Wednesday, February 12, 2014

Ke Lumut lah kita yob 4: Pangkor separuh hari


*Berlenggang sawi dua orang ini* 

 Haa sambung lagik, sori la lambat benar nak mengapdet, cam biasa perasaan campur baur, malas campur bizi main game kat umah. Jadi skang kita cerita lah yer. Ok pepagi tu bangun sesiap terus tuju pi Jeti Lumut, untuk ke Pangkor. Ekceli Swiss Garden ada la sedia perkhidmatan bot ke Pangkor, tapi mahal kauu. Pastu tak boleh berlama lama pon di Pangkor dah kene balik lak, so untuk lebih menjimat kan dan memuaskan tuntutan napsu sendiri, kita drive je ke Lumut lalu naik je feri dari sana. Murah pon satu hal la, rm10 return per person, banding bot hotel tu sorang je dah berpuluh puluh inggit meleysia, membaziaq sungguh. (Walhal farid mmg kedekut)

Yang sbenar benarnya, gambar atas feri lagik banyak dari gambo kat Pangkor. Tapi fedulik lah ek, janji bergambar. Ok pastu dah sampai Lumut pi makan sikmak dulu, pastu beli tiket nak naik feri. Org tak ramai pun sbb ari biasa kan bukan ari cuti. Tapi masa ni dah start panas menyucuk. Tapi dengan keadaan feeling mat soleh, kami kami ni duduk bahagian belakang yakni bahagian open tu. Rentung tahap acapan.

*selfie yang tak pro, penuh satu skrin* 


*Ni borak pasal nak pi shopping kat indon la ni, tak abis abis* 




Pastu dah sampai Pangkor, memula cari motor, sbb adik ngan kemal leh bawak moto, gue seorang je kaki bangku tak reti bawak moto, sedey kan? tapi fedulik la. Pastu cina tu kata nak lesen bagai, ngada nya kau, walhal ko nak suh kami ni amek kete kan? ye la ye la kete pon kete la, skali di baginya kete wira tahap besi buruk kau, kalau kat KL ni kompom dah kene kerat kerat juai. Rm50 dari pukul 12tghari hingga 3 ptg, tapi gue tau, takde mananya nak sampai kul 3ptg, dengan cuaca yang hazab, keadaan kete empat kali lagi hazab, so mmg akan pulangkan kete ni cepat punya. Ekonnya tahap tahap angin kentut je.

 *eee ketiak*

Pastu cam gatal gatal nak auto lah katanya, eh yer gue yang gatal, sbb cam malas nak bawak kete manual kan. Sekali gue lupa yang jalan kat Pangkor ni turun naik bukit, hah amek la obat, wira tu cam nak meninggal dunia manjat bukit. Hazab gila kau, kalau ko letak atuk jalan kaki pakai tongkat sebelah wira tu, kompom atuk tu menang dengan riang ria nya. Tapi dengan keadaan kete yang maha hazab ituew tidak menghalang niat suci murni gue nak mandu keliling pulau, alhamdulillah, berjaya juga.

*Menggelegak je tunggu kete wira evo tu, evo lahhhh sangattttttt  (lempang cina tu laju laju)* 

*amoi gajah ni kedekut kau, sikit pun tak mo diskaun, eksyen kau yer* 

Pastu dah putar putar krim putar, cam tak sabar plak rasa nak pulang kan wira hazab ni. So sampai pekan cecepat kol cina tu suh dia pungut la besi buruk kau ini, tak sanggup dah gue memandunya lagi. Kemal sudah naik hantu seround fon dia problem, semua dalam recent call hilang. Pastu kami ni pun jalan jalan je la kat area pekan pangkor tu. Kepala dah berdenyut rasa nak meletup pun ada gak. Pastu adik beli beli baju bagai segala. Kemal pos pos cantik kat kedai, gue plak duk menggaru kepala, ajerr tiga hari kau tak cuci rambut, farid kan femalas. Tunggu masa nak berkutu je ni.


Masa sampai tu ada la ternampak satu kedai makan bebetul sbelah jeti ini, Kira cam selesa dan makanan pon ok gak la rasanya. Pastu memasing pon berpusu pusu pos pos lam tempat aircond. Sorga nya la hai. Dah makan makan, dah satu kemalasan nak naik feri lak.Tapi wat to do, rela ke ko nak duduk kat pangkor tu berlama lamaan, dengan panas, dengan sesaknya satu macam. So feri sampai moh la balik.

*Ni tgh sms sesama sendiri, sbb kita orang mmg tak menggunakan suara bila mana berkomunikasi.......... acah mak enon* 

Sampai jeti, pi beli ikan bilis, ikan masin keropok bagai segala, pastu minum petang sikit. Pastu sambung......
(Hanj, ayat tergantung tetiba sambung) kekeke


Nanti next entri gua cerita pasal perihal beli belah ikan bilis la ek

Farid kata: pi Lumut je pon, tapi punya la hazab kemalasan tahap unta nak update

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis