Thursday, February 17, 2011

Jalan jalan jumpa piala


Tgk first pics pasti korang tau kemana arah tuju aku kan? kalau tak tau gak, sila pindah dari malaysia ini. Last weekend, double a sudah bg idea mau pegi muzium. Tahun lepas dua kali aku pi muzium, kata sejengkal je dari rumah. Sonang la nak pi. Takde apa apa event yang menarik pun disini. Tiket masuk hanya 3 ringgit kut. Hah ada pameran stem, tapi rege tiket berasingan dan pasti la aku tak masuk. Ai tak minat setem. Sekian


*Pada penimat bola sepak malaysia, kalau anda tak pergi melihat ini piala, sila tukar kewarganegaraan anda kepada Bangladesh*

So kat ruang legar muzium ni ada pameran berkenaan piala suzuki yang dimenangi mesia hari tu. So ada la gambar gambar dan juga tak ketinggalan piala juga ada dua pingat apa ntah di pamerkan (sorry aku tak minat bola, so tak tau) So lepas tu pusing pusing la kat dalam muzium tu. Ada empat seksyen. Dari sejarah manusia purba sampai ke malaysia kini. Dulu aku pegi jalan jalan dalam tu pastu amek gambar je. Tapi kali ni gigih baca satu satu detail barang yang dipamerkan. Bak kata double a "malu kita tak tau sejarah negara sendiri" erk, sejarah spm aku tuang, nak buat camna.

Kami terserempak ngan budak budak skola agama, umur smua dalam 8-10 tahun gitu. Pastu tgh aku ngan double a duk leka membaca baca keterangan kat situ, salah sorang budak kat situ berkata kat dirinya sendiri "ni kene tulis nih, penting nih" trus aku ketawa. Semangat ko dik, bagusssss, ni pasti ada kuiz ko nak jawab.

*Ayam aku menyuruk di belakang sayur tersebut*

Pastu dah dari pagi tak makan apa sbb gerak dari pd. So tak sabar sabar la nak makan tgh hari. Kat blakang muzium negara ni ada kedai makan. So ade memacam lauk. Lepas makan makan, tetiba trus berperancangan mau gunting rambut. yer sebulan berkali kali aku gunting rambut. Apa laga, trus pi the curve mau jumpa ellie. Sesampai je, sib baik ellie free, aku lupa mau bikin appointment. Dan seperti biasa ellie beraksi mengikut arahan aku. Good job ellie. Tapi soklan paling tak leh blah dia tanya "U ada lesen diving ka?" haiya ellie, lesen mandu ada la. Terus tringat lesen mandu aku dah mati 10hb ari tu.

*posed tabik spring ngan air pancut sangat tak relevan*

Settel gunting rambut, cam besa trus pi nyonya colors mau makan mee rebus lak. Pitam la baru makan dah makan lagi. Gemuk tak jugak. Pastu sesambil duk makan, kami duk pikir pikir mana mau pi, trus tringat nak pi tasek perdana lak. Rasa cam dah lama je tak pi sana. Tapi paling tak bleh blah, double a tak pernah pi tasek perdana. Sila pindah dari kl yer. haiyaa


Dah penat berjalan sampai berpeloh peloh, walaupon hujan lebat baru je berhenti, trus decide mau pulang. Kaki sudah menjerit jerit meminta tolong mau pulang berehat. Maka pulang ke pangkal jalan lah sahaja.  Sekian.

Pesanan pada yang suka meronda: Len kali agak agak nak jalan semahu mahunya sila pakai running shoe.    :P

4 comments:

sW33tdARLiNG said...

ngajukkkk arrr....!! nak kuar dari mesia arrr...! tp takmo tukar kerakyatan bangladesh... aku nak tukar kerakyatan korea, muleehhh?

farikh said...

ko jadik warga paskistan kak

Noor Adibah said...

follow ur blog.. heee:)) hit me back tau.. singgah2 ler ke blog kite..

farikh said...

baekkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis