Gambar takde kene mengene ngan fraser
Beberapa minggu yang lepas, sudah pakat pakat ngan kengkawan nak pi fraser, tujuan? takde tujuan rasmi, hanya nak lepak lepak sahaja. So nk menjelang tengahari kami yakni gue ngan kemal pungut badin kat pwtc lalu jumpa fizi di opis dan terus ke tesco rawang berjumpa nok gemok disana.
kedai mamak lunch tak sedap, tapi kene telan jugak, kang kalau skip lunch nnt pepening pula
Dan disebabkan dah menjelang tgh ari rembang, pi mamak dulu pastu makan lunch, lalu masuk ke dalam tesco beli barang nak bbq. So dah huru hara dalam tesco, boleh lah bergerak ke Fraser. Oh lupa, gue, kemal ngan badin satu kete, fizi satu kete sensorang sbb dia nak balik awai esoknya dan nok gemok mengada nak naik moto. Tak kisah lu orang naik apa, janji sampai kedestinasi dengan selamat.
tu yang telentang tu bukan sbb penat sangat ke apa pon
Pastu leh ter-iklan sat kat empangan kuala kubu, pos pos duduk kat wakaf dulu merokok sebatang dua, bercerita itu ini, lalu sambung perjalanan yang beronak dan berliku. Cuaca adalah elok cerah dan tenang. walaupun bahang lah juga ketika itu.
Menunggu teh tarik tak kunjung tiba
Pastu dah check in segala, pastu perap ikan ayam segala (nok gemok yang rajin buat). pastu pakat nak jenjalan, yer fraser bukan besar mana pon, ko nk jalan duk pusing tang tu je la. pastu singgah minum, oh kebetulan ada event bird race ke apa ntah, maka berteraburan lah umat manusia segenap pelosok fraser, manakan ngan teropong lah, dengan camera berlense gajah lah bagai.
Badin duk peratikan nok gemok, pastu apa ntah dia buat, abis api menjulang tinggi
Pastu dah nak dekat maghrib, kene lah nyala api, kang kalau tak nyala mau sampai tgh malam baru dapat makan. Sila ikuti gambarajah yang disediakan:-
Nak bakar ikan atau nak bakar rumah oi?!
Nok gemok tinggalkan tmpt kejadian lalu nk pi mandi, mereka bertiga incas, rentung ayam jadinya
Kemal merasmi kan dulu
Makasih pada pizi sbb gigih pi beli kek, kemal menyambut harijadi nya yang ke 18
Memakan sarapan pagi dengan kesedihan
Demikian lah cerita ke fraser yang ekspress dan pantas. next time kita pi cameron pula lah yer, tak pon pi kepulauan ke. ok bye
Farid kata: Jangan jadi fire stone when people start to hate each other, not good for our health.
No comments:
Post a Comment