Thursday, April 3, 2014

Happy birthday ikhwan, amni masuk spital dan minuman untuk chantekk cam kak ton


*Senget benget lilinnya*

Hari sambut harijadi Ikhwan, besar dah anak buah paklong sorang ni. Beli kek ngan kehepsi je, janji bagi dia potong kek tu. Paklong belikan toys yang murah murah je kat kwan, nak beli kat toyrus, tak mampu lah pula. Maklumlah paklong begaji kecik. Apa apa pon slamat harijadi kwan, smoga membesar dengan sihat dan jangan derhaka dan jangan lasak lasak. 

*Sian amni, slalu dah biasa merayap rayap*

Pastu few days before arijadi kwan, amni plak masuk spital, ntah apa ntah sakit nya, paklong tak sempat la plak nak melawat, amni dah kuar spital. Kata mak apaknya, amni kene operate lepas kuar spital tu. Dan dah selamat di operate pon masa cerita ini ditaip. Nampak sangat paklong adalah ketinggalan zaman dan jugak pemalas nk update blog.


*Barisan kologen yang mengambil bahagian dalam pertandingan "cantek tak kak ton?"*

Ok pastu hantu apakah yang merasuk kemal ngan adik, mereka berlumba lumba minum kologen. Dan pastilah gue tak mo ketinggalan. So beli jugak auraman ni, moga muka haku cantek cam hanez soraya, eh tak tak, moga cantek cam izu selam. Oh rege auraman tu adalah rm180, tapi kene pandai la cari boleh dapat rm150 je. Kemal punya D-cologen tu pun rege lebih kurang. Cuma yang kecik tu adik minum rm36 untuk bekalan seminggu sahaja. Sbb botolnya tu kan kecik. So mari kita tunggu dan lihat sapa lebih cantek selepas ini. Kalau smua sama je muka berbisa, sila campak kologen memasing ke dalam longkang.

*Setengah botol penuh bahan bahan nya, rupa rupanya dah salah resipi*

Pastu sibuk plak nak buat air detox. Kompiden ni pi JJ semban borong bahan bahannya. Pastu dah siap, bila dah minum, apa ke cam cuka je pahitnya ni. Rupanya dah salah resipi, sepatutnya guna beberapa hiris lemon dan timun pastu beberapa helai dau mint. Tapi gua dengan yakin nya tibai DUA bijik lemon, DUA bijik timun dan satu pokok mint. Patut la rasa jahanam satu macam. Elok nak detox terus rasa macam minum racun serangga. So pesanan pada korang, kalau nak bikin air detox ni sila ikot resipi sebenar. 


*Teman nok gemok pi beli baju tiset solomon*

*Sandwich salmon yang enak lagi mengenyangkan*

Itu sahaja sorotan untuk seminggu. Dah tak tau nak cerita apa lagi dah. Update je la mana yang ingat. ok dah bye.

Farid kata: zaman sekarang manusia makin pelik

3 comments:

Mya said...

2 biji lemon, 2 biji timun?
hazabb lew rasanya tsk...

TiNiE said...

baru bukak blog kau ni, nak hanj kan kau mana entry baru tetiba eh ada entry baru! heeeee

farikh said...

mayah sepiah: yer kau rasa nak terpengsan masam pahit smua cukup

kak tin keponpon: amboiii looking forward sangattt ko kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis