Wednesday, March 20, 2013

Oz yang tak berapa nak Oz sangat


Ok ini kali nak review pasal wayang yang ditonton last weekend.

Memula adalah nak menonton Jack and the giant slayer, tapi tayangan dah terlepas, dah la tak banyak plak tanyangan nya satu hari mungkin cerita dah lama. Ok so pilih punya pilih tgk la OZ the great and powerful ini.  Ok menengokkan barisan pelakon yang haibat haibat, dengan penuh keyakinan ingin menontonnya. 

Cerita bukan la berkisarkan pasal dorothy, tin man dengan singa itu seperti didalam wizard of oz, tapi ini lebih kepada asal usul Oz itu sendiri. James Franco membawakan watak Oscar Diggs, Mila Kunis as Theodora, Ranchel Weisz as Evanora dan Ranchel Michelle Williams as Glinda. Cerita bermula dengan Oscar yang seorang magician, telah ditelan puting beliung lalu sampai la ke Land of Oz dan bertemu dengan Theodora lalu terjatuh cinta monyet. Kakak Theodora yakni si Evanora adalah penasihat diraja katanya. Mereka di Land of Oz telah mendapat ramalan adalah akan tiba seorang Wizard ke Land of Oz lalu menyelamat negara itu dari tangan wicked witch. Memula adik beradik pompuan ni duk kata Glinda adalah wicked witch nya, ujung ujung mereka sendiri yang jahat. Oscar telah pi ke Dark forest dengan niat akan mematahkan wand si wicked witch, dalam perjalanan beliau terjumpa dengan living china doll yakni seorang anak patung bernyawa di perbuat dari porcelin, dan Oscar juga mempunyai seekor monyer berkepak sebagai pembantu. 

Dah hampir hampir nak mematah kan tongkat sakti si Wicked witch rerupanya ia adalah Glinda, yakni si anak Raja yang memerintah Emerald City. Jadi Glinda adalah baik, dan Theodora sudah patah hati sbb Oscar sudah cam suka sama Glinda plak. Lalu Evanora telah menjampikan sebiji epal lalu diberi makan pada Theodora dan bertukar menjadi witch yang hijau dan hodoh. 

Hui pening nak taip oi, pastu mereka pon berperang demi sahaja merebut Emerald City dan menjadi raja. Tang perang gua tak larat nak tulis, lu orang kene tonton la sendiri, panjang cerita nya.

Ini adalah cerita fantasi, takde adegan cam tembak menembak guna pistol ke apa lagipon ini adalah terbitan Disney jadi amat bersesuaian dengan anak anak. As for me adalah lil bit hampa, sbb cerita nya adalah biasa sahaja je pon, atau lebih best tgk kat dvd sahaja la. Cuma dari segi grafik nya adalah cantik, lagi cantik kalau ditonton 3D. 

Jadi pada yang berminat dengan cerita fantasy fantasy ada unicorn, rainbow, ni sesuai la tonton. Pada yang minat cerita cerita ganas ke atau yang serius serius ke ini adalah bukan filem anda. Dah tu je. Ok bye

Farid kata: Kemal duk sebut Jack and the giant slander?! bermaksud Jack dan penfitnah gergasi?! oo mai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis