Tuesday, November 19, 2013

Jadi cool sikit boleh tak? sikit je tak banyak pun tak pe.

Tajuk mmg tak leh menahan kan? lol tapi tu la kenyataan. Bukan senang nak jadi cool. Cool macam mana? bukan suh duduk dalam esbok ke apa supaya sejuk, Ni nak cerita ni.

Sebagai manusia biasa, kita ni tak larik dengan pertanyaan kan? Dalam satu hari tu, mesti kita ditujahi dengan banyak soklan. Tujahi okay. Pastu cam ada la soklan soklan yang membina, yang mengondem dan berbagai bentuk dan jenis soklan.

Tak mo cerita pasal soklan membina, tapi nak cerita pasal soklan yang tak berapa membina. Contoh ek, korang pi melancong ke yurop sana, maka bercuti la dua minggu. Cukup ke nak ronda yurop cuti dua minggu?, ni konon konon la. Ok pastu amek lah gambo post kat insta ngan fb. Pos maut ni, merata rata pos pos, even ngan tong sampah pun ko pos pos, aterr tong sampah yurop tak sama ngan tong sampah mesia ni.

Pastu dah abis dua minggu cuti like heaven ni, kene la bekerja. So masuk opis, pos pos cam biasa, sama macam hari hari lain bekerja, takkan tetiba balik yurop ko jadik gila ke apa. Soklan yang biasa ditanya "amacam yurop, best ke uolls?" kita ni pun tak la jawab, just senyum je. Kang melebih memberi penerangan, mau makan tiga pat hari nak abis cerita, maklumla cerita dua minggu punya hal. Pastu sekor lagi lalu tanya soklan yang sama "seronok pi yurop?" pun senyum la lagi. Ni tanya soklan sama erti ngan "balik yurop takde bawak buah tangan kewww?" camtu la lebih kurang.

Ok ok sabar tak sampai klimek lagi ni, pastu hari berikutnya, ada lah umat yang keciciran, smalam tak jumpa agaknya dengan kamu yang baru balik yurop ni, maka hari ni dia tanya "Ko balik yurop ni senyap je, tak best ek pi sana? macam tak syok ek?" amboi amboi amboi *sambil kibas kibas kipas, angkat jari kelingking. Kemahin nya soklan. Ada ke orang pi mlancong dua minggu tak best? yang penat lelah pos pos lam gambar sumbat kat fb ngan insta tu hapa? oh awok takde insta ek? fb pun takde? gua tak dapat tolong, but please, jangan buat andaian sebelum bertanya ken or not?

Pastu kita pun takde la jawab jugak, kang jawab ada plak kecik hati, tp dalam otak mmg nak maki maki ni, tapi senyum je laaaaaa lama lama. Pastu sambung lagi pertanyaan, (ko ingat nak lepaskan ko camtu je?) tanya lagi "tu la aku dah kata yurop tu tak best, ko nak pegi juga,baik la ko pegi umrah" eh eh eh eh. tu soklan ke stetmen? tak kisah janji tatap la nak sakitkan hati orang juga. ggrrrr *bertukar menjadi serigala jadian

Boleh tak kalau tanya soklan cam "amacam sihat ke baru balik melancong?" atau "nanti leh cerita pengalaman yiu kat yurop ek, kita nak pegi hujung tahun ni "atau kalau payah sangat tak yah tanya pape, ko senyum je panjang panjang like dalam senyuman ko tu "syukur ko selamat pulang, kapal terbang ko tak meletop kat udara" pun takpe, paling tidak, takde la bingit tinga dengar soklan soklan tak best camtu. So boleh tak jadi cool masa tanya soklan? bukan nak ngorat awek je kene jadi cool, nak bertanya soklan pun kene cool juga.

Rumusan dari menyelesaikan masalah gitu, kita jawab je "i tak nak komen banyak, baca blog i je atau tonton vlog i" (kompom ko meninggal dunia kat situ jugak). Dah tak paham bahasa sangat. Lenkali nak tanya apa apa sila pikir dulu sebelum taip atau bukak mulot.

Ok dah tu je bye.

Farid kata: contoh mmg tak leh blah, berangan je la nak pusing yurop

2 comments:

Cikwa said...

Besenye cenggitu la manusia..dah tau jawapannye tp still jugak tanya..contoh nampak kawan sorang2 tgh jalan..bule pulak ditanya.."sorang je??"..kannnn??..so acaner?? huhuh

Salam perkenalan dr saya ;)

farikh said...

betul tu, better diam je la tak pun snyum dari tanya yang bukan bukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis