Hei hei, tetiba cam smangat update cerita raya pula. walhal nak taip dua tiga patah perkataan je pon. Cam biasa raya tak PD saja, first raya pagi gue ke masjid dengan mak apak gue, pastu balik umah salam salam ngan adik bradik, bergambar sedas dua. Pastu makan makan, pastu kene balik klang, kampung apak gue, slalu kalau balik klang raya kedua, tapi ini kali kene balik first raya pula, tapi okay lah jua sbb raya kedua nnt tak yah pepening pikir nak jalan.
Inilah kelorga saya
Atok dan anak dan cucu lelakinya
Team power rangers
Awatlah kwan amek gambar hidung centu pula
Dari kiri, uda, tasha, ateh, iji dan baby barunya dan adik
Pastu dari klang (dimana gambar tidak diambil walau sekeping pon sbb sibuk menahan napsu makan) pegi ke Jln Ipoh pula umah ateh, kebetulan uda pon ada situ, so sampai dah petang makan makan dan melawat Iji dan baby ia, dan balik lah kami. Oh gue satu kereta ngan adik pompuan gue sahaja.yang lain naik kereta memasing.
Happy sbb sushi king tak ramai orang, boleh makan aman dan damai
Masok raya kedua pula di sebabkan rumah rumah wajib dilawati sudah settle, gue berjalan jalan lah ke mall dengan adik, Dan kebetulan hari jadi beliau, so pi beli belah dan makan makan. Sorrylah dik takde kek aku nak beli, sbb pikir nak ngabiskan dua orang cam tak mampu je, so kita makan je la sushi sahaja. Raya ketiga gue udah pulang ke Sendayan, untuk beristirehat kekdahnya.
farid kata: Disini gue ingin ngucapkan slamat hari raya pada yg mengenali dan sudi membaca blog sekangkang kera gue ini, gue mohon maaf jika ada terlanjur kata, terlanjur taip, termaki, tercarut dengan penulisan rempit gue ini. Dan untuk adik prempuan gue, selamat hari jadi dik, moga dimurahkan direzeki dan happy happy slalu yaw. Oh tak lupa slamat hari jadi juga pada kak farah yang sambut hari jadi pada hari yang sama ngan adik pompuan gue ini dan nok gemok dan kak banun pada 27 jun, moga korang di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment