Wednesday, October 17, 2012

Ceritera mendaki Irau 3 - Posing cantik sebelum kene seksa

*bertongkat bagai, ujung ujung tongkat ntah kemana mana lu campakkan*

Ok setelah perut bebetul kenyang, maka bergeraklah kami ke kaki gunung Brincang, lokasi kaki gunung ini adalah menggunakan jalan yang sama untuk ke BOH sungai palas. cuma ada satu simpang tu je yang memisahkannya. Dah warm up dan jijan membaca doa makan, maka bermulalah pendakian yang langsung tidak beridea ianya bakal menyiksakan.


Thnx to kamera jijan dan man kerana mengambil berbagai gambar, kamera gua kehilangan charger dan gua adalah naik hantu tahap carut carut. Ok berbalik pada trek pendakian ini, beberapa ratus meter awal pendakian lu orang akan melalui trek kayu ini, wah mmg santai abis la. Dan jangan kau ingat hidup kau akan senang sampai ke akhir cerita. Kata orang hutan ni berupa hutan dalam lord of the ring, tapi di sebabkan gua dah dapat agak keazaban yang bakal ditempuhi, dah tak pikir apa dah. 


*rasa stail gila ambil gambar bertinggung camtu*

Selesai trek kayu bertangga itu bermula lah trek yang sebenarnya, siap berakar akar berselirat dan penuh lumpur disana sini. Awal pendakian memang la gigih elak dari pijak lumpur, tapi tak lama pastu, gua pijak je mana boleh pijak, asal kaki tak tenggelam kedalam sudah. Sbb gua baca dalam blog blog pendaki lain, mereka kata ada yang terpaksa meninggalkan kasut kerana sudah ditelan lumpur, oo mai, gua tak sanggup kehilangan adidas boat gua itu. 


*tetiba dah ada pada ketinggian 2000m, mejik*

*man bergaya sepeti mahu mendaki kilimanjaro*

Trek pendakian adalah turun dan naik, maksudnya bukan mendaki sesaja, dan jikalau lu orang mmg menuju je puncak skali pun, mmg ada trek akan menjunam ke bawah, so usah keliru. tengah pendakian, hujan dah mula turun dan keadaan dah jadi sejuk dan macam hapa je, ok dah sambung hahahaha mesti lu orang berasap kan tetiba bersambung, ala tgk drama melayu, boleh je sambung time tgh klimaks kan haha

*bersama tukang guide kekononnya*

Farid kata: sakit satu badan tak hilang lagi tetiba ada cadangan nak masuk gua pulak, layannnn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis