Wednesday, December 10, 2014

Ciken Tortila ala kadar yang sihat dan menjimatkan

*Cerek dan periuk nasik tak diperlukan dalam ini drama, itu sekadar prop sahaja*

Ok mari mula masak tortila ciken ala kadar, Bahan bahan memula kita perlukan, Daging ayam, kalau lebih elok beli yang mmg dah siap buang tulang, kalau rajin melampau boleh beli dada, pastu gigih godek amek daging sahaja. pastu ada ciken slice, bawang besar dan bawang putih ikut sedap tekak, macam gue adalah suka bawang so tibai je bawang tu sebijik terus dan majerin kurang masin. Ngapa kurang masin? sbb ni resipi nak sihat katanya.

Pastu next step, amek je bawang bawang tu, kasik tumis. Tapi hengat ye jangan pakai minyak, tapi guna majerin je, tu pun pakai ciput je *ujung sudu je. pastu campak ayam dalam tu, pastu gaul gaul masak sampai ayam tu masak, pastu campak lagik secubit garam. Ingat yer, jangan nak masin masin, kang lari konsep kesihatan pula. dah settle tu pi goreng ciken slice tu plak. tak yah pakai minyak mahupun majerin. Yang penting pakai kuali tak melekat.

*salad tu cam tak perlu pon sampai dua pokok, kalau boleh beli sepokok je*

Bahan seterusnya, amek lempeng yang di beli siap, eh lempeng ke? ntah sila rujuk gambar rajah, pastu salad dan mayo. Err kalau gue makan sorang, gue tak pakai mayo pon, sbb i dont like mayo. boleh la ganti ngan cili sos ke, bbq sos ke, ikot sedap tekak korang la.

*Untuk lebih impak maksima, korang boleh pakai daging ayam banyak sikit, ni gue dah tersalah bajet, dua ketol dada ayam, nak digulung dalam 8 keping lempeng tu, tak cukup sudahnya*

Pastu kasik susun cecantik seperti dalam gambarajah, pastu gulung. ada dua teknik nak gulung, Teknik gue pakai adalah buleh nampak atas, so kalau orang nak makan tau la apa isi dalam ituew. Teknik kedua adalah teknik gulung popia ala bazar ramadan. Tu kira gulung terus tak nampak apa dah dalam nya. So korang boleh je gulung ikut sedap bulu mata uolls.

*untuk menambahkan lagik dramatik dalam hidangan, makesure salad salad tu terjulur keluar, baru nampak cam tukang masak handalan*

Tadaa dah siap, dan sedia untuk ditelan. yang sbenarnya resepi nya boleh je campak kepsikum dalam tu, pastu masa nak gulung letak salad tu buleh letak timun, tomato bagai bagai. Tapi disebabkan farid manzora dalam plan gain weight and eat healthy bahkan eat cheap jua, so kita pakai apa yang penting je. So pada yang malas kedaung nak memasak, boleh try ini. Yang penting uolls tsya healthy yaw.
bye

Farid kata: Tidur mesti mau cukup ya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis