Monday, February 24, 2014

Ke Bandung kita mas 1 : Mari terbang


*sehari sebelum pegi, tgk laporan kaji cuaca, berkabus katanya*

Tanggal seluar 19 Feb itu hari, gue ke Bandung. Tetiba cam tak tau nak memulakan entri ni gimana. Err itu hari gue bandung, ngan kemal, adik, ateh, uda dan tasya. Tujuan nya pasti la nona nona ni nak berbelanja, yang pria pria ni tujuan nya menemani sahaja. Gue mmg tak bajet la nak membeli belah, pegi pon bawak rm400 je. takde la beribu ribu lemon naw.

*Menunggu adik cek in beg plak*

Naik flight indon airasia. Flight cam memenuh. Pastu takde la delayed ke apa, smua okay je. Cuma kan, nowdays, walaupun seat ko bernombor, tapi harus berjaga jaga juga sbb ada je umat nak curik seat ko, cam adik kene masa flight balik. Apa ni uolls, tukar tukar seat, nanti kalau kapal tu terhempas, tak jumpa mayat korang. *matikla duk pikir pesawat terhempas sudahnya.

*First taim melantak dalam flight airasia, sbelum ni tak heran pon*

Tadi pagi ada makan bakso kat pekan pd, pastu dah kelaparan, jadi berangan duk order nasik lemak la apa la dalam flight, ujung ujung smua abis, tinggal sandwich ni je, Filepe si crew nya sibuk la suh amek ni sedap la, lazat la apa la. Yer la yer la kuk tibai jua, kata lapar kan.

*Model sandwich katanya*

*kemal punya ayam apa ntah, cam sedey je rupanya*

*Disebabkan ada satu je landasan, jadik kapal terbang tibai uturn tgh tgh alam camni, kat indon, smua pon boleh*

Ngam dua jam sampai la kat airport Bandung, yer kau, airportnya sempit cam tehapa. Pastu dah tak tau nak nunggu supirnya kat mana. Kol punya kol ujung ujung supir lambat, macet katanya, bersabar farid, jangan nak amukkan sangat, kau kat negara orang ni, jangan macam macam.

*bergambar dengan kelajuan cahaya sbelum kene halau (Dari kiri, Tasya, Kemal, Uda, Adik, Ateh) Payit manjola takde lam gambo*

Dalam lima belas ke sengah jam camtu sampai la supirnya yang termengah mengah, dia bantai tunggu kat dalam plak, walhal kami kami ni smua kat luar airport dah, tak pe la, janji berjumpaan. Jadi pegi makan lah kita. Oh waktu di Bandung cepat sejam dari mesia, keadaan nya pon cepat gelap banding mesia. 

Sambung..

Farid kata: Nak pegi Bali nak pegi Bali

Tuesday, February 18, 2014

Ke Lumut lah kita yob 8: Pulang sambil melihat menara yang tak tegak


*akhirnya dapat jugak kable nintendo ini, tu pun beli kat daiso aeon sri manjung, bapak la hai jauh*

Tibalah hari untuk pulang ke pangkal jalan. Pagi pagi bangun, sesiap, kemas, mekap mekap pastu cek out dan pi bekpes. Malam sbelumnya kemal sudah membeli buffet breakfast di hotel ini. Regenya adalah murah, rm50 untuk tiga orang. Lagi pun cam malas la pulak nak mencari tempat bekpes pepagi centu. 

*Pusingan pertama*

Variasi makanannya adalah boleh tahan jela, biasa biasa sahaja. Ada western, ada makan melayu juga. Orang pun tak ramai, jadi boleh bertenang tenang amek makanan. Dan lagik best boleh makan berulang ulang sampai pengsan. 

*Pusingan kedua*

*pusingan penentuan, menentukan keraksasaan anda*


Pastu dalam perjalanan balik, duk fikir fikir mana mana tempat yang boleh singgah. Pastu gue usulkan pi Telok Intan nak tgk menara condong. Almaklumlah, satu mesia dah abis ko pusing tetiba tak pernah tgk menara condong, cam kejiss saja. Jalan nya boleh tahan berliku jugak la nak nyampai ke Telok Intan ini. Pastu pekannya cam errrrmmm biasa biasa je. Lepas dah strike dua tiga post depan menara, jalan keliling, pastu dah tak tau nak buat apa. Jom je la gerak balik. 

*Condong tak? kalau tak condong, maknanya kepala korang teleng*

*bercekak pinggang di tengah jalan*


*Teknik silang kaki supaya nampak cam kaki kate moss*

*Contohi sifat mulia ayaa kat blakang tu, nak cakap tipon benti dulu tepi jalan*

*Sila lah baca sendiri*


*Sunday mango tu sploh kali sedap dari baskin, betul tak tipu*

Pastu kemal set GPS ke kl, gue pun mandu je la ikot laluan tu, makin lama drive rasa makin pelik, apa ke jauh naw nak masuk highway ni. Pastu benti tepi, godek balik GPS tu. Pastu dah tak tau nak cakap apa dah, drive je la, janji sampai kl. Then lepas berjam jam memandu tetiba, eh signboard kuala selangor?! pastu sign board Ijok?! sah la kene heret masuk jalan lama. Tapi okay juga boleh je benti mana mana nak makan ke apa. Ujung ujung singgah mekdi makan burger.

*Prosperity combo katanya*

Pastu sampai kat Guthrie highway, kemal lak bawak kete, adik pos pos permaisuri kat blakang sampai sudah. Menjelang petang cam rasa nak makan lagik, dasar resaksa, sarapan makan bergantang, dah makan mekdi, nak makan Marrybrown plak. Hah sbb Kemal ada menang voucher rm200 marrybrown. So apa lagi moh je la. Pi makan kat Marrybrown sendayan. Ekceli set GPS ke kl, bukan lah nak ke KL pon, nak balik pd hantar adik. Oh mereka ada promosi kotak pink ni, boleh try, berbaloi baloi

*yang bulat tu adalah bebola durian, apa relevan raya cina makan bebola durian?!*

Maka berakhir lah pengembaraan yang tak berapa nak kembara sangat ini. Rumusan nya, kalau korang nak duduk swiss garden tu, boleh je tapi kalau sanggup la nak meredah jalan kedalam yang jauh itu. Pangkor lak, bagi gue, cukup la dah pergi kalau kedua ni, kalau masuk kali ketiga rasa cam tak berapa relevan la plak. yang penting happy. bye

Farid kata: klam kabut abiskan cerita Lumut ni, kang kalau sangkut, cerita lain pon sangkut jugak.

Monday, February 17, 2014

Ke Lumut lah kita yob 7: Makan stimbot dengan heaven nya


*tak muat frame, maklumlah tipon ai ni, cap ayam*

Haaa lepas dah mandi manda kat hotel, jadi kita pi makan malam lah yer. Tapi sbelum tu, singgah AEON Sri manjung yang besar untuk membeli baju, ni semua gara gara konon bawak baju sikit, ujung ujung tak cukup plak, so kita beli je kat FOS. gambarajah kat aeon tidaklah diserta kan, sbb nak beli baju je pun, cam keji je plak nak sumbat lam ni. Pastu dari Aeon, kita pi makan stimbot, sbb malam sbelum tu dah nampak kedai ni masa on the way ke Lumut, so kita singgah. 

*ini bukan bererti korang berpeluang makan malam atas perahu ye, no kenot*

Ia berkonsepkan buffet, satu kepala rm19. Pastu leh makan sampai muntah terbelahak. Asal nama je buffet, dalam pala hotak gue mesti duk semat "jangan membazir, jangan membazir", biar orang kata "ishk rugi la ko ni, dah bayar tapi makan sikit" dari kita membazir kan? So kita amek je la mana mana yang mampu nak makan, kalau rasa nak makan lagik baru amek lagi. Membazir ituew amalan syaiton nirojim.

*Periuk kosong pun leh jadi prop*

Disebabkan kami ni berpergian waktu orang bekerja, jadi mmg takde orang kat kedai ni, boleh makan dengan aman dan tenang, ada juga mee grg, ketiau, nasik grg, laksa dan juga sirap dan juga kerabu mangga.

*nampak tak kat situ menunjukkan model tangan tu makan dengan raksasa sekali*

*Cendawan adalah paling heaven, saya vegiterian*

*kemal punya air oren, adik karot komedia, gue punya belimbing sedap nak pengsan*

Sbelum duduk, memasing dah sesiap order air buah, pastu baru pasan yang ada air sirap disediakan plak, tapi tak pe la, posid je, cam keji plak kan, nak kensel kensel walhal air buah je pon. 

*kacau kacau kan ia, macam nak buat dodol*

Kedai ni cam takde nama spesifiknya, dia tulis steamboat je, ke gue yang tak reti baca ke apa ntah, tapi kedainya terletak berdekatan simpang nak ke Lumut tu, kira simpang besar la. Senang je nak cari. Rege berbaloi, makan sedap, pilihan banyak. So saya mesti pilih bak kata iklan bank rakyat. 

Farid kata: Makan banyak salah, makan sikit salah, penin lah kita

Friday, February 14, 2014

Ke Lumut lah kita yob 6: Beli kapal perang, lalu balik kl naik kapal peranglah kita


*muka teruja lah sangat nak dapat naik kapal katanya*

Ok memula cam nak balik terus ke hotel. Sbb punyalah penat kene jemur bagai smua. Ikuti perbualan tiga ketul dalam kete:

Kemal: yit tadi aku ada nampak ada kapal perang kat tepi waterfront tu
Adik: aa ah aku pun nampak gak
Payit: ada ke? aku nampak kapal hangkut pasir ada la
Adik: ko ni long, ada la kitaorang nampak tadi
Kemal: eh jom la naik nak tak
Payit: hey takkan nak naik kapal hangkut pasir tu pasaipa, bukan ada pebenda pon
Adik: gila kau nak naik kapal pasir nak buat apa, kitaorang ni cakap nak naik kapal perang tu
Kemal: ntah nya ko ni yit
Payit: ok ok fine, kalau tak boleh naik kapal perang tu, aku nak korang dua orang panjang naik kapal pasir tu

Skali telahan payit adalah salah, mmg ada kau, kapal perang kat situ, dan paling malang sekali, boleh plak masuk melawat dalam tu, cisssssssssssssssssssssssssss payit tewas


Masuk sorang RM12, bebudak tak tau lak brapa. Gue saspek nama kapal ni Rahmat, gue saspek je la sbb kat tiket tu terpampang kan. Ada sorang mamat ni jadi Tourist guide kami, memula gue ngan kemal duk panggil dia abang. Skali dia bersuara, "korang jangan la panggil abang, aku muda lagi" ek eh, dah rupa paras ko upama pokcik, gue panggil la abang, lenkali kali nak dipanggil adik, ko sila boh bedak banyak banyak.

*camna la agaknya kalau kelasi nya tinggi cam kate moss nak berlari lari di lorong ini? sangkut kepala*

Jadi dalam ni korang bebas la nak kemana mana, melainkan tempat yang sudah ditanda kata bahaya tu, tak yah la mencari pasal nak jugak masuk. Dalam ni kira smua komplit, ada dobi, dapur, bilik air, tempat tido, tempat meeting bagai segala. Oh dan budak guide ni kata, ada juga aktibiti tido lam kapal. Tapi kalau tanya gue, pasti la tak mau. Kot la tgh tido tetiba kene cekik ngan hantu kelasi ke apa, ishk takut la. 

*Jamban*

Pada mulanya kapal ini dibeli oleh seorang cina untuk dijadikan tempat lepak lepak minum mabuk, pastu tak laku lak, gamaknya kat lumut takde orang nak mabuk mabuk. so ujung ujung kapal ni bertukau menjadi sebuah muzium. kapal ni mempunyai enam tingkat, haa cam tak caya kan? 


*tempat mendobi*

*Lorong lorong hitam*

*Ruangan Gosip*

So selain boleh ronda rondi dalam ni, ronda lah sangatkan, walaupun keadaan menyempit je dalam tu, korang boleh naik kat bahagian atas kapal, leh la tgk meriam belina segala, boleh duduk depan hujung kapal feeling titanic smua. Ada pape soklan tanya je budak guide tu, komfirm dia leh jawab, tapi jangan la tanya soklan ilmu alam ke apa.

*Selfie berkumpulan, tgh snap sibuk nak bercakap, ujung ujung tersembul gigi*

Pastu kan, part yang paling best adalah di dek kapitan nya, bukan sewenang wenang nak masuk sini. So amek feel bergambo bagai. Oh dalam dek ni tak panas sbb ada ekon sebesar alam. Kira buleh bergambar dengan selesa la. 

*Kemal dan peta harta karun*


*Feeling ratu jamaica melawat kawasan*

*Ni tgh tembak meriam, bukan tgh main game ke apa*

*Dari atas kapal*

*macam kapitan kapal korek*

Ok pastu dah puas hati pusing pusing satu kapal. Boleh lah balik dengan tenang. Pada korang yang ada anak anak mahupun yang memang berminat dengan arena pengkapalan, mmg berbaloi baloi masuk dalam ini. 

Farid kata: tetiba teringat kelasi tua suara nyaring, eeuuwwww

Thursday, February 13, 2014

Entri campur aduk

Ini adalah entri campor aduk, berbagai gambar dari mana ntah datang nya, sumbat dalam satu entri. So layan kan je la.

*kekdahnya dari KL pukul 6am, jadi sampai pd pukul tujuh lebih dan bersarapan kat mekdi sahaja*

*Ber-baskin kat Dataran Pahlawan sbelum pi makan malam ngan pemili*

*Duk depan cermin belek belek kepala sbb rasa cam ada bahagian yang luka, rupanya kat dahi, ni mungkin la pasal menggaru secara hebat*

*kak tin skang adalah pakar membuat kek, so bermacam resipi di masaknya, gue ngan maya sepiah menjadi juri masakan beliau, berbaloi baloi oh*

*kegilaan terbaru main flappy bird, gigih sampai abis bateri nak memecahkan rekod Syahin*

*Yang terbaru kak tin menghantar pavlova nya untuk diuji, kompom kak, lagi dua tiga resipi ko leh bukak kedai dah*

Itu sahaja gambar gambar yang gue punggah dalam enpon gue ini. Kot kalau nak update seketoi gambar per entri, mmg idoklah, kekdahnya farid ni mmg pemalas. Pastu ikot tekak je mana nak taip, dia taip, mana agak agak malas, abaikan. 

Farid kata: asyik sound org je kau ini, macam diri sendiri tak pernah buat silap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis