Friday, February 28, 2014

Ke Bandung kita mas 7: Chiwalk


*cuaca sedikit terik*

Setelah kenyang perut suka hati, lalu ke rumah mode la la kita. Disini jua adalah spesis faktori outlet. Memula masa nak pegi Dago dah lalu sini, tapi bang iwan dangdut kata pi dago dulu kendian nak balik baru singgah sini. Oh di sini mmg ramai pelancong asing. Dah baju baju nya pon meriah meriah belaka. 

*dua orang makcik gue*

Gua tak membeli apa pon kat sini, ater dah beli kat Dago, jadi kene la berjimat cermat tak leh membaziaq. Pastu dah selesai smua, bergambar seround dua, pastu cakap ngan Bang Iwan dangdut nak pi beli charger. Jadi tanpa teragak agak bang iwan dangdut pi bawak kedai talipon besar, ekceli dah bukan kedai kot, dah macam mall pun ada besau gila tempat ni.


Banyak gila enpon kat sini, tapi semua pun cam tak berapa nak kenal tajuk apa. Murah tu mmg murah, tapi kalau di beli lalu rosak, mmg kene campak buang je la kot, gigih kau nak datang Bandung balik tuntut waranty. Gua ada la buat congak congak kira, rege talipon berjenama cam sama je ngan kat mesia dan ada few lagik mahal dari mesia plak. So jangan berangan berangan nak beli beli enpon bagai. oh rege charger nokia tu adalah rm30, gila mahai bai, kat mesia dapat sploh hengget je pon.

*kalau boleh nak beli seguni pisang salai, sedapnya lahaiiiii*

Pastu dah beli charger, boleh la pulang dengan senang hatik. Janji ngan bang iwan dangdut datang pungut kul 7 nak pegi chimpelas. Tapi gue rasa dia tak balik pon umah, takut macet katanya, jadi dia stay je kat area bawah hotel tu ngan kengkawannya. So lepas kul 7 terus kuar, tuju cihampelas. Bang iwan dangdut kata pi chi walk dulu, apa cam pelik je namanya. Rupanya nama nya cihampelas walk, suka suka shortform kan ia. Chi walk was like a mall je pon, tp more like open mall. Biasa biasa je dalam itu. Pastu dah settle pi la jalan jalan sekitar cihampelas.


*Dodol pelbagai kaler*

Ada banyak kedai jual baju bajan, kedai jual kerepek bagai dan ramai jugak jual barang kat kaki lima. Kalau bebetul menawar, boleh dapat murah. Singgah kedai kepek tu beli pisang salai, trus bukak lalu ditelan sepanjang jalan. Sedap ya amat. Lagian murah, kat situ jual 15,000rp, kalau kat airport sampai 30,000rp, apa aje gila sekali lipat mahal.

*uda ngan adik tgh mengayat budak jual tshirt*

*Besar gila kau slyvester stalone duk atas tu*

*Nona nona sibuk beli Fm ngan keychain, yang dua ekor ni sibuk la nak jual dodol nggan anak patung, ishkk, ada yang mai jual jaket la, strawberry la*

Selesai kat cihampelas, terus pi makan, oh kat sini kedai kedainya tutup jam 9-10mlm, jadi cam awal la jika dibandingkan kat mesia. Kalau korang pegi sini, jangan pula feel feel cam kat uptown, bukak sampai ke subuh ke hapa. 

Sambung laie..

Farid kata: pening pening upload gambo ni

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis