*muka ceria dipagi hari*
Pagi pagi buta dah turun sarapan pagi, siap siap dengan baju sejuk katanya. Nak ke Tangkuban perahu yang glamer tu la. Bang Iwan dangdut dah ada terpacak kat bawah hotel. Ok nak masuk tangkuban ni ada charge nya, ikot kata bang iwan dangdut satu kereta hanya 70,000rp, so kami ni sediakan lah 70,000rp. Tapi harus diingat tu harga warga indon sahaja.
*kelabu asap gambonya, gue saspek lense camera fon gua diselaputi abuk abuk*
*Kabus campow ngan asap sulfur*
Jalan nya cam berliku liku, berbukit bukau, tapi korang takkan rasa cam nak panjat gunung pun, sbb dari bawah sampai la ke atas smua nya umah orang je. Kalau kat mesia ni, ko nak pi cameron ke, fraser hill ke, pasti la meredah jalan hutan belantara sesaja sepanjang jalan. Sepanjang jalan banyak juai arnab atau kelinchi. Tempat sejuk la kot ek, renab hidup subur je. *matik la bunyik ternak arnab macam tanam sayur je. Oh sayur sayuran juga banyak di tanam kat sini, mungkin sbb tanah subur agaknya.
*yang dah tinggi berdiri tempat tinggi, lagi bertambah tinggi*
Ok bermulah drama adegan lakonan sebabak. Bang iwan dangdut kata suruh kami ni semua diam, dia nak cakap kat kaunter tu yang kami kami ni smua dari Bogor, kira sedara mara dia la, walaupun muka nampak sangat orang mesia. Tapi Bang Iwan Dangdut yakin tu nak menggoreng jugak. Ujung ujung cewek jaga tiket mintak kartu id, haa kaget bang iwan dangdut sebentar. Berpasrah je la bayar ikot rate pelancong, lagian apa tak pe, kami bayar je, bukan hari hari pun panjat situ. Total satu kete adalah 430,000rp. Jauh beza kan? terima seadanya pls. Bang Iwan Falls dah bebel bebel sbb tak berjaya goreng cewek tu tadi, tak pe la bang iwan dangdut oi, kami ni jutawan dan jutawanita. Mesti cewek kaunter tu goyang inul sbb bang iwan dangdut tak berjaya nak nipu dia.
*Latipah omar tgh bagik penerangan tentang lakonan beliau di dalam filem bawang putih bawang merah*
Turun je dari van, ada sorang mamat ni approach, nak bagi penerangan, memula gue boo layan la, mana tau, kang dia bebel terang itu ini tetiba kene bayar plak ke apa kan. Tak mo la di scam sebegitu rupa, ujung ujung tgk dia pakai tag gomen indon, rupanya dia keje kat situ. Tapi tetap di boo layan gak, kemal sorang je gigih dengar mamat tu cerita. Gua ngan bang iwan dangdut bersuka ria isap okok kat situ. Merata rata orang bawak bahan jualan maksa suh beli. Tapi tak berjaya la memperdayakan gue, kata muka garang dan meluat kan, berani la ko mai dekat.
*Model gunung dan kawah, tapi skali imbas dah rupa cam model najis manusia pon ada*
Pastu kata mamat tu lagik, ibuk ibuk bapak bapak boleh masuk ke ruangan informasi untuk keterangan lebih lanjut. so masuk la beramai ramai, pastu ada la sorang makcik ni akan bagi keterangan, sejarah bagai segala pasal tangkuban perahu ini. Yer makcik ni bagus, smua soklan dia leh jawab, dan siap pesan kalau nak berbelanja diluar itu, berhati hati, kerana ada yang menipu, jual batu ke apa ntah sampai ratusan ribu rupiah, dia bukan apa katanya, nanti orang mai kat dia komplen, jadi dia sebagai gomen indon, dia tak mo la cerita buruk gitu. bagus dia ni. dia ada taik lalat kat mulut cam latipah omar. *tetiba tingat mayah sepiah.
Kawah ni tak kuarkan larva, tapi duk kuarkan sulfur, ye kalau sulfer tu dihidu dalam jangka masa lama, boleh jadi mual, kepala bisa pusing. Untuk hilangkannya, bapak bisa minum teh manis atau susu. kata pompuan ini. gue takut kang minum susu, mmg la hilang pusing kepala, tapi lepas tu cirit birit plak, satu keje sudahnya. So dah selesai dengar ceramah dia, kami ni daki la sampai ke atas atas tu, ada juga melewati kedai kedai kat situ juai macam macam, satu benda pon tak beli. Jalan je sudah lah, tu pun dah penat macam kehapa.
*kalau ada musuh ketat masa ni, molek lah kiranya di tolak terus masuk ke dalam kawah ini, tapi apa motip ko pi melancong ngan musuh?!*
*smentara nunggu ateh ke tolet, ayuh foto foto dulu*
*Bukti dah sampei*
*bang iwan dangdut tgh borak ngan kemal kat blakang tu*
*Pagar tu tak kukuh mana pun, jangan bersandar, kang enam enam ketul terjerumus ke lembah sulfur tu*
*Haaaa itu lah abang iwan dangdut nya, macam tauke kumpulan jambu tak?*
*Pokok pokoknya mengingatkan gunung irau pula*
Dah selesai tutun naik bukit, moh la balilk, Bang iwan dangdut ajak pi hot spring, dikenakan bayaran seorang 50,000rp, pasti lah tidak bang oi, dah pening pening ni, moh kita makan tgh hari lah yer. So sebelum balik tu adik mintak tolong bang iwan dangdut belikan strawberry, so bg doploh ribu, dia pegi la beli. Rege sekotak 15,000rp je, bila tanya bang iwan dangdut berapa harga sbenarnya, katanya 30,000rp, ajer gila sekali lipat regenya. Sib baik ko ada bang, jimat 15,000rp. Walaupun 15,000rp bersamaan rm4 lebih jewwwwwwww.
Maka marilah kita ke tempat makan pula, sambung..
Farid kata: 15,000rp bersamaan rm4.20. Nak dapat rege ni kat cameron?! kim salam sayang je la
No comments:
Post a Comment