Wednesday, July 23, 2014

Bercampur baur


*Beli tshirt spuluh kali try ngalahkan beli gaun pengantin*

Macam macam yang berlaku within this week kan? dari sibuk persiapan nak raya sampai lah kisah menyayat hati MH17. So we start dengan cerita pi beli tshirt pendakian nok gemok. Ingat lagi tak jualan murah kat vivo home tu? aritu kami pi la, dah ujung ujung nak tutup dah. So nok gemok dah beria ia nak beli tshirt salomon nya, hah beli beli, tapi nak pilih tshirt nya kekdah la lama benar. kejap nak kaler kelabu, kejap nak kaler hijau jawa, kejap kang nak kaler biru, sib baik la pilihan warna takat 4 je, kalau ada 14 pilihan warna, maunya berbuka posa akibat kehilangan kesabaran.

*Terasa rasa teh botol kat tekak nih*

Ari minggu lepas pi buka kat Corus, shila banjer. Ada gue, adik, kemal, shila ngan apak gue. gambar tak sompek nak amek. Sesampai je amek makanan pastu terus duduk makan. Ajer sampai ngam ngam waktu buka. Pastu adik ada plan apa ntah ngan kawan kawannya, Gue ngan kemal plak nak pi mydin semban. Ada la dah dua kali pi mydin ni, slalu pi ngan adik. Ini kali pi ngan kemal je, mampus tak jumpa jalan balik. Sesat kat semban?! kawasan baru kot. #alasan

*Mal, muka ko letih sangat ngalahkan jalan kaki dari semban ke kl, cer tgk parid manjola, saluran astro ceria je muka sepanjang masa*

Pastu ari apa ntah pi beli baju melayu kemal. Sebelum tu singgah sogo dengan harapan nak booking nandos, tapi nanhado, tempat smua full, sama gak dengan fish market pun penuh jugak. Tak leh jadik ni, pastu jalan pi Insaf, pon penuh jugak. Apa kekdahnya ni, ari khamis kot, bukan ari sabtu ke ahad ke. Pastu tak pe la, sberang jalan insaf ada kedai nama zam zam ke apa ntah. Haa pi situ je la. Senang. dah booked, bayar, pi beli baju kemal, pastu ronda sikit sikit jalan TAR pastu terus pi makan. Senang.


*Portion nasik beriyani nya mmg banyak. Rasa kalau perut cam gue ni cukup makan untuk 4 orang kot*

*Goodbye 9M-MRD (sewaktu memakai livery Heliconia suatu ketika dahulu)*

Oh hampir terlupa. Berkenaan MH17, ini semua qada dan qadar yang sudah ditentukan. Mungkin dugaan bagi kita rakyat Malaysia di bulan yang mulia ini. Ada hikmah disebalik segala kejadian. Sama sama kita berdoa supaya segala urusan dipermudahkan, sperti kotak hitam dan juga pengurusan mangsa nahas. InsyaAllah. For that bloody penjahat yang tembak pesawat MAS, semoga kamu semua mendapat balasan yang setimpal.

Farid kata: Sedih bila membayangkan saat kapal tu dibedil roket.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis