Monday, February 21, 2011

Segmen Mari Menonton: No String Attached


Last weekend aku pi nonton cerita No String Attached kat The Curve, lakonan Ashton Kuchter (Adam) dan Natalie Portman (Emma). Korang tgk poster pon dah tau cerita ni berbaur kelucahan siket. Tak sesuai untuk kanak kanak mahupun mereka yang belum bersunat.

Cerita bermula lima belas tahun lepas dimana Adam bertemu ngan Emma di satu program camping. Pastu tak de pape yang berlaku la, just kawan kawan camtu. Pastu selang sploh tahun mereka jumpa lagi kali ni dedua dah besar la. Adam ngan makwe UK dia yang tehapa, and Emma still lagi single. Dan Emma dah kerja kat spital, Adam plak jadik penulis skrip sambilan utk program remaja.

Stelah beberapa tahun berlalu mereka jumpa lagi. Trus si Emma ajak Adam jemput dia ke majlis istimewa katanya, ujung ujung majlis pengkebumian apaknya. Adoi. Then mereka berkenalan la lebih lanjut. Dan tanpa seba musabab yang kukuh, Emma bersetuju menjadikan Adam rakan sexnya. Ada ke plak camtu?! dalam sehari pasti ada adegan sexnya, kat bilik, stor, malah dewan pembedahan. Pas had sex, dedua trus blah and pretend like there nothing happened. Gila ka?! Syarat mereka tak boleh cemburu sesama sendiri. Ater nama pon omputih, harus keinginan smua merepek repek. Then awek UK si Adam telah di kebas oleh apaknya sendiri. Lagi la tak leh blah.

Then Emma ada la berkenalan ngan mamat kat spitalnya, mamat ni cam tangkap feel lebih, siap warning Adam, yang dia adalah lelaki yang bakal Emma kahwini. Sian kau, feeling lebih. Adam pon agak cemburu la, pastu duk tanya Emma itu ini pasal mamat tu. Ujung ujung Emma dapat hidu yang Adam adalah cemburu plak. Maka disuruh Adam tu lupakan dia trus.

Ada la adegan dating dating sempena Valentine la apa, tapi ntah apa angin si Emma trus trus kata ngan Adam pasni jangan cari dia lagi. Adam pon kira bendul gak trus mmg tak dicarinya Emma. Sampai satu tahap Emma dah tak tahan rindu, trus di callnya Adam, then dari kenduri kawen adik prempuan nya, dia trus ke rumah Adam. Tapi malangnya dia ternampak Adam nak balik umah ngan rakan sekerja nya yang menggelabah 24jam. Dah la first time nak sex, pastu menggelabah tehapa hapa. Sian kau makcik.

Setelah rasa kecewa, trus Emma drive balik, beli donut banyak banyak pastu makan sambil drive sambil nyanyi lagu Bleeding Love. Till dia dapat msg dari kawannya kata apak si Adam sudah dimasukkan ke spital akibat terlebih makan ubat batuk gara gara si awek UK tadi. Adam jumpa apaknya dan terserempak ngan Emma kat luar spital, dialog yang drama sangat dari Adam  " If u come near, i never let u go" takde motip letak font pink yer. Trus lah Emma pelok dia. Dah abis. <- tetiba abis kan. Bistu tu takkan nak cerita sampai mereka beranak pinak bercucu cicit lak kan. Minggu depan la ending nya.

Kacang gila kan cerita ni, like kalau ko buat drama pon boleh je aku rasa, tapi babak sex sex tu sume kene buang la dulu.

Pesanan farid: Dari mula sampai ke penghujung cerita ni aku like tak de perasaan nak gelak ke, nak nangis ke, sbb aku di paksa untuk menonton cerita ni. Dalam hati melompat lompat nak tgk The Mechanic, lakonan Jason Statham. Tak pe akan ku tonton jua cerita tu kendian hari.

2 comments:

TiNiE said...

jom tengok burlesque :p

farikh said...

aku on ja kak, set taim ngan date, ajak sopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis