Saturday, August 18, 2012

Sesi berbuka puasa di Ilham Resort Port Dickson

*Ikhwan dalam cubaan membuat "peace"*

Maap kan saya penunggu gua. Yer gambar dah upload awal, seminggu selepas itu baru gua mau menaip. Sibuk benar katanya. OK hujung minggu lepas kami satu keluarga berbuka di Ilham Resort Port Dickson. Resort mmg lah seciput je jaraknya dengan rumah gua. Jadi pukul 7 pun boleh keluar dari rumah.


*Ibam umpan dia tgk upin ipin kat enpon terus duduk diam*

Makanannya adalah ok ok sahaja Satu kepala adalah lebih rm40 kut. Tempatnya adalah penuh sesak. Semua meja adalah penuh dengan manusia. Jadi janganlah berebut rebut ketika mengambil makanan. Sila berhemah, so pls


*Adik pempuan gua dengan baju rimaunya*


*mak ngan apak kita*




Farid kata: Rugi makan buffet kerna gua tak makan banyak oooooo

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

Basil dan Lelaki Kelawar?

Tajuk macam tidak tidak sahaja macamkan hebat. Semalam gua ada ngetwit mengatakan berbuka makan sedikit gara gara Kemal nak belanja makan. Gua di beri kuasa muktlak untuk memilih lokasi. Jadi gua teringat itu hari gua ada lalu depan kedai ini dengan kak tin, tapi tak singgah pon. Namanya Basil Thai Nudle. Terletak di Bangsar Village. Gua memilih tempat ini adalah kerana berdekatan dengan rumah dan teliur tgk gambar tomyam nya dalam blog blog yang mengreviewnya.

*makcik kat blakang tu lepak lepak je ngan anak dia, bukan dia makan kat Basil pun*

So dah sampai kurang lebih jam lapan lebih, cari port terus order. Gua minum, Thai Tea dan Kemal minum Fresh orange je. apa daa. Thai tea ni cam lebih kurang 3 layer la kat mesia ini. Rasa pun kurang lebih sama sahaja. 


*Bawah belanga tu ada api meruap ruap panas*

Pastu nama pun kedai thai, semestinya tomyam menjadi pilihan sukma. Uihh mmg patut lu orang datang sini order tom yam nya, mmg sedap tahap tehapa hapa. pastu di pasangkan dengan kangkung juga tahu goreng apa ntah. Kangkung dia pun superb sedap, ini bukan sebab gua lapar ke apa, tapi mmg enak, cuma tahu tu cam biasa biasa sahaja.








Selesai makan, Kemal ajak tgk Batman, knowing gua yang tak suka superhero movie, tapi gua pergi jua. Dari bangsar ke the curve beberapa ciput sahaja masa diambil dah sampai. Masa dari parking ke cathay tu, kami lalu depan Baskin Robin, serius panjang rakyat jelata beratur mendapatkan eskrem percuma, sanggup? gua sama sekali tidak lah mempunyai niat untuk beratur. 

Amek tayangan pukul 1030mlm, nah ambil ubat, mampir jam satu pagi baru selesai. Sedikit tentang komen gua berkenaan filem itu, semua orang mengata ianya filemnya begitu hebat sekali, tenyata gua rasa biasa biasa sahaja. Sakit tekak gua dengar batman ini bercakap, suara macam parau parau nak akil baligh. Buat suara gentlemen sudahh. 

Nak tulis sinopsis adalah panjang berjela, jadi lu orang beli DVD tak pun pi je tonton kat wayang, tak rugi pun, banyak eksyen filem ini. Mungkin ramai mengatakan filem ini hebat kerana kenderaan batman yang canggih itu. Mungkin la, gua cuma teka teka. Apa apa pun selamat nonton bersama seisi keluarga tercinta. 

Farid kata: Kenapa gua asyik mimpi orang yang gua tak suka?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Belum raya lagi ke?


Eh belum raya lagi ke? Ini gambar pra-raya. Gua tengah test songkok raya. Gua tak suka pakai songkok kerana ia akan membuat kan rambut menjadi gatal lalu rimas. Tapi sebagai melayu sejati, kenalah juga bersongkok.

Beberapa minggu lepas, gua, kemal, adik ngan kimi sudah beramai ramai berbuka di Port Dickson Golf Club. Dulu kala adik adalah membuat praktikal disini, jadi dia tau selok belok golf club ini. Masa kami membeli buffet Ramadhan ini berharga Rm25 sekepala, but now mahal sikit je. Ini adalah kali kedua ramadhan kami berbuka disini.

Memula gua dari rumah ngan Kemal, lalu ke reosrt pula menjemput adik dan seterusnya ke pasir panjang sana amek kimi pula, ya la gua diharuk sepanjang jalan kerna memandu seupama pakcik pakcik yakni selow bukan main kepalang. Tapi ekceli tak de la slow sangat pun, dorang tu aja yang tak menyabar nak buka puasa.

Hasil dari pemanduan gua, ngam ngam sampai di tempat letak kereta, azan sudah berkumandang, maka bertempiaran lah kami lari seperti di kejar suster ngesot. Makanan yang dihidangkan ada so so sahaja. Janji kenyang sudah. Selesai memakan makan, lalu kami kami ini smua ke Melaka Raya pula *macamkan melaka raya tu letak nya sebelah je golf club ini, bukan yer tuan puan. 

Disebabkan dah kekenyangan, dan Kemal pula di serang flu, makanya kami jalan jalan basuh mata sahaja. Orang ramai super duper ramai, sesak macam nak saie kat mekah. Dah penat jalan sambil minum air botol, maka berlalu lah pulang. Ok tu je. 


Farid kata: Dah banyak terpadam, Tinggal saki baki sahaja lagi dalam fikirian. Insyaallah akan hilanglah sepenuhnya dari benak ini. alhamdulillah. 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

Ini lah tempat mengadu nasib

*Di Sasana usai makan, muka kaktin besaunya, dulu gua ada janggut, skarang tak de dah, maya ngan kak tin pun tak de jugak*
*Kat the curve nak pi makan Bubba Gump, berdiri sama tinggi, gambar diambil menggunakan teknik pembalikkan cermin*

*Woh yang ini dulu kala punya ni, kat Brisik, PJ, gigih gua ngan Sopiah ke PJ sana smata mau luncheon ngan kak tin, masing masing muka macam kanak kanak gelandangan*

*Yang ini Maya blanja kat Belanga, Mid Valley, masa tu dia kaya raya lalu belanja kami, skarang pun dia kaya juga*

*Di kafe mengetest terai bb baru maya sopiah*

*Ni kira baru lagi, sesi berbreakfast bersama sama di kedai milik teman maya sopiah, makanannya superb sedap*

*Paling latest, Mengselebret hari jadi kak tin, kami ni nak selebret besday rakan rakan ke sasana sahaja la yang mampu, nak buat parti buih mana mampu apatah lagi parti tipuware lagi tak mampu*
Farid kata: Dari tak bertudung sehingga bertudung, dari rambut pacak ke rambut tepi botak, dari keja kat PJ hingga pindah di HQ, harap persahabatan kekal hingga akhir hayat, Insyaallah.

Wednesday, August 1, 2012

Puasa punya perihal

Lama woh tak tulis kat blog ni. Bukak pun jarang. Tapi tetap bukak jugak.
Amacam puasa lu orang? dah ada yang tuang?
Tak pe, pelan pelan kayuh
Kalaunya bulan puasa tuan tanah blog selalu berhati hati mengupdate blog
semata takut di maki pembaca, katanya blog lu sama je bulan posa atau tidak, kerja mencaci saja

Sangat kolot
Tulis saja apa yang bersarang pada fikiran lu orang
Simpan simpan pun, tak de untung
Tapi jangan pula tulis perkara yang tidak tidak yer
kisah sex la apa la, not good for mind

Puasa kali ni, sudah tiga kali gua berbuka di luar *diluar kawasan kediaman
Dan adalah sangat tidak selesa sangat
Tadi gua berbuka di Dubu Dubu
punyalah ramai umat, lepas tu meja disusun rapat rapat
haram la nak bercerita benda benda personal

Nanti meja sebelah kata saiko
Jadi duduk je la diam diam
tenung makanan sambil tgk tv klip video lagu korea
Tonton sampai muak

Bonus diatas kejayaan dapat duduk meja rapat rapat
Satu pasangan duduk sebelah meja gua
Yang wanitanya mak datuk bercakap tak berhenti
kau tak dahaga ke?
ke ko pun puasa tuang?

Yang teman laki lakinya sampai hilang punca
Sudah tak tau apa mau diborak
Lucky u, kamu ada teman wanita yang punya gudang ilmu

Gua amek glass noodle, kemal ambil bibimbap
tu pun gua makan tak abis, cepat kenyang
walhal merisau
itu hari pi timbang ngan kak tin
65.5kg, memang la tak gemuk
kata orang "ala kurus je pun, apa nak risau"
tapi perut gua? sangatlah berjaya

Kalau dah berkahwin satu hal la
Bini apa kisah perut kembong ke, kempis ke
Ni bujang, bakal mak mertua tengok pun, alahai

Rasa rasa lepas ni berbuka dirumah adalah lebih molek
Aman dan damai, tak de wanita mulut mak datuk bercakap macam mesin

ok dah tak tau mau taip apa
Dah pukul 10mlm, mandi pun belum
Sekarang mau mandi

Pesanan farid: kecantikkan mahupun kekacakkan seseorang itu tidak menjamin kebahgiaan. Tapi kekayaan mungkin akan lebih bahagia *kata kata seorang yang tak berapa nak kacak mahupun tak kaya juga. babai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis