Tuesday, August 28, 2012

5 things To Do After A Break Up

Semua orang pernah bercinta, semua orang pernah putus cinta. Kalau yang tak pernah tu, anda sememangnya adalah insan yang bertuah di muka bumi ini. Disini saya senarai perkara yang patut anda lakukan selepas putus kasih.

1. Jangan menggunakan terma "Just Friend"
-It wont work. Percayalah, silap hari bulan pasangan baru anda boleh naik hantu bila tahu status "hanya kawan" diguna pakai diantara anda dan bekas kekasih. Pabila putus hubungan, sememangnya sukar nak teruskan hidup (katanya) bermulalah episod baru dalam hidup anda. Sila lupakan slogan "get your ex back" dan sila gunakan slogan terbaru yang ringkas yakni "Take a break". Ambil masa untuk tenangkan diri, tak kisah lah nak meratap ke apa but make sure untuk seketika sahaja. Mengekalkan hubungan sebagai kawan dengan bekas kekasih hanya akan memanjangkan penderitaan anda. Ada faham?

2. Jangan simpan segala mak nenek punya kenangan within that relationship.
-kenangan di maksudkan adalah terdiri dari pada, kepingan gambar, video, cenderahati dan segala gala yang bakal mengingatkan anda pada pengakhiran hubungan anda. Dapat satu kotak besar dan kumpul kan segala barang barang yang bakal mengingatkan anda pada bekas kekasih anda. Tapi pada yang dah berkahwin, jangan pula anda anda yang bercerai ini pergi kosongkan satu rumah pula. *ok tak lawak

3. Biarkan diri anda diselubungi tanggapan negatif
-Lepas putus kasih nescaya anda akan rasa sunyi, marah, takut, ragu ragu, malu, sedih, putus asa dan paling ultimate is jealousy. Semua perasaan ini adalah sihat terutama jika anda baru sahaja putus. Pada tahun 1980, Magaret Crepeau menerangkan dalam kajian nya, manusia yang menangis adalah manusia yang sihat. Tapi jangan menangis sampai buta pula ya. ok tak klaka lagi. maap

4. Jangan sesekali cuba untuk menyembuh diri dan emosi anda melalui perubatan terlarang.
- Jika anda berasa tertekan, jangan sesekali menggunakan dadah, alkohol dan barang barang yang bakal mengundang keburukan. Sila rujuk pada pakar perubatan untuk rawatan selanjut jika anda mengalami tekanan perasaan yang berlanjutan. Berbomoh bomohan juga ada satu kesalahan disisi agama.

5. Jangan lupa menjaga diri anda.
-Secara basicnya manusia memerlu makan, tidur dan tempat perlindungan. Tapi pabila selepas putus hubungan dengan bekas kekasih, this simple element pun boleh diabaikan. Jangan lah sampai kecewa lalu anda tidur di bawah jambatan. Percayalah jika anda sampai tahap begini, anda sangat sangat memerlukan sokongan dari keluarga, rakan baik dan sesiapa saja yang mampu menyokong anda dari belakang. Berjumpa kaunselor juga digalakkan jika keadaan berlarutan.

Farid kata: Ini semua adalah hasil dari pembacaan semata mata malah tidak lebih dari itu. Percayalah, ok bai

Thursday, August 23, 2012

Tuesday, August 21, 2012

Basil kali kedua

*mak kita tgh kunyah, apak kita dah nak abis makan*

Hari khamis yang lepas, gu aberperancangan mau pulang ke PD, di sebabkan sudah capek kerna tidak mempunyai kereta sekarang, maka gua roger roger adek datang pick me up. Mak apak gua ikutin jua, jadi molek lah kita terus berbuka bersama sama. Gua bajet bajet ke Basil, call untuk menempah.


*Meja kami yang berhampiran lif*

Tunggu punya tunggu pukul 7 mereka mereka ini tak sampai lagi. Masa tu gua kat pejabat. Kira kira gua okay saja berbuka di pejabat. Tapi bila gua punggah beg, gua hanya ada rokok, tapi ligther tak de. Ini tak boleh jadi. Mana mungkin berbuka tak merokok. Tapi syukur alhamdulillah pukul 715pm mereka ini sampai, lalu seperti halilintar lah gua memandu ke Bangsar Village. Sekian

Farid kata: kurang fokus nak raya, tapi fokus nak pegi jalan, last year lepas raya gua pergi Langkawi, tahun ni? camna?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 19, 2012

Kisah kasut raya yang bikin badan hangen satu badan fuuuuu


Kisah nya kasut raya gua bermula bila seminggu sebelum raya gua pergi ke Sogo dengan Bok, ronda ronda sudah jumpa la berkenan, bila pergi tanya skali katanya saiz sudah abis, sila pergi ke bawah katanya. Di bahagian tgh tgh sogo tu pasti la ada jual kasut baju, jadi gua pergi situ, sikit la punya ramai umat kat situ. Pastu jawapannya tak de saiz jugak. Tak ke hangen?! Gua mula berkiraan balik, erm kira nak beli satu lagi model berchap sembonia, skali tgk harga, membuat kan gua berfikiran untuk kali ke lapan, RM320, ok boleh pengsan.

Pastu hari Sabtu, gua ajak mama pergi Mahkota Parade. Semata mata mau memburu kasut yang gua nak sangat itu. Setelah kuar masuk kedai, tak nampak langsung bayang kasut itu. Berasap la kepala. Hangin berpusing satu badan. Pastu gua perasan masa masuk tu ada butik Bonia. Terus cakap ngan mama pi tgk kat Bonia sahaja la. Pastu still tak de yang berkenan, tapi gua boleh konsider satu model ni la. RM380 mampos, lepas discount dapat lah RM311, ermm fikir punya fikir, ye la ye la gua rembat la. Harap pasnih gua berpuas hati. Sekian.

Farid kata: Nak beli sandle bonia pulak pasnih, tu hari dah cuba, tapi cam melampau la nak beli dua pasang skali harung la.
Published with Blogger-droid v2.0.6

GCB yang sodap sampai juling

*Adegan makan GCB pada pukul 3am*

Lu orang tau Mc Donalds GCB dah kuar di pasaran? Yer GCB is stand for Grilled Ciken Berger. Sodap la hai. Bendalah ni bermusim, jadi tidak senantiasa berada di pasaran. Pada lu orang yang singgah Mc Donald itu, jangan lupa merasai kehebatan GCB ini konfirm mata juling masa makan berger tersebut.


*katanya Chapal tu daddy nya beli kan*

Sedikit selingan, budak tecit ni nak main bunga api, tapi sayang nya apak nya beli bunga api masuk angin. Baru nyala kan, kejap dia padam, pastu nyala balik, pastu padam. Jual bunga api pun mau tipu ka? ishkkk

Farid kata: Nak repeat GCB lagi, babai
Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis