Wednesday, July 10, 2013

KUL - KBR 4: Pasar yang macam macam ada



Ini adalah hari kedua yo, so pepagi dah smangat nak pegi Pasar Siti Khadijah. Yer pasai ini bukan calang calang pasar yo, pasar ni popular seantero Tanah Melayu. Popular pasal apa? tak tau? sila pindah ke Zimbabwe lalu bertukar kerakyatan anda. So sekoyong koyong nya kami ke pasar ini, ada yang sudah memasang niat nak membeli baju raya untuk mak, ada yang nak membeli srunding, ada yang nak jalan tgk awek kelantan, macam macam lagi la boleh di beli dan dibuat di pasar ini.


Jadinya sbelum memula bebeapa misi mencari dan membeli mengikut kehendak hati. Kita bekpes dulu ya, apa lagi nasi dagang lah lagi. Kedai makan kat sini cam pelik sbb tempat duduk pelangan mengadap orang jual, ala cam kat bar tu, duduk keliling menjual kekdahnya. Pelik sikit la. Tapi okay la mungkin mmg trend kat sini. 



Kemal mencari kain untuk di buat baju raya untuk ibunya, ikin ngan zerul pergi memburu serunding, gua ngan nok? ntah tak reti nak beli apa, so jalan jalan je la, dan yang penting apabila pompuan2 yang meniaga ni tanya "Abe cari apa Be?" gua jawab "Cari kawan", kompom terbakar minah minah yang menjual ni. Sapa suh tanya kan, gu jawab jujur apa, mmg tgh mencari ikin, zerul ngan kemal yang sudah terpisah.



Dah abis kat pasar siti khadijah ni, so boleh posid ke next destination pula yo. Ok sambung....

Farid kata: Nak beli barang banyak, beg plak kecik, nak tambah beg lagi, malas pulak, jadi jamu mata je la sampai sudah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis