Wednesday, June 26, 2013

Bungkusan misteri, ayam madu ngan lelaki berlari



Lama rasa tak tulis blog, ok entri ni boleh dianggap upama melepas kan batuk kering ditangga pavilion sahaja. me dont mind. Ingat tak hari tu hari jadi kak tin keponpon? haaa maya sopiah sudah membeli kan hadiah tuk kak tin, pastu dihantar thru pos la. Then punya la nak seprais kan kak tin, disebabkan gua yang pi pikap parcel tu, segala bakat lakonan yang gua pelajari selama ini abis gua praktikkan. Pura pura taktau sapa yang hantar, tipu plak lagi siap bantai koyak kan slip tu yang bahagian sender. Sib baik bila dah find out sapa bagi kak tin tak amukkan. Eh motip dapat hadiah nak amukkan?! lol. Nak tahu hadiah apa yang maya sopiah bagi? tunggu kak tin update. tunggu dengan penuh kesabaran yo. ini serius


Ok ni cerita perihal makan, lately ni gua adalah kegilaan memakan nasi beriyani. Ya ampun sedap nikmat segala galanya lah bila dapat ayam madu. Dulu cam pandang sepi je bila orang blanja beriyani, tapi skarang tidak lagi, kalau boleh tetiap hari nak makan beriyani ayam madu. Itu hari pi makan kat Mahbub, erm ayam madu dia cam ok la, tapi nasi dia cam kurang sodap, but still boleh terima tekak la. 


Ni juga kegilaan baru, menonton Running Man cam tiada sempadan. Ada satu episod tu bertajuk "That winter the typhoon blow"  di ambil bersempena drama "that winter the wind blow" ada la dua retis pompuan jadi jemputan. Tapi episod biasa biasa je, still klaka. 

Farid kata: penat oh penat plus letih juga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis