Wednesday, November 7, 2012

Mensabotaj diri sendiri

Hari ni nak cerita pasal self sabotage. Pernah dengar pasal self sabotage? Gua ada baca beberapa artikel tentang kejadian mensabotaj diri sendiri ini, ayuh mari kita ikuti nya.

Contoh: Anda akan memberitahu diri sendiri selepas makan, anda akan membasuh kesemua pinggan kemudian, mungkin beberapa jam atau beberapa hari selepas makan. Dua akibat yang akan anda tanggung, yang pertama yakni, sinki anda akan berbau busuk dan anda rasa loya loya nak muntah upama hamil anak sulung, dan kedua for sure lebih banyak pinggan di sinki lebih lama anda akan berdiri di sebelah sinki untuk membersihkan kesemuanya. Faham?

Sabotaj dalam kamus bererti "satu perlakuan atau tindakan yang cendurung untuk menghalang atau menyakiti"  jadi bila dah mention "Self" maknanya anda mmg berniat untuk menyakiti diri sendiri. Faham? Kenapa dan mengapa anda ingin menyakiti diri sendiri? Jawapannya adalah sangat rumit atau memang anda memilih untuk menyakiti diri sendiri, saiko

Kadang kala anda akan berasa takut untuk menerima sebarang perubahan dan membuat keputusan atau pilihan untuk keselesaan anda sendiri. "saya membuat keputusan setiap minit", "hidup saya adalah bergantung pada saya sendiri" wah kemain mottonya. Kita akan sentiasa membuat keputusan dan pilihan yang kita yakin akan membuatkan kita selesa di kemudian hari.

Jadi bagaimana anda menangani dari mensabotaj diri sendiri? haa ini adalah langkah nya. Pertama tama, kenal pasti bagaimana anda mensabotaj diri sendiri. Berbalik pada contoh membasuh pinggan itu. Anda perlulah menyematkan dalam diri sendiri, jikalau tidak dibasuh pinggan pingganan itu, maka bertimbun dan menggununglah pinggan mangkuk tersebut. Letakkan dalam to-do list anda, memang lah bunyi nya seperti kelakar tapi demi sahaja kebaikan diri sendiri, lama kelamaan akan menjadi tabiat yang baik untuk diri sendiri. (gua masih terasa contoh membasuh pinggan itu adalah sangat auntie auntie, tp itu adalah contoh yang paling mudah)

Cara kedua, ambil sehelai kertas, buatkan dua kolum, pada kolum yang pertama, anda senaraikan segala mak nenek aktiviti harian yang anda ingin lakukan. contoh "Tidak akan meninggalkan sebarang pinggan mangkuk kotor selepas makan didalam sink" ok faham? Pada kolum yang kedua, anda catitkan pula apa yang menghalang anda untuk membasuh pinggan itu. Tolong jangan tulis "malas", ini sangat tak boleh diterima pakai. Tulislah seperti "tak dapat basuh pinggan kerana dihalang oleh drama melayu yang start pada waktu habis makan" itu contoh ye, faham? Jadi all you can do is, makan lah awal supaya waktu anda menghabisi makan malam itu tak selari dengan waktu drama itu bermula. Faham?

Fikir dengan teliti dan cermat. Memang ada individu lain yang akan mempengaruhi bagaimana anda menghabiskan masa anda seharian. Anda sentiasa mempunyai masa untuk membuat pilihan.

Ok skarang anda ada satu list sabotaj diri sendiri contoh yang anda lakukan setiap hari. Banyak lagi aktiviti atau tindakan yang anda lakukan tanpa anda sedari. Senaraikannya smua.

Dalam kehidupan seharian, bukan lah terhad pada membasuh pinggan sahaja. Jadi banyak lagi aktiviti yang anda lakukan tanpa anda sedari anda telah mensabotaj diri anda sendiri. Satu lagi contoh paling paling senang adalah ketika zaman remaja, gua sering bermogok lapar, kerana ingin menunjukkan ketidak puas hatian pada parent gua. At the end of the day, gua muntah sbb tak makan apa pun. Mudah kan? jadi itu zaman remaja punya cerita la, ni dah dewasa sepatutnya lagi bijak dari zaman remaja dulu.

Jadi marilah kita sama sama bertindak mengikut waras akal fikiran. Mensabotaj diri sendiri tidak membawa sebarang faedah mahupun kebaikan pada diri sendiri. Faham?

Farid kata: Sabotaj diri sendiri selalu, sabotaj kawan kawan pun selalu gak. Suicide punya stetmen ni. Lol

Monday, October 29, 2012

Cerita yang digarap selama seminggu oleh si pemalas

*macam berupa barangan seludup*

Ini cerita minggu lepas, merujuk pada tajuk entri, last week gua tak update sikit pun apa apa cerita di minggu lepas. Ini kerana sedikit malas sudah menyuburi sanubari ini. Kelas ke tidak alasannya? ok ok, berbulan bulan yang lepas (bulan tujuh kot eh ntah), gua ada memasuki peraduan kerat kerat majalah, pastu ada terai last year juga dan menang perfume juga, pastu gua tak pegi tuntut pun, ok rugi disitu. Pastu tahun ni menang lagi. Gua menang lagi bukan sbb rasuah atau sogokkan. Gua bertanding secara adil dan saksama sama.


*Seperti biasa tangan gemok menjadi model komersial*

Pastu hadiah yang dimenangi adalah berupa Paco Rabbane 1million 100ml. Itu hari gua menang emporio 100ml juga. Di sini gua ada cerita nak kongsi, pihak penganjur kasi tau yang hadiah boleh dituntut dengan dua teknik, pertama tama teknik adalah dengan pegi terus ke pejabat mereka lalu mereka serahkan hadiah itu ke tangan anda, atau pun lu orang boleh hantar balik borang bersama wang pos lalu mereka akan courier balik hadiah lu orang tu, dan semestinya gua pilih method kedua.

Dan lebih best norin nor bertindak menguruskannya bagi pihak gua. Hidup biar sedap bak kata eskrem berkon. pastu bila dah seminggu tunggu bayang hadiah pun tak muncul, lalu norin nor kol, pastu yang tukang jawab wah kemain budi bahasanya. (maksudnya tukang jawab tu sangat biadap)

Part yang paling tak boleh blah, "err nama encik farid tak de dalam senarai pemenang kami". Lu jangan bikin hal pula, takkan gua nak feel feel sendiri print surat ni, nak feel pemenang sangat. puii jangan memainkan perasaan. Pastu wanita tu cek cek skali dengan mejiknya ada. Pastu surat serahan wangpos plak katanya tak sampai, dah lu ni kenapa ya? pastu gua cakap ngan norin nor, lantakkan je la, kalau sampai elok la, tak sampai buat diam sudah. Selang lagi seminggu, pling trus muncul perfume nya. 

Ok lagi cerita raya haji pula, sepertimana ditekankan di tajuk diatas, ini entri orang malas, jadi kasi sumbat semua cerita satu entri. 

Khamis malam dengan rasa cool nya gua numpang kemal untuk balik ke kampung halaman yang dirindui. Selalu selalu kl-pd hanya satu jam setengah sahaja, tapi disebabkan rakyat malaysia yang ghairah membalik kampung asal ada cuti berkembar, jadi perjalanan kl-pd menjadi 3jam. Kejung dalam kereta. Berjaya sampai rumah bonda sekitar tengah malam, cool sangat.

Pagi raya gua bantai tidur sampai tengah hari, no baju melayu ke apa ke, dari pagi sampai malam gua makan nasi impit dengan kari ayam sambil main game kat ipad (3 kali cas ipad dalam sehari). Belah malam, pi tapau pizza hut ngan adik, pastu sabtu pula, duduk umah sehari suntuk tak keluar kemana even kat garaj kete pun gua tak jejak. Pastu hari ahad baru kluar, kemal mai PD sbb nak tolong adik gua buat assignment account nya, dan menjelang maghrib, baru plan nak kluar pi makan kfc jalan jammed macam neraka, tapi redah jua demi sahaja mendapat sesuap ayam hot n spicy yang rangup. Pastu balik umah mama ada tapau satey pula, pastu gua pikir pikir tak jadi balik kl la, jadi keesokan paginya gua bangun kul 4am, baru balik kl. Dan sekarang adalah sangap macam tak tido seminggu. 

Ok dah tu je kerja dilakukan sepanjang minggu. Penat nak taip. Tapi nak cerita jugak. Ok jumpa lain lain entri. Babai

Farid kata: Karang ayat ikut sedap lutut. Janji mesej sampai. Babai *sekali lagi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 19, 2012

Ceritera mendaki Irau 6- Balik dan borong



Ok ini kisahnya di hari ahad, pagi pagi bangun kemas apa apa yang patut, jijan ngan man sudah keluar untuk bersarapan dan mengambil gambo, tinggai la kami bertiga. Pemandu sudah kata mau pulang terus, jadi lepas kemas banglo istana tu, kene la kemas beg dan pakaian segala. Pastu destinasi pertama adalah Taman setia, kononnya ada kedai juai nasik lemak, tapi ujung ujung kedai juai strawberry banyak la, ok kami di tipu oleh zul. Jadinya terus ke Tanah rata dan sarapan disitu, gambar tak sempat snap ke apa sbb dah lapar sangat. Sila bayangkan je. 


*masih tidak habis dengan konsep pandang ke tepi supaya nampak lebih kacak, gua pedulik apa nyonyot eskrem lagi  best nampak kiut puiii*

Pastu ke Kea Farm yakni sejenis jalan yang menjual segala mala sumber alam dari Cameron, ada bunga, keledek, strawberi, jagung dan macam macam lagi. Zul park kete kat Equatorial lalu tunggu lam kete, gua ngan nok sahaja kuar jalan kaki macam musafir ke tempat ini, jauh oh. Pastu beli la sepuas hati, gua beli sayur ngan keledek sahaja, sambil jalan makan brokoli grg, mak datuk sedap teramat, pastu nok borong pun macam there was no tumoro. Haibat abis. 



Pastu jalan nak pulang nampak plak eskrem stroberi, singgah jap pekene sebatang, mmg la hai sedap cam apa apa je, rm1.50 je sebatang, kalau la kete zul ada peti ais, gua borong smua yang ada lam peti es kedai tu. Pastu terus jalan ke kereta sambil mengendong plastik plastik berkenaan.

*Tapis kaler hijau tak menahan*

Pastu pi BOH sungai palas lak, serious dah berbelas kali gua pi Cameron, this is my first time ke sini, jakun jugak la, bukan apa jakun sbb kene jalan jauh sbb park kete nun jauh di bawah bukit. Pastu dah sampai tempat berkenaan, zul terus port duduk, katanya sakit kaki. Gua ngan nok beratur like hell punya panjang semata nak mendapatkan seteko teh yang biasa biasa je pun, demi memuaskan tuntutan nafsu, jadi beratur sahaja la. 





Tetengah minum, gua cerita la kat Cameron Barat ada brownies ngan eskrem yang enak sungguh, dan zul kata pasnih kita pi situ dan dia nak banjer, knowing gua ngan nok yang rembat apa sahaja, terus la setuju tanpa banyak helah. Rezeki oi.

*dah la kene banjer, kene beratur plak, nasib la*


*Si gemuk punya tangan*




*Teh stroberi adalah pasangan yang paling tepat*


*Cam sedey gak la tgk mee supnya*
Selesai di Cameron barat, terus turun ikot simpang pulai untuk pulang ke kl tapi singgah lu kat tapah plak beli jambu bagai segala, sambil sambil makan tengahari. Sepuluh kali berhenti ujung ujung sampai umah maghrib, hai nasib la sana. Fuuuuuuu abis juga entri cameron ni, terima kasih pada lu orang kerana sudi membaca dan bersabar dengan rentetan entri yang panjang berjela cam kain ela ini. Sehingga bertemu lagi, okbye

Farid kata: Setiap tindakan adalah diatas tanggungjawab sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 18, 2012

Ceritera mendaki irau 5- Ke pasar malam lah kita yob

*satey yang enak berkrim disukai ramai*

Ok petang setelah selamat kluar dari hutan, ceh bunyi cam dari rancangan Survivor. Nok bertungkus lumus membersih kan baju kami, Nok ada lah sangat rajin dan baik hati. Pastu gua, nok, zul ngan man pakat pakat nak makan satey sbelum ke pasar malam, jadi ke satey la kita. Jijan tinggai umah sbb zerul ngan ikin nak mai melawat, wah feeling rumah sendiri kah. Sampai ke kedai satey tgk papan tanda dah satu macam, ada ke dia tulis "GERAI SATEY IBU AYAM DAGING DAN KAMBING" gerai satey ibu ayam? wtf wtf wtf letak jarak atau koma boleh tak bang? tapi sib baik sateynya sedap, satey ibu ayam lah katakan.

*Nok nak bolot satu frame dia sorang je, dalam cubaan menolak gua ketepi la ni*


*lengai benar muka lu man, nunggu air tak kunjung tiba, satey siap dulu dari air*


*Muka penuh keyakinan mempromot stroberi kat man, syabas zul*

Selesai dengan urusan kedai satey itu, terus pula ke pasar malam, Oh untuk pengetahuan lu orang ini adalah kali pertama man ke Cameron. so banyak bendalah nak dibeli, tambah plak zul jadi promoter, abis smua dia promot suh di beli, sib baik gua dah pi cameron tujuh belas kali, jadi tak terpedaya ngan zul. 
*Nok kata amek gambar menunduk nampak lebih hensem, gua pulak kata amek gambar muka besar rumah nmpk lebih gengster*


*ok muka man kembali ceria setelah dapat minum hot coklat mahal*

Abis kat pasar malam, turun plak ke Tanah Rata nak pi starbucks, ada ada je lu orang ni. Macam kan kat kl tak de. Layan saja, nama pun penumpang. Kang tak ikot, kene tinggai tengah jalan pula. Sambil minum borak itu ini, sambil ngumpat sesikit hal opis. Waktu ni badan mmg dah nak tertanggal satu per satu, sakit ya amat. Tapi ku gagahkan jua jebat. Apalah khabarnya jijan kat rumah tu.


*tetiba gambar ni lupa nak rotate, kira halal je la*
Farid kata: Nok sudah petik nak memasuki gua la pulak, machiam machiam la ko bok


Published with Blogger-droid v2.0.6

Ceritera mendaki Irau 4- Kehazaban hingga ke tulang hitam

*terkagum kagum dengan pemandangannya*

Ok sambung lagi, kat entri sebelumnya gua dah mention yang trek ini amatlah mencabar minda dan akal fikiran. eh minda ngan akal fikiran tu bukan sama ke? ala balun je la, janji mmg susah la maksudnya. Tgh tgh mendaki tetiba hujan turun tak lebat tapi cukup la membuatkan gigil tahap duduk lam peti ais simpan daging. Mmg sejuk gila. dah la gua pakai baju nipis je, konon rasa panas, skali amek kau hujan beserta kabus tebal.

*nampak tak gua tengah tertonggeng tonggeng tu?*

Tetengah mendaki tetiba kami dikejutkan dengan jeritan Zul, like macam ada perogol tangkap dia. Rerupanya kakinya terkehel, pui gua ingat dia nampak beruang matahari ke, nampak kuda liar ke. Ok jijan selaku doctor sudah mengubati zul, sib baik ada bawak spray cramp bagai segala, jadi balut dan spray itu ini lalu sambung jalan. Jangan berangan ko nak berpatah balik. pantang orang tua tua dah jalan patah patah balik ni, eh gua tua ke pon? 


*mmg trend terkini amek gambar menonggeng gini ke?*




*Nok bergaya dengan Ron95 nya, menambah tenaga katanya*

Ada sampai satu peringkat tu, mmg mendaki mencanak, lu orang akan bergantung pada akar kayu saja untuk memijak, memaut dan bertaut kasih sayang. Tapi gua mmg resepek la dengan geng geng wanita yang pikul beg besar daki Irau. Tabik spring toinggg. 

*Kaver gua tgh merokok, buat buat muka tak bersalah*

*ok dah hepi setelah selesai merokok*

*Jijan bertungkus lumus mengubati zul (dah ayat rupa jijan tu bomoh plak)*

*dah sampai false peak, taim ni boleh kaver sejuk lagi, selang beberapa minit trus gigil*

Ok disebabkan hujan dan sejuk. Kami hanya stop di false peak yakni puncak palsu atau disini dikenali sebagai anak Irau. Hujan dah tambah lebat, perut dah lapar, azab dah sampai tulang hitam. Apa lagi boleh buat. Nak sambung ke puncak Irau ambil masa lagi sejam pendakian, sanggup kau? sanggup ke? sanggup ke? tak sanggup tak sanggup. 

*Jijan bergaya ngan GPS nya*

Nok ada bawak dapur kecil yang chomel, zul bawak maggi cup, man bawak biskut, jadi kita balun. Maggi pun rasa ciken chop masa ni. Sedap ya amat. Man kata minum kuah kari tu rasa heaven, aku lak rasa minum kuah kari tu rasa teh tarik. Ini adalah efek dari kepenatan berjuang mendaki agaknya. 

*Mata cam pelik sbb mengenangkan nasib nai turun nanti camna la agaknya*


*oh lupa kasik tau, gua bikin sedikit bumbung hasil daripada poncho zul, belah dua, ikat  semua penjuru taraaaa dah jadi kanopi org kawen, lu orang sila cakap hebat*

Memula dalam pala otak duk fikir, kalau turun pastinya mudah sbb tadi dah mendaki bagai nak gila, sangkaan gua meleset sikit je, mmg la senang nak turun, tapi sekejap je, bila dah sampai ke tahap rata pastu turun naik sikit, mula lah rasa jahanam satu macam. Seriously gua rasa dah hilang emosi, apa nok cakap pun gua dah tak dengar. Pastu dengan mejiknya rasa loya loya nak muntah. Stress melampau agaknya. ya la mau tak stress sbb lu orang pikir pikir dah nak sampai tangga berkayu, tapi jauh lagi, dah lapan puluh kali fikir camtu maunya tak stress. Dan akhirnya sampai jua di tangga kayu yang dinanti nantikan, gua sampai ngan zul, nok menyusul kendian, pastu man dan jijan lebih kurang stengah jam kendiannya. Sesampai je kat bawah terus tuju kereta, tukar baju, tukar suar, tukar suar dalam, pastu duk dalam kete diam diam sambil makan roti ngan kekacang. 

*Baju hujan jijan tinggai suku je, yang selebihnya tekorban sewaktu perjalanan*

Bila man ngan Jijan sudah kluar sampai ke bawah, baru gua boleh bersorak gembira, semua selamat sudah. So tunggu mereka membersihkan diri, sambil borak itu ini, pastu terus gerak pulang. Mencabar oi hari tu.

*cantek nya kasut*

*Wah ghumbira nya sbb dah siap tukar baju bagai, tunggu dorang sambil makan kacang*

*rapper pencen*

Tetiba gua tak tau nak mengklimaks kan cerita ni camna, tapi lu orang dapat la gambaran sepenuhnya kan. Kira kira tak memerlukan imiginasi yang tinggi bebenaw la nak memahamkannya. Pada yang ingin memulakan pendakian, jangan la rasa seram sejuk baca entri gua ini, mungkin gua rasa azab sbb gua tak buat persedian secukupnya, but no worries, as normal human, insyaallah kita tau macam mana nak survive, chewah, ok sambung lagi..

Farid kata: Walaupun hazab, kalau tahun depan ada yang ajak pegi Irau lagi, insyaallah gua cuba lagi. wah yakin ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis