Gila lama dowh tak berupdate, tu pun sbb dah di warning oleh sopiah sbb lama tak update. So gue ketakutan, gue update la. So cam biasa, smua cerita yang nak dicerita adalah berkaitan tank dan doodle. So sila redho saja membacanya.
*Maafkan kedaan umah yang bersepah*
Setelah berhempas pulas tetiap minggu menjaga tank, ni la dia tank gue yang tak seberapa ini. Yer payah nak menjaga nya. walaupun tank sekangkang kera je pon. Sepatut nya tank ni adalah low tech tank, tapi ntah macam mana setting smua dah caca marba. Lantak je la, janji pokok dan ikan hidop aman harmoni sudeh.
*Tanam air grass tapi tak pakai co2, kompom lah takkan hidop*
*Kumpulan pokok yang baru di beli dan ditanam*
*Body spray tu kalau ikotkan dua minggu je dah licin*
Pastu hari apa ntah, halo halo kemal, nak pi klcc nak beli perfume lah kononnya. Pastu dah sampai Mark & Spencer, cari tempat perfume, most EDT smua dah abis stok, cam nak nyarip je. Pastu godek godek ada set body spray ngan shower gel. Murah dan zas sajiok.
*Tu adalah sup daging lembu*
Pastu jalan jalan lagik, kemal nak makan plak, singgah food court sudeh la, makan korea sudahnya. Janji ada nasik nasik, gue okey jew. Pastu dah kenyang terus rasa nak balik. Senang kan bila jalan dah ada tujuan, ko zas zas je pastu terus balik, takde buang masa dan takde buang uwang. kononnya lah kan.
*Kalau selpi waktu ni, kompom bersinar sinar muka*
Dalam masa nak berjimat kononnya nak beli perfume je, tapi termasuk ke kunikuniya lah pulak, lalu kaki ni auto je melangkah ke bahagian alat tulis, lalu ternampak lah set staedtler yang di cari cari selama ini, yer rm50.00, ko nak sangat kan, hah beli je la, kang terbayang bayang plak dalam tido. Oh ni tuk mendoodle. So beli je lah. labur lagi rm50.00. Yer la bagi sesetengah orang rm50 tu tecit je, tapi bg gue ini, rm50 macam rm50k.
*Moleskin doraemon?*
Berbalik pada kisah aquarium..................
*letak lam botoi cam ni nanti senang tekan tekan je*
*kita cincang, tpi jangan sampai hancur yer puan puan*
haa ni bukan ada adegan masak masak ke apa yer, ni adalah kacang peas yang telah direbus dan dibuang kulitnya lalu di beri makan pada ikan. Kenapa bg ikan makan kacang peas? sbb elok untuk penghadaman ikan berkenaan. Asyik bagi pallet ngan cacing je kan, skali skala kene la bagi sayuran juga, barulah ikan membesar sihat dan kuat.
Hari sabtu yang beberapa minggu lepas, gue ke Mid, ke pets wonderland. Sbb ada baca lam forum kata, kedai ni hebat, i mean dari segi variety pokoknya. so pergi pepagi, mmg haibat. Banyak gila pokok dengan harga berpatutan. So for those aquascaper yang mencari pokok pokokan, boleh lah ke sana .
Farid kata: Human is complex