Wednesday, May 6, 2015

N9

*Bongkah kayu tu bukan sampah yer, tu arca perhiasan*

Hallo! Camna cuti lu orang? Happening? Yer cuti gue duduk umah selama lima hari, takde melancong lancong ke apa ke. Ada pun jalan jalan sekitar kawasan jajahan je. Itu hari gue, adik, kemal ngan shila keluar membeli barang barangan, lalu berasa nak makan malam, lalu gue teringatkan kedai baru di seremban, dan wajib lah nak melawat.

*kemal kata pehal gambar jauh sebatu? nak menampak kan suasana uolls*

Haa kedai ni namanya N9, ada jual stimboat ngan grilled. Yang speselnya kedai ini adalah, reka bentuknya. gamaknya diperbuat dari kontena yang disusun susun, tetiba tringa Chara hotel kat Bandung lak. So bahagian bawah kedai ni boleh duduk lalu makan makan, dan bahagian atas kedai ni hingga ke bumbung boleh lah duduk melepak meminum minum. Di tingkat satu ada kedai jus, so disamping minum air jus buah yang sihat, boleh la menikmati pemandangan kilang disekitarnya, Kelas ke tidak?

*gayat lah juga kalau duduk minum atas bumbung ni, tinggi benar dah rasanya*

*Ribena soda*

So memula cam nak order grilled, tapi ntah macam mana terorder stimbot pulak. So makan je la kan. Ada few choice of sup ngan sos, tapi dengan syarat, disetiap meja max untuk sup adalah dua sahaja, dan sos adalah empat sahaja. Tak tau la ngapa ada syarat centu. gamaknya tempat nak letak sup ada dua je kot dan sos empat sahaja. so kalau order banyak banyak celah mana pula nak ditarukkan. So kami decide amek sup ayam, ngan sos rendang minangkabau dan sos bbq. So rendang tu cam menarik. Tapi mmg tertarik kau mmg da bomb, sedap betul.

*Segala mak neka cendawan*

Setelah order itu ini, boleh bangun lalu pi amek apa korang nak rebus dan celup lam sos tu. Ada banyak juga pilihan, smua dah dicocok dengan lidi, demi memudahkan mereka mengira berapa banyak korang amek.Ada cendawan, bola daging, udang dan bagai bagai lagik.

*Segala jenis bola bola api*

*Shila mambu pilih jus mangga campow apa ntah*

*Adik punya jus epal ijo, masam hoi*

*Sup datang dalam baldi tecit, sos dalam gelas besi, pastu letak dalam kolong tgh tu ada api kat bawah dia*

So for those yang berada berdekatan dengan seremban, boleh lah boleh mencoba. Harga dan suasana adalah baloi baloi. Bai bai

Farid kata: Man toba pi Jepun jalan jalan naik Shinkansen , tetiba gue rasa nak dengki, cis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis