Selalu guna Facebook?
Selalu baca timeline korang?
Ada rasa nak marah masa baca tu?
Ada rasa nak maki dalam hati masa baca tu?
Kalau smua jawaban diatas adalah "yer" makanya korang mesti sependapat dengan gue.
Pendapat apa?
Pendapat yang macam macam, yang menunjukkan betapa kompleksnya fikiran dan akal manusia ini.
Kita scroll ke bawah
Memang lah fb tu medan segala medan, bukan medan magnet.
Semua benda nak dikongsi dalam tu.
Semua benda kita nak share dalam tu, eh share ngan kongsi tak sama ke?
Semua benda kita nak tunjuk kat dalam tu. eksyen
Semua benda kita nak tayang dan buktikan kita mampu memilikinya dalam tu, eh?!
Sekali share makan sedap, tempat mahal, kita pun komen, "Macam mana food dia, worth it or not?"
Dua kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen "This is new place kan? pricy tak"
Tiga kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen, tapi tak jadi komen, cakap dalam hati je "oh yes, dia kaya kot"
Empat kali share makan sedap, tempat mahal, kita tak komen, tapi tuan empunya letak caption "kalau hari hari makan kat tempat macam ni, mesti heaven" kita cakap dalam hati "oh yes, untung la dah tau macam mana rasa heaven"
Kita scroll lagi ke bawah..
Sekali share gambar hadiah husband bagi sempena hari jadi, kita komen "Happy birthday!!"
Dua kali share gambar hadiah husband bagi sempena aniversary, kita komen "congrates babe, u're lucky"
Tiga kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita komen, eh tak komen pon, tapi dalam hati, "oh yes she's lucky"
empat kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita tak komen pon, tapi baca caption "i rasa beruntung betul, asyik dapat hadiah jewwwww, thanx hubby tersayang" kita cakap dalam hati, alhamdulillah dapat suami penyayang, untung la ada hubby kata kau..
Kita scroll lagi ke bawah..
Sekali di tagged oleh kawan di gambar cadar, kita komen "ok"
Dua kali di tagged oleh kawan gambar baju kurung, kita komen "bila masa lelaki berbaju kurung?"
Tiga kali di tagged oleh kawan gambar kuih raya, kita komen "pls stop tagging me (nada nak amukkan)"
Empat kali di tagged oleh kawan gambar jubah wanita, kita tak komen dah, cari nama kawan tu, kita remove terus. Sbelum pertumpahan darah berlaku, better kita make a move dulu.
Kita scroll lagi ke bawah..
Sekali kita terpandang gambar perempuan omputeh seksi dengan caption "exercise is hella good", kita tak komen, rasa tak perlu komen
Dua kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "hot chick bla bla bla", kita tak komen, tapi kita rasa "whatever"
Tiga kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "go baby yeah go baby", kita tak komen jugak, tapi dalam hati "kawan kita ni pengendali web lucah ke?"
Empat kali kita terpandang...... cari nama dia, terus tekan button remove, tribal has spoken
Kita scroll lagi ke bawah
Rasa dah tak kuasa, tutup
Dan sekarang gue tau la kenapa jumlah rakan gue menyusut secara mendadak. Tu belum cerita lagi berkenaan yang rajin K&K, komen dan kondem. Lepas tu maharaja lawakkan benda yang tidak sepatutnya. Rasa sakit hati, rasa takde sensitiviti, rasa meluat, rasa marah. Bosan
Dah tu je
Farid kata: Dont drink and post
2 comments:
remove. and move on.
good job, bebeh.
tu sebab ku deactivate fb lama. bukak fb baru. lebih ketenangan minda walaupun kdg2 ke lauttt jugak tsk..
Post a Comment