Pada sapa sapa yang ada saluran astro pelangi kat umah tu pasti tau cerita ni. Dah tgk? best ke idok? haaa bagi gue ini, pasti lah best, nama pun tuan punya karya (Tittien Wattimena), adalah org yang sama terbabit dengan cerita Tentang Dia. Ok meh nak cerita sikit pasal cerita ni.
Cerita indonesia ini berlatarbelakangkan kota Busan. Mengisahkan sorang pompuan yang bernama Indah (lakonan Atiqah Hasiholan). Indah ni kerja nya di kedutaan Indon di Busan tu. Kerja nya cam bosan, cam takde kerja pun ada jugak. Kalau ada isteri pegawai ke, org kenamaan indon ke mai Busan, dia lah jadi tukang guide merangkap tukang hangkut barang tatkala mereka mereka ini berbelanja.
So satu hari bos Indah sudah feewit sama Indah nak ke pelabuhan. Katanya nak pi mengambil rakyat indon yang bekerja dengan kapal. Mamat ni kene serangan jantung, maka gamaknya pelabuhan yang dekat adalah Busan, so dorang tala kat Busan la. Mamat ni namanya Abi (Lakonan Rio Dewanto). Maka bermula lah episod untuk Indah menguruskan si pesakit ini.
Yer as ekspekted, Abi ni adalah kekwat. Duk la amukkan, tak mo makan ubat la, tak mo itu tak mo ini. Kira ada beberapa adegan Indah sudah naik hantu juga. Hari hari harus di hadap nya di samping tu, kene juga cari detail Abi ni, manakan nak kontek keluarga Abi di Indon sana (Abi dah takde parents, tinggal adik pompuan dia saja), mana kan nak hadap Abi yang memacam kerenah ni. Ada satu ketika, Abi pi tolak Indah. It was like apa ni mengasari wanita. Not good.
Ada satu ketika tu pula, kekdah nya nak sambut tahun baru, maka Indah ni ikut je la geng kantornya nak nyambut, elok elok nak countdown tetiba dapat call, Abi sudah tenat pula. Bergegas la minah ni balik ke spital. Yer la dalam benci benci tu, ada lah juga fefeeling cintan cintun. Ajer gila jejaka kacak depan ko kan. Yang Abi plak, wanita jelita jaga ko hari hari, gaduh mmg gaduh gak, tapi ada la suka sikit sikit. Kira cam kalau indah tak mai, dia duk tanya mana Indah? mana Indah?.
So bilanya Abi dah sembuh sikit, dokter pon kata, nanti dah boleh pulang lalu sambung rawatan di Indon, maka sedih la dedua orang ini. Nak berpisah gamaknya. Haa satu lagi, indah ni keje nya kat umah buat patung. Dia buat la satu patung kelasi ni, fefeeling tu Abi la, pastu ada satu patung pompuan dia bagi pada Abi. Abi pun tido taruk patung tu kat lengan fefeeling konon Indah tidoq kat lengan dia. Fantasi sangat ko ni Abi.
Abi ni ada masalah jantung. So dia cam tingin benar nak merokok. Cam kekdah la dah la sakit paru paru bagai, pastu nak mokok pula. Jadi Indah bagi je dia rokok, tapi tak menyala. Haaa feeling la ko situ hisap rokok. Abi layan je, janji dapat pegang rokok. Kemaruk betul.
So bila Indah dah dapat kan tiket Abi pulang ke Indon, dia pun cam nak hantar Abi pi airport. Tapi Abi kata, singgah pelabuhan di mana dia mula mula sampai, sbb Indah ada kata, hidupnya bermula di pelabuhan bilamana dia mula jumpa Abi di situ. Abi suruh Indah ke tepi pelabuhan tu, lalu Abi pun menghilang. Centu la pulak, gamak tak mo sesedih la kut.
So takkan cinta tergantung gitew je? Mau bakar panggung nih, Sila saksikan kesudahannya. Kot bertemu kembali ke? ko Indah jadi anak dara tua kematu dilambung angan angan ke? atau Abi jadi tauke menjual rokok paling berjaya ke?
Sila muat turun ost nya, bagus banget
Farikd kata: Gue adalah suke cerita bergenre begini. Tapi tatap tak leh lawan Tentang Dia yang gue tonton doploh empat kali.
No comments:
Post a Comment