*Bukan tamak air, tapi dah tersalah amek, memula mmg niat nak amek susu, skali teramek pres oren plak*
Ok sambung lagi, bangun pagi dalam pukui 8 gegitu, terus sesiap nak pi sarapan. Makanan nya? biasa biasa je la, nama pun buffet hotel. Tapi yang peliknya, pepagi takde nasi lemak, tapi di sediakan nasi minyak. Macam kenduri kenduri kawen lah pula.
*dah minum pres oren, minum plak susu segar pastu minum lagik teh tarik, berkocak kocak la usus*
So dah bincang bincang semalam, semua setuju nak pegi Gambang water park. Gue tak berapa gemar sangat sbb sebelum nih pernah kesana dan menghadapi masalah, tapi tak pe la, kali ni mungkin takde masalah la kot. Dah beli tiket semua, pastu jalan masuk, kemal pi sewa locker lalu berlakulah pertengkaran disitu. Ya la kalau penat kerja skali pun, jangan la nak marah marah orang, kene jaga budi bahasa yer dik. Gambar mandi takdak sbb enpon smua dah sumbat dalam locker masa ni.
*Ceyy*
Pastu dah puas mandi manda, semangat semangat nak pegi safari kat sebelah water park ni, Baru bukak agaknya. Kalau korang pergi water park dulu, pastu nak pegi safari, sila simpan resit tiket tu, nanti kalau masuk safari tu dapat la diskaun.
*Kalau dah pegi waterparknya, tiket safari ni jadik rm20 je dewasa*
Dah beli tiket apa semua kene la jalan sikit, pastu sampai la kat Simba ke apa ntah namanya. Kat sini korang ada dua pilihan, nak jalan kaki boleh, nak naik tram pon boleh, tapi kalau naik tram kene bayo sorang rm1. Persoalan dihati, kenapa lah incik tokey safari ni tak mo include skali dalam tiket masa beli memula itu. Mungkin lah jua dia nak bagi option pada para pengunjung.
*hey anon*
Pastu dah nak tram yang pertama ni, sila turun lalu jalan kaki lagi untuk tuju ke tram yang seterusnya. Kat tram kedua ni, takde choice nak jalan kaki, nak lari lari anak ke, korang smua mmg wajib kene naik tram. Sbb konsep nya, lori tu akan lalu masuk lam kandang. Yang tram kedua ni takde bayaran. Kira naik je. Nak kata hewan nya bersepah sepah tu takde la, tapi spesis nya tu variety la. Contoh macam, rimau ada tiga ekoq, singa ada dua ekoq, dubuk ada dua ekoq, haa centu. Ada kisah sedikit nak dikongsikan disini.
Masa gue, adik, kemal ngan shila naik tram ni, kami duduk di bahagian belakang skali. Pastu ada la sekeluarga ni terdiri dari sorang nenek, dua pompuan separa umoq, tiga jantan dan sorang baby. Dengar bunyi bahasa macam orang tempatan la kot. Tour guide dalam lori ni adalah budak pompuan filipin. Awal awal lagi budak pompuan ni dah cakap dia kenot la cakap bahasa melayu. So sokay la, janji ko boleh je cakap english. Tgh tgh lori ni berjalan, pompuan ni pon potpet la cakap "on your left side is lion, a male lion blablablabla".
Tetiba ada suara suara sumbang "eh u know, this is tak berbaloi, hewan sangat sikit u know" lawak apakah ini?! rupanya salah sekor jantan tu dalam lori tu dah berbunyi, konon lawak la, kami kami dibarisan akhir smua pandang ke tempat lain. Kira mcam lalalala tak nk dengar pun lawak ko ni. centu. pastu situasi ini berterusan sampai lah ke minit terakhir. Budak pompuan filipin ni gigih cakap "sorry sir i cannot understand malay", mamat gemuk gila saiko ini terus terusan la melauk tanpa belas kasihan. Seriously memalukan. Pengajaran ayat, kalau rupa paras tak berapa nak cantik, perangai biar cantik sikit yer. Ni rupa buruk, perangai dua kali ganda lagik buruk. Tetiba angin pula kita. Turun dari tram tu, kami smua jalan laju laju, biar jangan la terserempak dengan si gemuk saiko ni.
*Singa ni sbenarnya putih, tapi disebabkan cuaca panas, dia tukau jadik coklat cair, menurut kata pompuan filipin tu la*
*Rimau tercungap cungap macam baru balik main bola*
*Burung unta juga ada*
*Cheetah pon ada*
*Badak air pon ada*
*Ada kerbau balau*
*Ada anak rusa nani*
*Kemal ketakutan, nanti dia baham tangan ko baru tau*
*Banyak lagik bahagian macam tak siap*
Dah settle dengan tram safari tu, korang boleh jalan jalan dalam cam kompleks ni, kira bangunan tingkat tingkat, dalam ini ada la macam macam ulaq la, ulat la, ikan la, gigih nak turun naik. Cuaca masa ni cam kat gurun, panas melampau. Kami kami ni idok lah jln sampai komplit smua floor, dah semangat nak pi minum. Haus bebenar.
*Belek peta cari jalan pulang*
Ada juga animal show disini. Kene tengok taim table pukul berapa show nya.
*Tu beruang betul tau, bukan kanak kanak pakai sarung berung yer*
*Barisan jurulatih haiwan, tgk belah kiri, ada lelaki baju hitam berdiri kat kepala aci baju kaler kaler tu kan? dia la si gemok saiko kongjaq tu*
*Ini lah barisan kita*
Dah puas jalan jalan, mengah mengah mak ngah jom la balik, nak tenggal kaki segala ini. Sambung pasai makam malam lah pula yo. bye
Farid kata: Muka bisa, biadap pula lagi.
No comments:
Post a Comment