gigih dik ko mendaki
So pagi pagi dah bersiap siaga, adik dah goreng nasik grg bagai. takut kang berlapar dalam hutan agaknya. Pastu masa sampai tak ramai lagi, so boleh la pilih tempat yang sesuai nak berkelah. menjelang tgh ari, tempatnya dah hiruk pikuk sbb ramai org. Tp okay la tempatnya bersih dan terjaga.
gambar ini diambil dari sebelah toilet mihmihmih
Balik dari bermandi manda, lalu ke hospital lah pula melawat anak anak buah kesayangan ini. Dedua masuk wad. Demam nya lama benar tak sembuh sembuh.
walaupun tangan dah berbalut, amni masih hyper, dan ikhwan kenot move anywhere sbb sudah berwayar wayar
ikhwan kata, "paklong nnt kita pegi yang kedai tulis T.O.Y tu ek" reffer pada toys r us. Amni pula "adik nak ikot". pak long pula "baeklahhhhhhhhh"
dan di akhiri dengan gambar biskut gery yang enak sedunia, terima kasih kak farahdina sbb merealisasi kan impian saya
Sekian sahaja update pada cuti thaipusam 2017. semoga terhibur membaca hendaknya.
Lepas ni dah takde cuti umum till May, marilah kita sama sama bertabah.
Ok Bye
Farid kata: Tahniah la pada lil sis sbb dah dapat kerja tetap, gaji first jangan lupa open table yer.
No comments:
Post a Comment