Wednesday, February 5, 2014

Ke Lumut lah kita yob 3: Makan malam







Ok sambung lagik, harap maaplah yer, gambo nak load makan tahun, ntah kehapa la blogger.com ni punya apps. Swiss Garden Apartment adalah tempat kami berteduh sepanjang duduk di Lumut ini. Jangan keriru okay sbb Swiss Garden ni ada dua, satu hotel, satu lagi apartment. So kami ni yang dapat free voucher ni duduk apartment sana. 


Kelengkapan biliknya smua okay, smua cukup. Ada dapur, pinggan mangkuk, cawan smua, peti ais pun ada jugak. Tapi kedudukan biliknya cam creepy sikit la. Sbb tak ramai orang kan, pastu ngadap pemandangan yang tehapa. Which is gue rasa cam takde pemandangan langsung la. Bila malam sunyi dan seremmmm je rasa u know.



Biliknya jugak adalah luas, kira kalau datang satu pemili pon boleh, bawak je la tilam ke apa ke untuk tido. Tapi disebabkan bilik ni dapat free, so jangan banyak komen, duduk situ diam diam. Kalau nak rasa hebat kalu pegi duduk pangkor laut sana. Bayar la riban riban.

*AWAS OBOR OBOR AKAN GIGIT VONTOT ANDA*

Petang tu ingat nak bermakan malam je kat hotel, tapi cam tak best je plak. So jalan jalan je la kat pantai nya. Takde orang langsung, smua orang dah start keje kekdahnya. Tapi pemandangan pantainya mmg santek. Tapi gue tak rasa boleh bermandi manda, melainkan korang mmg nak kene sengat dek obor obor la. Obor obor menyegat ek? ke gigit? ke patuk? 

*aman dan damai sahaja*

Ujung ujung start kete pi jalan arah pekan Lumut je la. Kat situ ada kedai makan. Pilih je la mana korang nak makan. Walau jauh sikit nak kluar dari Swiss tu, tapi baloi baloi la. Jadi park je tepi jalan kat area jeti tu lalu jalan kaki sampai dongak pandang kiri kanan macam rusa masuk kampung mencari kedai makan. Jumpa satu kedai makan ini, so kita duduk dan order sahaja. Sila ikuti gambarajah berikut:

*Air laici, gue punyew*

*Teh o ais laici, adik punya*

*Kemal minum press oren*

*asal sahaja duduk kat meja makan, smua pegang enpon, memasing sibuk hantar report kat kekasih*

*Tomyam ngan kangkung*

*Siakap tiga rasa yang ada satu rasa je pedas, ngan teloq dadaq*



*Menjala ikan malam hari*

Perut dah kenyang jangan  feel feel nak masuk kete lalu berpandu balik plak, sila jalan kaki tawaf satu pekan Lumut ni. Ekceli bukan tawaf la, tapi jalan je mana rasa nak jalan. Pastu singgah ada cam kanopi kedai kedai juai macam macam benda. Sunglasses, baju, suar ngan pistol buih belon.



Pastu on the way balik, singgah mekdi, adik nak makan cekelat larva pula. Singgah la kojap. Sampai bilik bukak makan, mak oi manis melecas oi. Gue yang suka manis ni pun rasa manis teramat sangat. Kalau nak makan cekelat lava yang sedap pi beli kat kak tin, dia buat sedap. Ni bukan iklan berbayar, ini adalah realiti kehidupan. Serius sedapppppppppppppppppppp


So ikut plan nya esok pepagi baru kami ini smua ke pangkor. Tapi pagi tu tak tau lah pukul berapa. Kita ikuti kisah sambungan minggu dopan. Bye

Farid kata: Disebabkan tgh menaip pastu tetiba terasa panggilan alam, so cerita jadi ringkasan je *larik pegi jamban

2 comments:

TiNiE said...

amboiiiii kan.
eh coklat larva ni pon dah 'berkulat' leerrr

farikh said...

sila jangan buang ke dalam tong yer kekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis