*Pembuka kata disajikan ngan muka hepi gila lam skyway*
Membaca tajuk je dah tau mmg dalam keadaan pantas ke Genting, planning ngan double a mau kesana pon tarak apa, tetiba petik mau pi Genting, ni smua gara gara bilik Forst World yang deluxe sangat murah, hanya berharga Rm138.00 utk satu malam. So rembat je la. Then pepagi dah amek bas kat terminal putra then trus ke skyway then sampai trus ke atasless then 2 hour dah settle cek in segala. Pantas kan?
*Pose ini tak dapat dikenali pasti, just berangan like James Sebon*
Sejujurnya aku mmg tak akan naik segala macam mak nenek kat genting ni, sbb aku adalah tidak gemar dgn roller coaster mahupun segala rides yang bakalin buat aku pening seterusnya muntah terbelahak. So no indoor mahupun outdoor tiket bakal dibeli. Ronda punya ronda skali nampak Ripley believe it or not. Persetujuan telah dicapai ngan double a, so kita masuk. Smua pun tahu kan tempat ni banyak bebenda pelik dipamerkan. Maya ngan suaminya dulu ada gak masuk sini.
*Siapa sentuh patung ni boleh beranak, tapi tak tau lak aku kalau jantan yang sentuh what will happen, bidaah je tu smua*
Rege tiket adalah rm32 beserta haunted house, dan pasti la aku tak mo haunted house tu. Katanya penakutkan, so abaikan, rege tiket jadik rm22 sahaja. Kira not too expansive la. Banyak benda benda pelik yang di pamerkan disini. Dialognya:
Pengkid jaga kaunter tiket : Bang amek skali ngan haunted house murah bang
Double A : Er tak mo tak mo, kami ni penakut
Muka ganas tapi penakut kan. Tetiba ter recall masuk umah hantu ngan maya sopiah ngan seri banun, naik koyak rabak baju kene tarik ngan sopiah akibat ketakutan.
*Buku catatan Ripley, aku tak dapat baca langsung apa yang ditulis, ke ripley ni pose pose tulis walhal dia conteng conteng je?*
*Cara menentukan waktu menggunakan mata kucing, canggih kan, no jam or bateries required*
*Kucing dan falcon yang telah di mumiakan, dah cam lepat pisang pon ada*
*Ko jangan ingat ada kit untuk berpantang selepas bersalin je, ini kit untuk bunuh vampire*
*haa ni paling kretip lam banyak banyak benda yang aku tgk, memula susun button batch cenggini*
*then tadaaaaa dah jadik muka org lak, ada satu lagi dia guna pin jadik muka pompuan, kreatip sungguh*
So dah settle di Ripley, aku ke bowling pula, wah bersungguh like never ever jumpa lane bowling, henyak dua game trus sakit bahu la, sakit peha la. Berbagai bagai sakit, janji score puas hati. Pastu pi kat tingkat atas karok plak, nyanyi terlolong lolong sampai hampir koyak peti suara.
The n dah penat nyanyi pasti la kene basahkan tekak, trus tuju ke Starbucks, lelepak sambil update itu ini kat FB, then sambung ronda ke Mc D lak, kata lapar tahap menggaban. Sbenarnya aku dah gegedik nak ayam goreng mekdi, kekonon tu minum petang la.
So naik bilik bedal ayam goreng pastu bantai tidur, then bangun tgk berita seround then kluar lak balik. Uih mmg kabus gila tak nampak pape. *mode jakun*
Then pi karok seround lagik, sampai dah tak larat main tolak tolak mic je, dari sploh lagu, aku nyanyi dua je, yang lapan lagi double a kene paksa nyanyi. Lebam la suara ko. Then sbelom balik tido makan dulu kat Marry brown pastu baru naik tido.
Esok bangun trus makan bekpes buffet yang diberi secara percuma utk dua org, uih meriah oo dia punya beffet, banyak makanan. Then balik bilik kekemas trus pulang ke pangkal jalan.
Gila leh pecah rekod ni cerita terpantas pernah direkodkan. Muahaha
Pesanan farid: kalau plan awal manjang tak jadik je kan, skarang petik je trus pegi, sonang.