pastu beli la jersi bola, coklat bagai, teruih gerak balik.

*Nasik dalam sampan, payah kau nak makan, manakan nak kopek udang bagai*

Cadangan adalah tidoq di Taiping malam seterusnya, kekdahnya apak gue dah nak sangat makan mee udang katanya. So lets je la. Hotel ke apa smua tak booked pon. Redah kasik pecah saja. Sampai Tepen teruih ke mak jah, telan mee udang, pastu dari mak jah teruih ke Flemington pula. Sib baik la ada bilik kosong, amek dua bilik siap connecting room bagai.

*Apa saja lah dua beranak ni duk bincang*

So bila malam menjelma, dah tak tau nak pi mana, skali teringat dah alang alang dekat dengan zoo tepen ni, apa kata pi ja la nite safari, dan bernasib baik sbb nite safari mmg beroperasi tetiap malam, so hepi. Pas maghrib sesiap, terus tunggu dopan pintu zoo. Punyalah semangat kan. reronda dalam tu naik tram, pastu kluar teruih cari kedai makan. Ini kali kedua gue ke nite safari zoo tepen dan kali keempat ke zoo tepen itself. Gue kan duta binatangan semalaysia.

*Jersi yang dibeli, lalu digantung feeling konon konon cam beli kat shoping complex*

*Skybar Flemington hotel, kekdahnya baru pas hujan, so nyaman je rasa*

*kekdahnya kekonon nak cekik rimau tu*

*Warga emas rm10 hengget jew, sbb ada potongan 50%*

*Gigih turun tram sensorang berlari lari nak selpi ngan zirapah*

So keesokkan paginya, kemas lah bag segala mala, turun bekpes sat. Pastu naik bilik pi amek beg lalu bercek out lah kita. Cuti ini adalah dalam keadaan bersantai, mana rasa nak benti, kita benti, kita cek in hotel, kita tido. Sonang cerita. 


*Gambar ini dirakam nk menunjukkan betapa cantek nya bukit bukau ituew*

*Memperagakan jersi yang dibeli lalu tersenyum kerang*

*akak jual bermacam jenih sup di RTC kat perok sana*

Begitulah cerita berjalan jalan di utara dalam keadaan ekspress dan pantas. Oh apak gue dah tak mo memandu plak skang ni. Duk pos pos ratu kebaya kat seat blakang siap selimut tido kroh kroh. wahai Farid manzora memandu lah engkau dengan sepenuh hati, cuma masa nak balik dah tak larat, kesakitan bahu, so benti lah di Tapah, lalu tukar drebar pula, adik plak bawak, tiga jam sampai PD terus, mampu?

Ok dah bai bai

Farid kata: Update cecepat cerita ni, minggu depan nak cerita benda lain plak. Chiao

Aktibiti senggang di hujung minggu

Hey hey hey, farid pemalas lipas dah kembali. Tetiba kembali hari khamis. Slalu bikin entri baru hari senin, ini kerna senin hingga ke rabu, gue bercoti. ronda ronda utara tanah air katanya. Korang tunggu je la minggu depan tak pun, dua minggu lagik baru gue cerita. Apa apa pong baca dulu cerita last week.

*Dah makan kacang, dah minum air, dah isap merokok tapi kete tetap lah tak sudah sudah cucian nya*

Hari sabtu pi cuci kete. Kekdahnya dah femalas nak pikio pasal kete. Dan selalu apak gue je bawak pi cuci. Nampak sangat la kemalasan dah makin menebal dalam sanubari. Eh tapi nak story pasal kedai cuci kete ni baguih dok ada. Dia cuci cam teliti. Bersih dan takde la air meleleh leleh bagai. Tak cincai ke apa. Dan murah! 9 hengget je luar dalam. Nowadays kan dah 12 hengget pastu cuci cam hanjeng. Kedai ni dijamin cuma cuma, kena banyak bersabar sbb kalau dah teliti mencuci nya, satu kete akan ambil masa sikit la. Tapi dah alang alang menunggu, biar puas hati kan. *matik la cerewet tak tentu hala.

*Rambut gue sepertinya suster ngensot sebab tak dipotong lagik*

Smentara menunggu siap dicuci, adik plak sibuk nak pi jom heboh kat melaka nun, nak beli susu memeurah plak katanya. Yer gue turutkan. Smua lah pi, kemal, shila ngan ana pon hekot. Kata nya pon jom heboh kan, for sure buat tetengah padang yang panas cam kehapa. org meramai bagai. Gambo tak amek sbb dah tak kosa, duk tgh fokus nak beli apa. Dah penat meredah lautan umat di dalam panas mentari tu, ujung ujung takde kau gerai susu tu. Boleh? tak pe la dik, ko beli je la 100plus, ko anggap je tu susu bergas.


Dah puas hati berpanas panas menggelap kan kulit, moh makan yer, dalam pala otak takde pikir apa lagik dah, duk ingatkan asam pedas sesaja. So ke asam pedas Kak Mona lah kita. Licin ku bedal. Lapar benar kekdahnya.


Cut short punya story, *ayat nak selamatkan diri, hari ahad petang pi melawat umah kemal yang dalam pembinaan, pastu ke Myrail coffee ke apa ntah namanya, gue slalu je ke sini sbb kalau jemaat pas keje, singgah sini dulu makan, pastu baru sambung perjalanan balik pd. Tapi kali ni takde la makan beberat, katanya pon minum petang je. So amek popia ngan nugget serta fries sudeh. beborak duk pikir cat apa la, perabot apa la bagai, pastu balik.

*Rambut leper bilamana selesai dipotong, lantak sana*

Ok pasnih buleh sambung cerita pi jenjalan melawat kawasan jajahan pula.

Farid kata: Menaip dalam keadaan sakit perut panggilan alam adalah membuatkan anda menaip dengan lajunya.

Friday, October 24, 2014

Versi Digital lawan versi fizikal

Assalammualaikum, haa bertemu lagik, dah ujung ujung minggu, baru tingat ada gambo dah upload tapi tak ditaip lagik. Walaupun takde cerita apa sangat. tapi nak taip jugak. lalalala

Trend skang naik bajak tepi pantai, tunggang kuda dah biasa sangat. Abaikan macha tu, gue tak kenal.


Hari apa ntah aritu tetiba datang hantu nak tgk katalog ikea, bukan apa, perancangan tu pentingkan. Sib baik man baik hati kasik dedua katalog ikea tuk thn ni ngan thn depan, seronok bukan kepalang. Belek la tgk kaler dinding la, katil la, sopa loren la. Pastu siap tanda tanda mana yang berkenan, pastu kendian baru buat saringan akhir, mana yang bebetul berkenan nanti terus beli. Oh teh botoi tu norin nor bagi. Gamaknya dalam botoi kaca tak banyak isi nya, banding botoi plastik yang dijuai di mydin.

*Macam kuno gila letak stationeries dalam tupperware centu*


*Lawa betul tiles dia, kalau la jamban kat umah ceni, tido lam jamban pun boleh*

Haa pada yang tak dapat katalog ikea tu, jangan gusar jangan khuatir, boleh je donlod thru appstore atau pon google play. Kira bagus juga katalog online, kita tak yah semak semak nak kendong buku buku katalog tu kan, Tp kalau ada fizikalnya, leh cenconteng lah.

Ok dah tu je nak bebel. bye

Farid kata: Minggu dopan coti panjang, nak berkhatan, yahoo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis