Haa berjumpa lagi dalam rancangan jalan jalan hujung minggu, last weekend punyalah takde benda nak buat kat umah, maka pi tgk ikan kat klcc je la. Memula cam pikir mahal pula tiket nya, tapi kemal kata ala pi je la. ok maka pi je la.
demi saja menyambut haloween katanya
Harga tiket adalah rm49 dewasa tuk pemegang mykad, kanak kanak lam rm39 kut. Mahal kan? nowadays masuk segala benda camni mmg mahal, tgk saja tiket masuk zoo negara. Bersamaan blanja dapur seminggu. But still, setahun skali kene la pi melawat memandang gue ini pecinta haiwan haiwanan, eh tapi ujung ujung kemal yang blanja tiket masok lol.
Rasa nak picit kang termati plak minatang ni
So nk cerita detail cam panjang sangat sangat, jadi kita kasi ringkasan berita saja. Dalam ni for sure la ikan ikan dan ada juga memerang dua tiga ekoq ngan ulaq. Yang lain smua ikan sesaja. Kalau bawak bebudak sronok la kut, sbb gue yang tua kebana ni pun seronok cam sugar rush.
ala ala konsep aquascape diguna pakai
bayangkan dia masok ikot hidong korang
sejenis ikan ke belut ke tak berapa pasti, tapi cam creepy je
sejenis ikan laut juga, senang gila bagi penerangan lolol
berperangai seperti kebudak budakkan
Pastu kat tgh tgh perjalanan mengharungi segala jenis ikan, lalu la kat this iconic tunnel, fuhh masa ni baru rasa berbaloi bayaq tiket. Amatlah meng-amazingkan. Kalau uolls pernah susah payah scuba mahupun snorkeling, uolls akan menghargai terowong ini. Sbb tak yah berhempas pulas nk pi scuba tp dah dapat tgk dalam air. Dengan jerung segala smua ada, ikan pari besar pon ada, trus tringat asam pedas pari, oh sedap itu.
ada travelator dlm trowong smart untuk pemalas seperti gue ini
bayangkan bangun tido bukak tingkap mengadap camni, pastu tukar sluar pendek lalu berenang dengan penyu plak
So bila dah abis tu cam biasa la melalui kedai cenderamata nya pula bagai. Kalau bawak anak anak sila la gigih mengharunginya, and satu lagi banyak benar tmpt kene amek gambar. Ala tmpt like org situ amek gambar lalu print out muka uolls, dan dijual pada harga tak masok akal tu. Gue ngan kemal skip everything, malas la pula nk pos pos ujung ujung ko abaikan je tanpa membeli.
So konklusi nya disini, for those yang tak pernah pi melawat Aquaria ni silalah berbuat demikian, sbb ramai kengkawan saya sudah melawatinya kecoli saya yang slalu tetinggal ketapi. Yer la dengan kehidupan selebriti yang bizi ni manakan ada masa nak mlawat tmpt tmpt menarik di kotaraya ini kan?
ok bye
Farid kata: Korek tabung nak pi river safari singapore plak
No comments:
Post a Comment