Wednesday, June 25, 2014

Semenjak dua menjak yang kurang rajin

Semenjak dua menjak ni perasaan kurang rajin makin berleluasa. Kurang rajin tu dalam pelbagai espek. Kurang rajin dalam aktiviti membasuh rambut, gue cuci rambut seminggu sekali sbb kekangan masa kononnya, walhal malas nak blow iron balik. Nowadays gue bangun pagi lewat, jadi nak masa untuk menguruskan rambut terpaksa di kurangkan. Janji tak berpeluh, ok je takde la kepala jadi masam cam jeruk.

Kurang rajin yang lain merangkumi, nak berjalan kaki. Dulu di kala muda mudi suka je jalan kaki. Tapi bila dah menghapiri tahap kilauan emas ni, takde langsung rasa nak jalan jalan kaki ni. Penat, berpeluh, panas macam macam lagi alasannya. No wonder la kalau satu hari nanti gue gemuk kedempol cam tong drum. Semua salah diri sendiri. Nak berjalan kaki pun malas apatah lagik nak joging joging ni semua. Sehari punya joging, penat nya macam berjoging 24/7 tanpa henti. Hai apalah nak jadi.

Kurang rajin berikutnya, adalah kurang rajin nak makan. Tambah tambah bila makan malam. Rasa tidur tu lebih nikmat dari nak makan nasik. Rasa konon kalau tak bersenam dan tak makan malam boleh kekal langsing, salah yer petua ini. Jangan sesekali diamalkan. Sebab kalau korang tidur dalam keadaan lapar, ada kemungkinan korang bangun tidur jadik naga. Keluar api kat mulut, asap kut telinga. Takde mananya tak makan dan tak bersenam boleh kurus langsing. Senaman kunci utama, penjagaan makanan kunci kedua, barulah boleh mendapat pinggang seramping kerengga.




Kurang rajin lain juga merangkumi, keluar untuk bersosial. Yakni, keluar pegi menonton wayang ke, keroke ke, main bowling ke. Tak tau la kalau ni tanda tanda nak jadi anti sosial. Tapi ada semacam perasaan, kalau boleh nak duduk dalam bilik sensorang, dengar lagu dan main game sepanjang hari, tak perlu makan, minum, mandi dan macam macam lagik, smua tak mau. Mesti berulat kalau begitu caranya. Dari segi espek lain, kurang aktiviti sosial, kurang la pengeluaran belanja. Tapi cam tak jugak kot, ke entah. Nak harap boleh jadi kaya dengan tidak keluar berparti adalah sesuatu yang mustahil yer. Takde jutawan malaysia ni kaya sbb tak bersosial.

Kurang rajin yang seterusnya, cakap thru fon. Tak suka cakap fon, kalau boleh smua nak msg je. Tambahan sekarang banyak sangat scam call. Kalau fon bunyi, tgk nombor takde nama, tekan jadik silent, pastu buat dunno. Nanti kalau jawab lepas tu pemanggil kata dia nak jual insurans atau gue menang peraduan jutaan ringgit, gue jadi serba salah nak matikan perbualan. Jadi ambil langkah berjaga jaga tak payah jawab langsung.


Tak tau la sampai bila kekurangan kerajinan ni bertahan. Harap harap takde lama. 
Punyalah kurang rajin, sampai dalam blog pun cerita pasal kurang rajinnya diri sendiri. lol
ok dah bye

Farid kata: Kalau tak suka, gue ignore, buat muka bangang. bye

1 comment:

aiin said...

apa motip malas dgn post pic makanan???hahahahha..jgn mls2 la farikh..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis