Monday, March 26, 2012

MMBKT: Hari last jalan daki bukit sampai pening hampir muntah


OK dari Bukit Merah kami terus ke Cameron Highland, mmg gua rasa hazab sbb gua adalah penumpang, kalau gua pemandu, gua tak de la pening bagai nak gila duk blakang, duk tertahan tahan nak muntah.

Tujuan ke Cameron highland ini dalah tidak nyata sangat, lebih pada jalan je mana mau. Jadi dari Bukit Merah, paling dekat adalah Cameron, jadi pergi je.

*Togak cam nak nyanyi lagu kebangsaan*





*tengok bunga lalu terkejut? ko jumpa monyet ke apa dik?*



*berkerut kerut muka tanpa sebab musabab*

Lepas sudah berada di puncak, jadi singgah jumpa kawan baba seterusnya pergi la membeli belah di pasar yang menjual barang barangan yang sinonim dengan tanah tinggi. Ada stoberi, cendawan, pokok kaktus, pokok pine, pokok teh, pokok bunga, pokok kelapa, pokok rhu, pokok pine dan segala macam jenis sayuran, smua kalau boleh nak borong, sib baik naik kereta besar, kalau tak dah pasal kene sewa lori. 



*gambar ni cam tak sesuai la pulak, macam nak bikin nasik kangkang, cis*

*penutup entri adalah dengan gambar bunga bungaan, #okbai*


Demikianlah percutian gua yang serupa macam pegi bercuti di Brisbane sana, kononnya. Lepas dah satu bab hazab, ermm aku rasa ada hutang entri dua cerita wayang. Nanti rajin kasik update, skarang dah jadik malas balik.

Farid kata: Sila tepuk tangan sambil berdiri skarang gak, cepat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis