Thursday, April 24, 2014

Ungu- Bila Nanti (OST Sang Kiai)



Ungu- Bila Nanti

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami

Mati


Download sini: Ungu - Bila Nanti.mp3


Wednesday, April 23, 2014

Dari Penang ke Loq Staq baqhang


*kalau malam, tingkap nya berkaler kaler*


Ok sambung, dari penang naik feri terus ke loq staq, dalam perjalanan takde de nak singgah memana, ater kata pun kejap je dah sampai loq staq. Pastu heading to Mergong. Adik dah booked Laverage. Hotel ini adalah sangat bagus dan berbaloi dengan harga. Semua keperluan asas adalah lengkap. Cuma hotel bajet mana ada sediakan bekpes kan, cuma dia bagi megi cup ngan sup cendawan je untuk di bancuh. Kira okay la. 

*Sinki tepi pintu masuk, cam kejanggalan pula*

Hotel ni letaknya sebelah je ngan Tesco Mergong. Ok pastu dah hantar bag, pi turun minum kat Secret Recipe sederet dengan hotel ni, pastu balik mandi manda, lepas maghrib, kuar pi makan malam. Masa nak sampai Mergong tu, dah pasan ada kedai mee udang tepi sungai, nama kedai tak hengat la pula. So kesitu lah kami. Kedainya so so je, kira boleh terima lah. Mee Udang special is rm12.


*Gambo jadik kelabu asap, nampak sangat kamera phone tak kulaiti*

*tasha ngan adik berkongsi nasik goreng, takot gemok katanya*

*kemal makan nasik*

*Apak gue makan nasik putih ngan mee udang, cemana tu?*

Pastu dah kenyang takkan nak balik hotel tido plak kan? Kita jenjalan la ronda loq staq, rupanya adik nk pi menara loq staq. Tgk jam, okay sempat lagik. Apak gue tak mo naik, so dia tunggu di bawah je. Gayat la kot gamaknya. Jadi beli tiket, pastu reronda je atas tu, teropong apa apa yang patut. Pastu moh la turun.


*Dalam lif sesempit pon jadik nk bergambo*

*nak jugak tak mo ketinggalan*

*Gue adalah tak buleh berdiri dekat agar tu, gayat satu macam rasanya*

*Dari atas ni buleh nampak airport*

Pagi rabu tu, sesiap tuk cek out, semat lam hati nak sampai pd sbelum mlm. Sbbnya esok nak keje. Tu yang bergegas kononnya. Tapi tapi, sbelum balik pi Pekan Rabu dulu. Ajer gila sampai loq staq tak pi pekan rabu?! Walaupun ni kali kedua gue sampai peka rabu. Tapi ni kali pertama bagi mereka mereka ini. Jadi merekalah yang teruja.

*Disebabkan pencahayaan adalah bagus maka elok la rupanya, kalau takde cahaya, cam suster ngesot muka gue ini*

*Mereka yang teruja meneruja*

Takde beli menda sangat kat sini. Bayaknya beli makanan sesaja. Pastu dah selesai, moh la gerak balik yo. Pastu singgah RnR apa ntah tuk makan tgh hari, pastu stereng bertukar tangan kepada gue. Singgah lagik kat Tapah sat, beli jambu ngan isi minyak, dan terus aja pandu pulang terus ke Pd sana. Hujan adalah melebat bagai nak gila tgh jalan. 

*Nampak sangat ko pura pura dik*

*serunding kedai sbelah sedap betol*

Sampai umah hampir maghrib, tapi kira okay la menepati sasaran. jadi itu lah percotian ekspress kami anak beranak. Pada korang yang tak pernah sampai loq staq silakan lah, melancong dalam negeri pun cool jugak apa. Ok bye.

Farid kata: Bila tak suka, semua perkara akan jadi sambil lewa.

Tuesday, April 22, 2014

Penang lagik untuk kali yang keberapa belas ntah

Ini versi sedikit ekspress. Baca je naaaaa.

*Disebabkan dah sihat, jadi boleh bergambar dengan senyum lebar*

Ok ahad yang lepas, gue, apak gue, adik gue, kemal ngan tasya semua berangkat ke penang. Lepas maghrib sumbat barangan lam kete pastu mula jalan. Dari pagi tu dah soksek soksek flu, tapi ku tahan jebat. Telan panadol pastu tido puas puas dari tgh ari membawak ke petang. Konon cam berkesan la, boleh sembuh. Ujung ujung nan hado kooo, makin jauh perjalanan makin parah. Siap mata berair bagai. Singgah RnR nak pi toilet mesti orang ingat gue gaduh laki bini mata memerah cam menanges.

Sampai ke penang lam jam 2 pagi, orang lain dah menguap bagai nak rak, gue masih berlagu hepi nyanyi nyanyi sensorang lam kete, kata dah puas tido siang hari. Oh kami ini tiduran nya di resort kompeni lima persen.

*gigih kemal berulang alik hantar air amek air*

Sebelum tido telan lagik panadol. Alhadulillah pagi esoknya dah sembuh sepenuhnya. Pas bekpes, ke Queensbay lah kita. Shopping mall sudahnya, pi jalan jauh jauh ujung ujung pi mall. Takde apa pun nak beli kat sini, jenjalan je la pastu minum minum tu je.

*Ais tatap ada*

*Dialam bunian*

*Jembatan ke 2 dari kejauhan*

Pastu sambung lagik pegi Gurney plak. Pun jalan jalan beli kasut la, kemal beli baju keje la, enbeg adik la bagai. Pastu cam biasa, pi makan lagik. Punah ranah diet nak kempis kan perut ni. Tak pe la nama pun cuti, so kita pulun secukup rasa. 


Pastu malam tu pi area area feringhi tu je pon, ada kedai makan nama slow rock ke hapa ntah, makanan nya okay la, tapi harga bit pricey sikit. Tapi tak pe, kita pulun je, nak murah duduk umah makan megi je. 

*tasya ngan kemal tgh melawat kawasan*

*tetiba trompet kat atas pala*

*oooo bukak kedai jahit sesenyap yerrrrr (tokei kedai jahit rupanya) *

Pastu dah kenyang, apak gue balik ke resort nak berehat katanya. Kami yang muda mudi ni nak jalan jalan sekitar feringhi ni. Tgh jalan jalan nah kau skali hujan melebat bagai nak gila. Tak memasal beli poncho sorang satu. Tgh lari lari nak balik, skali adik ajak pi urut kaki lah plak. Yola yola kita poie. Ok dah masuk pastu cakap nak urut lah bagai, pastu duduk, skali yang urut kaki gue adalah tanter gemok yang creepy, seram okay, sekali dia debik kaki gue, rasa patah seribu tulang temulang. Kemal plak dapat pompuan miang, tetek nak terkeluar, gila saiko kot pompuan ni, duk urut pastu senyum senyum miang, gila kot, senyum tak tentu hala. Cepat cepat la abis ngurut ni, dah la sakit. Yang tanter gemok urut kaki gue tu dah berpeloh peloh bagai nak gila, camkan ko nak beranak ke apa ni, ke kaki gue tu gemok sangat?! Dah abis urut cecepat bayo, pastu lari balik umah, mimpi ngeri sudahnya.

*tu la tanter gemok yang creepy tu*

*Borong jeruk sampai 170 hengget, pengsan*

esoknya bangun pagi kemas kemas baju, pi makan kat kedai depan masjid, singgah pula di jeruk pak ali, beli itu ini pastu masuk kete terus ke jeti feri, nak ke loq staq plak. tapi tapi, sebelum tu sempat singgah gurney paragon lah plak, ronda H&M dalam itu sudahnya. pastu singgah minum minum, then baru lah ke jeti feri, nunggu feri cam kehapa, lama gila okeh, tu la gue tak suka naik feri bila ke penang. Sangat la membuang masa menunggu kan ia. Senang naik jembatan je. Tapi apa kan daya stereng bukan di tangan gue iniew. sila pasrah.

*anak beranak memilih jeruk*

*Macam kehapa la plak bergambar dalam shopping mall*

*Super berry tea yg rasa cam antibiotik*

*bertahan tak mo kuar dari kete*

*Bye penang*

kali ini update tak cerita detail pon, janji dapat gambaran dah lah yer.
So ke loq staq lah kitew.... sambung

Farid kata: Human do misktake, kalau tak buat mistake tu robotlah engkau

Thursday, April 3, 2014

Happy birthday ikhwan, amni masuk spital dan minuman untuk chantekk cam kak ton


*Senget benget lilinnya*

Hari sambut harijadi Ikhwan, besar dah anak buah paklong sorang ni. Beli kek ngan kehepsi je, janji bagi dia potong kek tu. Paklong belikan toys yang murah murah je kat kwan, nak beli kat toyrus, tak mampu lah pula. Maklumlah paklong begaji kecik. Apa apa pon slamat harijadi kwan, smoga membesar dengan sihat dan jangan derhaka dan jangan lasak lasak. 

*Sian amni, slalu dah biasa merayap rayap*

Pastu few days before arijadi kwan, amni plak masuk spital, ntah apa ntah sakit nya, paklong tak sempat la plak nak melawat, amni dah kuar spital. Kata mak apaknya, amni kene operate lepas kuar spital tu. Dan dah selamat di operate pon masa cerita ini ditaip. Nampak sangat paklong adalah ketinggalan zaman dan jugak pemalas nk update blog.


*Barisan kologen yang mengambil bahagian dalam pertandingan "cantek tak kak ton?"*

Ok pastu hantu apakah yang merasuk kemal ngan adik, mereka berlumba lumba minum kologen. Dan pastilah gue tak mo ketinggalan. So beli jugak auraman ni, moga muka haku cantek cam hanez soraya, eh tak tak, moga cantek cam izu selam. Oh rege auraman tu adalah rm180, tapi kene pandai la cari boleh dapat rm150 je. Kemal punya D-cologen tu pun rege lebih kurang. Cuma yang kecik tu adik minum rm36 untuk bekalan seminggu sahaja. Sbb botolnya tu kan kecik. So mari kita tunggu dan lihat sapa lebih cantek selepas ini. Kalau smua sama je muka berbisa, sila campak kologen memasing ke dalam longkang.

*Setengah botol penuh bahan bahan nya, rupa rupanya dah salah resipi*

Pastu sibuk plak nak buat air detox. Kompiden ni pi JJ semban borong bahan bahannya. Pastu dah siap, bila dah minum, apa ke cam cuka je pahitnya ni. Rupanya dah salah resipi, sepatutnya guna beberapa hiris lemon dan timun pastu beberapa helai dau mint. Tapi gua dengan yakin nya tibai DUA bijik lemon, DUA bijik timun dan satu pokok mint. Patut la rasa jahanam satu macam. Elok nak detox terus rasa macam minum racun serangga. So pesanan pada korang, kalau nak bikin air detox ni sila ikot resipi sebenar. 


*Teman nok gemok pi beli baju tiset solomon*

*Sandwich salmon yang enak lagi mengenyangkan*

Itu sahaja sorotan untuk seminggu. Dah tak tau nak cerita apa lagi dah. Update je la mana yang ingat. ok dah bye.

Farid kata: zaman sekarang manusia makin pelik

Wednesday, March 12, 2014

Perasaan terharu pabila berhadapan dengan facebook, sangatttttttttttttt

Selalu guna Facebook?
Selalu baca timeline korang?
Ada rasa nak marah masa baca tu?
Ada rasa nak maki dalam hati masa baca tu?

Kalau smua jawaban diatas adalah "yer" makanya korang mesti sependapat dengan gue.
Pendapat apa?
Pendapat yang macam macam, yang menunjukkan betapa kompleksnya fikiran dan akal manusia ini.

Kita scroll ke bawah

Memang lah fb tu medan segala medan, bukan medan magnet.
Semua benda nak dikongsi dalam tu.
Semua benda kita nak share dalam tu, eh share ngan kongsi tak sama ke?
Semua benda kita nak tunjuk kat dalam tu. eksyen
Semua benda kita nak tayang dan buktikan kita mampu memilikinya dalam tu, eh?!

Sekali share makan sedap, tempat mahal, kita pun komen, "Macam mana food dia, worth it or not?"
Dua kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen "This is new place kan? pricy tak"
Tiga kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen, tapi tak jadi komen, cakap dalam hati je "oh yes, dia kaya kot"
Empat kali share makan sedap, tempat mahal, kita tak komen, tapi tuan empunya letak caption "kalau hari hari makan kat tempat macam ni, mesti heaven" kita cakap dalam hati "oh yes, untung la dah tau macam mana rasa heaven"

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali share gambar hadiah husband bagi sempena hari jadi, kita komen "Happy birthday!!"
Dua kali share gambar hadiah husband bagi sempena aniversary, kita komen "congrates babe, u're lucky"
Tiga kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita komen, eh tak komen pon, tapi dalam hati, "oh yes she's lucky"
empat kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita tak komen pon, tapi baca caption "i rasa beruntung betul, asyik dapat hadiah jewwwww, thanx hubby tersayang" kita cakap dalam hati, alhamdulillah dapat suami penyayang, untung la ada hubby kata kau..

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali di tagged oleh kawan di gambar cadar, kita komen "ok"
Dua kali di tagged oleh kawan gambar baju kurung, kita komen "bila masa lelaki berbaju kurung?"
Tiga kali di tagged oleh kawan gambar kuih raya, kita komen "pls stop tagging me (nada nak amukkan)"
Empat kali di tagged oleh kawan gambar jubah wanita, kita tak komen dah, cari nama kawan tu, kita remove  terus. Sbelum pertumpahan darah berlaku, better kita make a move dulu.

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali kita terpandang gambar perempuan omputeh seksi dengan caption "exercise is hella good", kita tak komen, rasa tak perlu komen
Dua kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "hot chick bla bla bla", kita tak komen, tapi kita rasa "whatever"
Tiga kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "go baby yeah go baby", kita tak komen jugak, tapi dalam hati "kawan kita ni pengendali web lucah ke?"
Empat kali kita terpandang...... cari nama dia, terus tekan button remove, tribal has spoken

Kita scroll lagi ke bawah

Rasa dah tak kuasa, tutup

Dan sekarang gue tau la kenapa jumlah rakan gue menyusut secara mendadak. Tu belum cerita lagi berkenaan yang rajin K&K, komen dan kondem. Lepas tu maharaja lawakkan benda yang tidak sepatutnya. Rasa sakit hati, rasa takde sensitiviti, rasa meluat, rasa marah. Bosan

Dah tu je

Farid kata: Dont drink and post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis