Monday, January 4, 2016

Sorotan sepanjang hari jadi

Gambar adalah banyak, smua terjadi bukan dalam masa satu hari. Jadinya bersedia untuk meliat gambar gambar yang carca marba susunannya.

*Sebelum ni gue rasa muka gue serabai, yang ni plak muka gemok, adoi la apa la nak jadi, kalau umoq tambah tua mmg akan jadik gemok ek?*

kejadian berlaku lepas hari jadi, gue, kemal, adik ngan shil, pi makan seoul garden. Kekdahnya gue makan daging banyak sangat sampai jadi masalah pencernaan. Gue jarang makan daging, tapi skali makan mmg payah nak benti, apa apa pon makasih korang sbb bawak pi makan daging sedap.


Pastu kat opis ada sesi gift exchange, gue kene bagi hadiah pada azmil (lupa nak snap gambo) dan gue pula dapat hadiah dari Bell (bukan helmet chap Bell), makasih bell. Ianya berupa majalah fotografi dan tali leher. pon lupa nak snap gambo.

*Doodle tanpa sebarang sebab*

*Hadiah dari kelab opis, makasih tuan presiden dan ahli ahli yang lain (wang tunai tu bkn sebahagian hadiah yer)*

*Sopiah dah berupa cerita indon tu "wanita berkalung sorban", kak tin mantain senyum sokmo*

Pastu kak tin ngan sopiah ajak pi makan absolute thai, dorang banjer, makasih korang, keje kita ni asyik la makan makan sesaja.


*Beli hadiah tuk diri sendiri kononnya*


Pastu pada hari kejadian hari jadi, kemal banjer makan kat tony romas, ribs!!!! gila tak pernah gue makan ribs seenak ini, juicy tender semua cukup! makasih kemal sbb banjer makan makanan sedap.


Pastu berbekalkan duit hadiah dari kak tin ngan sopiah, gue beli marker kaler kaler. Sopiah kata, amek gambo pas beli hehe apa apa pun makasih kat korang sekalian kalinya.


Pastu hari berikutnya kak nana plak banjer kat Chillis, the best part is, sembilan orang pompuan, gue sorang je laki laki kekdahnya, balun la, kata makan free kan. Makasih kat kak nana sbb banjer dan makasih kat Dorin sbb drive kan kami sambil memberi khutbah sepanjang perjalanan.

*Doodle kali kedua tanpa sebarang sebab*

*Sambil makan sambil mendengar rintihan budak ni, sabaq ja la naaa, perjalanan karier ko masih jauh lagi fizi, pakcik ni lain la dah nak pencen dah*

Hari apa tak ingat, Fizi plak banjer makan  kat nandos, murah rejeki budak ni. Sbb apa pi nandos? sbb dia suka nandos, ceh. sama ngan kemal jua suka benar nandos, walaupon gue masok nandos tak tau nak makan apa, semua nya ayam. We need meat! haha

*tetiba gambar grill daging kat seoul garden sesat kat bawah*

*Doodle tuk kali ketiga*

*Ikan sbesar muka manzora*

*Gambar seoul garden tersesat lagik*

*Bermuncong muncong niup lilin, yang pegang kek tu adalah supervisor amarika gue, Yang Berbahagia Tuan Nik*

Pada hari kejadian juga, potong kek kat opis. Makasih kat kak kemal dan yang lain sbb sudi membeli kek dan nyanyi lagu besday.

*Muka ahboi tak sabar benar nak makan*

*Mee apa ntah kat absolute thai, gue yang order*

*Nak tau apa rahsia kak tin kekal langsir Langsing? dia makan kerabu mangga hari hari*

*Menu sopiah, nak tahu rahsia sopiah kekal aktif walaupun sibuk dengan karier beliau sehari hari? dia makan pulut mangga hari hari*

*Menu sopiah lagi, nak tahu rahsia kecantikan sopiah? dah takde rahsia*

Disni saya ingin mengucapkan makasih yang tak terhingga pada Kemal, Adik, shil, fizi, kak tin, sopiah, kak kemal, datin (bg hadiah wang tunai wuuuu), kak nana, Dorin boncet dan yang lain kerana sudi menyambut dan mengingati hari ketuaan saya. Semoga kalian dimurahkan rejeki dan dilimpahi rahmat, insyaAllah. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Farid kata: tetiba semangat mengupdate blog datang, dan surely akan berlalu pergi bila malas dah mai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis