Wednesday, February 4, 2015

LGK kali ke berapa ntah : 1

*Travelator untuk orang pemalas sahaja*

Ok nak mula taip mmg malas tahap dewa ke 100. Tapi jangan runsing, farid manzora gigih taip jua. Cerita pengembaraan ke Langkawi di mula dengan perjalanan. Yer ni kali ke berapa ntah ke langkawi, tapi adegan kali adalah lebih kepada berjalan jalan ke pulau sekitar. Konon macam tak mo shopping coklat ke apa ke lagi dah. Konon je. Ahli romobongan adalah kemal dan adik je. So kami bertiga je la.


Plan asal nak pi berdua je ngan kemal. pastu duk cerita ngan adik lalu ajak lah dia skali. Memula tu di sebabkan gue dah beli tiket awal, so adik kata dia pi la kendian naik AA ke apa ke mana yang murah. So gue bangkang, tak mo la dia sensorang, kang pape jadik jenuh la pokcik nak menjawab lak. So beli gak tiket sama flight ngan gue. Gigih okay.

*ikan banyak tulang, sampai tercekik memakannya*

Disebabkan adik dah ada kontek segala untuk kete sewa tu, so tak yah khuator sangat. Dah deal semua sesiap. Sampai airport pungut kete terus. Yer gue cam kurang gemar la, bila sampai airport pastu diserbu kete sewa lalu kene buat keputusan waktu tu jugak, i is tak suka. Chewah. Dah amek kete deal apa apa yang patut utk esok, zas terus pi makan laksa ikan sekoq. Makan upama orang tak makan seminggu, lapaq benar.


*Leceh nak amek sketul sketul, amek terus sekotak*

Pastu kepala gue dah start pusing sakit sudahnya. Tak pe tahan lagik. Settel laksa pi cek in resort pula, pastu tukaq baju segala. keluar balik pi haji semail. Eh memula kata tak mo beli coklat? katanya la kan, tapi di sebabkan auntie gue suh beli pemangang ajaib, so kene la pi kan? alasan sungguh. Elok sampai haji semail, nahhh terus sakit kepala maha hebat. Sampai nak muntah even nak berdiri pun rasa menyampah. Gue masuk dalam amek periuk bg duit, lalu kemal ngan adil pi la bayaq. Gue perlukan tempat duduk. Balik kemal yang drive, gue dah terlantar kat blakang. Apa punya masak elah pun tak tau la. Taim duduk umah elok pula sihat, bila melancong terus sakit.

*sakit kepala tolak tepi, coklat tetap di baham*

Balik umah, bancuh air panas, pastu tido kejap. Bangun baru sihat. Takkan tak cukup tidoq pulak kan? apa apa je la. Pastu, adik kata jom pi makan malam, yer kul 6ptg dah nak makan malam sudahnya. Pulun ja la, lagian elok sbb tak ramai orang lagik, Kedai nya adalah ceruk rantau jalan menghala ke airport dari cenang. Nak bagi direction detail gue tak ingat, walaupun waktu tu gue yang drive. Sekian.

*Kedainya tepi sungai*

*Dah tak saikit kepala, boleh la senyum*

*Muka girang dapat makanan*

*Gambar ni patut kat atas, tapi ntah cemana tercampak kat bawah pula*

Dah bermakan makan dan kenyang, lalu pi pusing pusing, cenanng dan membeli makan untuk aktbiti keesokkannya. Ok sambung

Farid kata: Nasib baik la aktibiti kali ni lain sikit, bukan naik kete kabel, beli coklat, beli minyak gamat, masuk underwater world. Kalau buat aktibiti yang sama jugak, tak berupdate la kekdahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis