Tuesday, February 18, 2014

Ke Lumut lah kita yob 8: Pulang sambil melihat menara yang tak tegak


*akhirnya dapat jugak kable nintendo ini, tu pun beli kat daiso aeon sri manjung, bapak la hai jauh*

Tibalah hari untuk pulang ke pangkal jalan. Pagi pagi bangun, sesiap, kemas, mekap mekap pastu cek out dan pi bekpes. Malam sbelumnya kemal sudah membeli buffet breakfast di hotel ini. Regenya adalah murah, rm50 untuk tiga orang. Lagi pun cam malas la pulak nak mencari tempat bekpes pepagi centu. 

*Pusingan pertama*

Variasi makanannya adalah boleh tahan jela, biasa biasa sahaja. Ada western, ada makan melayu juga. Orang pun tak ramai, jadi boleh bertenang tenang amek makanan. Dan lagik best boleh makan berulang ulang sampai pengsan. 

*Pusingan kedua*

*pusingan penentuan, menentukan keraksasaan anda*


Pastu dalam perjalanan balik, duk fikir fikir mana mana tempat yang boleh singgah. Pastu gue usulkan pi Telok Intan nak tgk menara condong. Almaklumlah, satu mesia dah abis ko pusing tetiba tak pernah tgk menara condong, cam kejiss saja. Jalan nya boleh tahan berliku jugak la nak nyampai ke Telok Intan ini. Pastu pekannya cam errrrmmm biasa biasa je. Lepas dah strike dua tiga post depan menara, jalan keliling, pastu dah tak tau nak buat apa. Jom je la gerak balik. 

*Condong tak? kalau tak condong, maknanya kepala korang teleng*

*bercekak pinggang di tengah jalan*


*Teknik silang kaki supaya nampak cam kaki kate moss*

*Contohi sifat mulia ayaa kat blakang tu, nak cakap tipon benti dulu tepi jalan*

*Sila lah baca sendiri*


*Sunday mango tu sploh kali sedap dari baskin, betul tak tipu*

Pastu kemal set GPS ke kl, gue pun mandu je la ikot laluan tu, makin lama drive rasa makin pelik, apa ke jauh naw nak masuk highway ni. Pastu benti tepi, godek balik GPS tu. Pastu dah tak tau nak cakap apa dah, drive je la, janji sampai kl. Then lepas berjam jam memandu tetiba, eh signboard kuala selangor?! pastu sign board Ijok?! sah la kene heret masuk jalan lama. Tapi okay juga boleh je benti mana mana nak makan ke apa. Ujung ujung singgah mekdi makan burger.

*Prosperity combo katanya*

Pastu sampai kat Guthrie highway, kemal lak bawak kete, adik pos pos permaisuri kat blakang sampai sudah. Menjelang petang cam rasa nak makan lagik, dasar resaksa, sarapan makan bergantang, dah makan mekdi, nak makan Marrybrown plak. Hah sbb Kemal ada menang voucher rm200 marrybrown. So apa lagi moh je la. Pi makan kat Marrybrown sendayan. Ekceli set GPS ke kl, bukan lah nak ke KL pon, nak balik pd hantar adik. Oh mereka ada promosi kotak pink ni, boleh try, berbaloi baloi

*yang bulat tu adalah bebola durian, apa relevan raya cina makan bebola durian?!*

Maka berakhir lah pengembaraan yang tak berapa nak kembara sangat ini. Rumusan nya, kalau korang nak duduk swiss garden tu, boleh je tapi kalau sanggup la nak meredah jalan kedalam yang jauh itu. Pangkor lak, bagi gue, cukup la dah pergi kalau kedua ni, kalau masuk kali ketiga rasa cam tak berapa relevan la plak. yang penting happy. bye

Farid kata: klam kabut abiskan cerita Lumut ni, kang kalau sangkut, cerita lain pon sangkut jugak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis