Tuesday, July 8, 2014

Kuantan 5: Kesesakkan dan keributan lalu kepasrahan dan kelaparan dalam kehujanan (episod akhir)

Ok ni kira kira cam entri penutup la yer, jenuh la pula pecah pecah entri pastu takde penghujung. Ok. Malam last tu adik nak ke Capital mall, katanya nak jalan jalan la sbelum ke Tanjung Lumpur untuk makan malam, semua set ikot ja saja. Nak keluar dari parking hotel je dah bikin gue naik hantu, malam tu ada event world cup ke hapa ntah kat hotel tu, knowing parking space yang seciput je, membuat kan kereta bertebaran di sana sini. Ikot waze, dari hotel ke Capital Mall tu hanya 7 minit je, tapi disebabkan jammed dan ribut cam puting beliung bagai, sudahnya perjalanan jadi sejam. Dua kali pusing cari pintu masuk parking mall tp tak jumpa, ujung ujung buat pusingan U, moh je la kita pi makan. Seriyes i givap.

*walaupun berbagai onak duri ditempuhi, bila depan rezeki kita kene senyum dan bersyukur (Kemal penyokong Jepun sampai bila bila)*

Ingat kan dah tukar haluan, dah terlepas la dari cengkaman kesesakkan lalu lintas yang pelik kat Kuantan ni, rupanya tidak kauuuuu. Nak masuk Tanjung Lumpur pun jammed. Hai apalah nak jadi dengan malam tu, smua warga Kuantan pakat pakat jalan jalan kot la yer. tambah lagi sejam, nak menyampai kan ke kedai tu. tgk jam dah pukul 10. So bila dah sampai area situ, yer dugaan mencari parking lah pula yer. *waktu ni masih hujan lebat macam kehapa. Dah jumpa parking, tetiba pling! dalam kete gue mmg takde payung. haishhh apa lah nasib, jadinya empat empat ketol pos pos cantik dalam kereta sementara nak tunggu hujan reda. Bila dah reda sikit, bertempiaran lah empat budak hitam berlarian mencari kedai makan kosi kuning.

*Dear adik ngan shila amzah, sila maap kan abang mu ini, kerana tak pandai ambek gamba, tetiba jari sendiri dalam tu*

Dah selesai makan makan, lauk smua ngam soi sedap, harga pon terbaik. Oh before that, kami ini smua pergi ke kedai last time datang dengan arwah mama, and pilih exact same table!  *senyum sensorang. Ok dah settle makan dan bayar,  moh la gerak gerak khas, esok nya nak balik dah.

*Kemal kata, mana teloq asin?! Bang, teloq asin tu pakej makan asam pedas kat melaka sana bang, bukan makan patin poyak, salah peta abang ni*

Esoknya bangun pagi, pi breakfast ngan kemal je. Adik ngan shila amzah tak mo makan lah pula. Katanya ngantuk. Dorang dapat bilik free sokay la, kami ini bilik berbayar, so jangan sia siakan. Moh makan. Pastu dah sumbat barang lam kete, tak terus balik plak, adik nak jugak repeat capital mall tu. Yo yo, sib baik pagi, so nak parking smua senang la. Pastu dah tapau chatime, dah makan nasik ayam, moh la balik. Singgah hentian rehat temerloh, baham ikan patin, share ngan kemal. Pastu baru lah stret je pulang dengan aman dan damainya.

Watamatlah cerita pi Kuantan yang macam berpergian tiga purnama walhal pegi tiga hari je. 
semoga kita ketemuan lagik dalam episod akan datang. babai

Farid kata: Lagi puasa, lagi otak tak dapat nak menjana ayat ayat nak ditaip.

Friday, July 4, 2014

Kuantan 4: Singa putih dalam dinding kaca



Tetiba tertinggal plak part singa putih ni. "Maafkan saya" *Suara detektif conan*. Ok lepas dari animal show tu, jalan tuju ke gate kluar, sebelum tu anda ada diheret masuk ke dalam kedai jualan cenderamata. Haa dekat dekat kedai ni ada satu kawasan kaca di mana dalam tu ada singa putih, Tak tau la orang lain, tapi gue gila jakun kot. Ya la kat mesia ni mana ada tempat ceni.

*Maafkan abang zin yer indah, abang terpaksa pilih ilyana yang jahat ini*

Ada kedai makan didalam bangunan singa ni. Kira makan sbelah dengan dinding kaca bertemankan singa putih suci lagi murni. Best kan? tapi masa gue pi tu takde plak ku nampak sesiapa yang tgh makan ke apa, cuma ada meja ngan kosi kosong je.

*Berlatar belakangkan singa berkasih sayang*


*baju belang tu adalah apek*

Ok dah tu je, at last ada jugak special nya tentang Gambang Safari nih. Pasal spesel lah gue sanggup juga buat entri untuk singa singa putih ini. Sekian melaporkan.

Farid kata: Kesabaran menipis bila kelaparan.

Thursday, July 3, 2014

Kuantan 3: Berpanas panas di Gambang sambil mandi mandi dan tgh hewan hewan liar


*Bukan tamak air, tapi dah tersalah amek, memula mmg niat nak amek susu, skali teramek pres oren plak*

Ok sambung lagi, bangun pagi dalam pukui 8 gegitu, terus sesiap nak pi sarapan. Makanan nya? biasa biasa je la, nama pun buffet hotel. Tapi yang peliknya, pepagi takde nasi lemak, tapi di sediakan nasi minyak. Macam kenduri kenduri kawen lah pula. 

*dah minum pres oren, minum plak susu segar pastu minum lagik teh tarik, berkocak kocak la usus*

So dah bincang bincang semalam, semua setuju nak pegi Gambang water park. Gue tak berapa gemar sangat sbb sebelum nih pernah kesana dan menghadapi masalah, tapi tak pe la, kali ni mungkin takde masalah la kot. Dah beli tiket semua, pastu jalan masuk, kemal pi sewa locker lalu berlakulah pertengkaran disitu. Ya la kalau penat kerja skali pun, jangan la nak marah marah orang, kene jaga budi bahasa yer dik. Gambar mandi takdak sbb enpon smua dah sumbat dalam locker masa ni. 

*Ceyy*

Pastu dah puas mandi manda, semangat semangat nak pegi safari kat sebelah water park ni, Baru bukak agaknya. Kalau korang pergi water park dulu, pastu nak pegi safari, sila simpan resit tiket tu, nanti kalau masuk safari tu dapat la diskaun. 




*Kalau dah pegi waterparknya, tiket safari ni jadik rm20 je dewasa*



Dah beli tiket apa semua kene la jalan sikit, pastu sampai la kat Simba ke apa ntah namanya. Kat sini korang ada dua pilihan, nak jalan kaki boleh, nak naik tram pon boleh, tapi kalau naik tram kene bayo sorang rm1. Persoalan dihati, kenapa lah incik tokey safari ni tak mo include skali dalam tiket masa beli memula itu. Mungkin lah jua dia nak bagi option pada para pengunjung. 

*hey anon*

Pastu dah nak tram yang pertama ni, sila turun lalu jalan kaki lagi untuk tuju ke tram yang seterusnya. Kat tram kedua ni, takde choice nak jalan kaki, nak lari lari anak ke, korang smua mmg wajib kene naik tram. Sbb konsep nya, lori tu akan lalu masuk lam kandang. Yang tram kedua ni takde bayaran. Kira naik je. Nak kata hewan nya bersepah sepah tu takde la, tapi spesis nya tu variety la. Contoh macam, rimau ada tiga ekoq, singa ada dua ekoq, dubuk ada dua ekoq, haa centu. Ada kisah sedikit nak dikongsikan disini.

Masa gue, adik, kemal ngan shila naik tram ni, kami duduk di bahagian belakang skali. Pastu ada la sekeluarga ni terdiri dari sorang nenek, dua pompuan separa umoq, tiga jantan dan sorang baby. Dengar bunyi bahasa macam orang tempatan la kot. Tour guide dalam lori ni adalah budak pompuan filipin. Awal awal lagi budak pompuan ni dah cakap dia kenot la cakap bahasa melayu. So sokay la, janji ko boleh je cakap english. Tgh tgh lori ni berjalan, pompuan ni pon potpet la cakap "on your left side is lion, a male lion blablablabla".

Tetiba ada suara suara sumbang "eh u know, this is tak berbaloi, hewan sangat sikit u know" lawak apakah ini?! rupanya salah sekor jantan tu dalam lori tu dah berbunyi, konon lawak la, kami kami dibarisan akhir smua pandang ke tempat lain. Kira mcam lalalala tak nk dengar pun lawak ko ni. centu. pastu situasi ini berterusan sampai lah ke minit terakhir. Budak pompuan filipin ni gigih cakap "sorry sir i cannot understand malay", mamat gemuk gila saiko ini terus terusan la melauk tanpa belas kasihan. Seriously memalukan. Pengajaran ayat, kalau rupa paras tak berapa nak cantik, perangai biar cantik sikit yer. Ni rupa buruk, perangai dua kali ganda lagik buruk. Tetiba angin pula kita. Turun dari tram tu, kami smua jalan laju laju, biar jangan la terserempak dengan si gemuk saiko ni.

*Singa ni sbenarnya putih, tapi disebabkan cuaca panas, dia tukau jadik coklat cair, menurut kata pompuan filipin tu la* 

*Rimau tercungap cungap macam baru balik main bola* 

*Burung unta juga ada*

*Cheetah pon ada* 

*Badak air pon ada*

*Ada kerbau balau*

*Ada anak rusa nani*

*Kemal ketakutan, nanti dia baham tangan ko baru tau*

*Banyak lagik bahagian macam tak siap*

Dah settle dengan tram safari tu, korang boleh jalan jalan dalam cam kompleks ni, kira bangunan tingkat tingkat, dalam ini ada la macam macam ulaq la, ulat la, ikan la, gigih nak turun naik. Cuaca masa ni cam kat gurun, panas melampau. Kami kami ni idok lah jln sampai komplit smua floor, dah semangat nak pi minum. Haus bebenar.

*Belek peta cari jalan pulang*

Ada juga animal show disini. Kene tengok taim table pukul berapa show nya.


*Tu beruang betul tau, bukan kanak kanak pakai sarung berung yer*

*Barisan jurulatih haiwan, tgk belah kiri, ada lelaki baju hitam berdiri kat kepala aci baju kaler kaler tu kan? dia la si gemok saiko kongjaq tu*

*Ini lah barisan kita*


Dah puas jalan jalan, mengah mengah mak ngah jom la balik, nak tenggal kaki segala ini. Sambung pasai makam malam lah pula yo. bye

Farid kata: Muka bisa, biadap pula lagi. 

Wednesday, July 2, 2014

Kuantan 2: Dari Transformer ke Teluk Cempedak


*Tetiba kepala je terkeluar, badan tak nampak*

Ok sambung lah lagik, Lokasi hotel MS Garden ni bebetul sebelah dengan Berjaya mall kuantan. Kita kalau korang kuar kot pintu belakang hotel, terus lintas lorong pastu sampai dah mall itu. Dekat kan? agaknya pasal tu rege biliknya cam mahai sikit la kot. So dalam tu ada GSC kot, pastu adik dah beli tiket online, katanya nak tgk transformer. Ya la gue tak la fanatik sangat, tp dah alang alang ada panggung wayang ni, kasik tonton saje la.

*Paling enak di alam semesta*

Tayangan pukul 7pm, so kita makan malam sesiap, kang tak gaduh berlaparan pula. Pusing punya pusing nampak ayam penyet, semua stuju, terus masuk. Ekceli makanan nya biasa biasa je. Harga pon cam boleh tahan. Gue amek daging, adik ngan shila amek ikan dan kemal amek ayam.

*Daging tak boleh lawan dengan Empal sapi wong solo*

Dah kenyang terus pos pos depan panggung wayang, tunggu tayangan mula. Untuk cerita transformer: age of extinction tu cam ok ok la. Kira cam takde wow faktor, cam teror teror je cakap "wow". Tapi cam gue katakan, gue takde lah fanatik cerita robot ini. Tapi kira cam best sbb dapat tgk pada hari pertama tayangan. Dan satu lagi takde la rugi tgk cerita ituew. Silalah tonton.

*Disebabkan di belenggu kemiskinan, tak mampu nak beli monopod, so kita berimpit impit je la dalam satu frame*


*Es coklat tu pekat nak meninggal dunia, boleh demam kalau meminummya sehingga abis*

Dari Berjaya Mall, pikir punya pikir, adik kata nak pi telok cempedak. Apa bikin? saja jalan katanya. Yer la yer la, kata di hari jadinya kan, so ku turutkan saje. Last time mai sini, hujung minggu, pastu jalan menyesak cam kehapa. So disebabkan hari biasa, so ok la kut takde la sesak sangat. Ada banyak la kedai kedai makan, cam burger king, mekdi, kfc, stabak bagai. So pilih je nak lepak mana. Tapi sebelum tu, kami kami ni jalan jalan la kat deretan kedai juai macam macam tu, tujuan nya mencari suar mandi untuk agenda esoknya pula.


Kami kami ni pilih duduk kat stabak, ujung ujung stabak kata disebabkan takde air, dorang hanya jual ice coklat ngan segala jenis kek dan roti je. Air panas lain tak de. So duduk la kejap, minum minum, amek gambar sedas dua pastu gerak balik. Dah ttgh malam pon, trafik kat kuantan ni masih la menyesak, lagik hebat dari kelumpo kot.

Sambung lah lagi..

Farid kata: Macam macam drama hoih

Monday, June 30, 2014

Kuantan 1: MS Garden Kuantan


*Makan nasik dagang dengan gulai telur, pelik? lantak lah lalala*

Okeh, sebelum mula berpuasa, kami kami ini berperancangan nak jalan jalan lah gamaknya. Ada gue, kemal, adik ngan shila. Kemana? ke Kuantan jawabnya. Kenapa pegi Kuantan? Sbb Shila ada dapat voucher hotel free. Tapi untuk bilik dorang berdua je la. Gue ngan kemal kenal lah bayo sewanya. Tolak dari PD dalam pukul 10 lebih gitu, pastu drive je stret masuk karak bagai. Benti isi minyak, makan tgh hari, pastu sambung lagik jalan. Jadi nya sampai Kuantan lam pukul 3 lebih. Tak laju tak perlahan, cam biasa biasa je.

*Pil Perancang*

Oh sambung balik kisah hotel tadi. Disebabkan gue ngan kemal kenelah booked bilik, so kemal booked bilik thru booking.com, dua malam Rm500++, pastu bila nak cek out jadi rm600++, rupanya booking.com tak kira gomen tax skali. Cam tipu je. So gue sarankan lenkali beli je ngan  Agoda. Untuk harga sedemikian dengan bilik yang diberi, gue rasa cam so so je la, takde la kagum ke apa. Tapi dalam benak hati masih lah berbisik, pehalnya mahal sangat ek. Giteww.

*Kat lobi ada promo Piala Dunia bagai*

*Jamban*

*Kawasan beradu*


*Kolam renang*

*Pandangan dari luar*

Bila Dah cek in, letak bag, lelap kejap pastu mandi manda, lalu bersedia untuk aktiviti seterusnya.
Sambung yo

Farid kata: Selamat Berpuasa, jangan terhisap rokok pula yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis