Friday, August 22, 2014

10 kunci menghadapi manusia yang menyukarkan hidup anda

Pernah berhadapan dengan manusia yang menyusahkan dan menyukarkan korang? kira manusia yang suka bikin onar, suka menyakitkan hati kita, suka bikin panas and paling worst suka buat anda merasa annoyed? haa kat sini disertakan 10 kunci, bukan kunci rumah apatah lagi bukan kunci hati, 10 kunci untuk menghadapi umat umat ceni, bendalah ni boleh diguna pakai menghadapi segenap lapisan masyarakat.

1. Tenang dan rilek je

First thing first, perkara yang perlu di lakukan tatkala menghadapi umat umat ini adalah tenang. Bawak bawak bertenang. Suka diingatkan di sini jangan sesekali anda mengeluarkan kata kata sewaktu tgh bengang atau marah. For sure kalau korang berkata kata jua, mesti korang akan menyesal dengan kata kata itu. Tarik napas dalam dalam, pastu kira sampai sepuluh, menjelang sampai sepuluh tu mesti korang rasa sikit rilek. Kot kalau dah kira sampai sepuluh, dada berombak lagi tahan marah, better blah keluar dari situasi itu. Nanti mai balik. Jangan pula dah kira sampai sepuluh, pastu korang pi tumbok plak orang tu. Tak memasal kene gari nanti. Ingat yer kata kuncinya "RILEKS!"

2. Fly like an eagle

Bukan suruh terbang ke apa, nehi nehi. Maksud nya disini sila lapangkan minda anda sbelum berhadapan dengan manusia bermasalah. Dalam hidup kita kita ini ramai je manusia yang penuh dengan cas cas negatif, jangan ingat bateri kete je ada cas negatip, manusia pon ada juga. Jangan buang tenaga dan masa nak bertekak atau bertumbuk dengan umat umat gini. Korang bukan seperti mereka, jadi jangan jadi annoyed juga. Ingat yer perumpamaan omputih ini "You can't fly like an eagle if you hang out with turkey". Jadi jangan menambah bilangan turkey lalu berangan nak terbang macam helang yer, jangan jangan jangan.

3. Bertukar seperti sailormoon!! bertukar dari reaktif kepada proaktif!

Tukar tanggapan korang. Contoh, korang email pada bos, tapi bos buat bangang, buat takde benda pun berlaku, walaupun dalam email nak dapatkan feedback beliau. Ingat! jangan membuat andaian negatip semudah one two three, anggap je beliau sibuk tahap mak pengantin. Walaupun pada hakikat korang tau bos korang tu adalah sukar difahami atau mmg dia tak ambik pedulik pun. Agak agak cam korang dah mula nak menganalisa perangai bos korang tu, better stop. Sbb bila dah start mengkelas kelas kan peribadi orang lain, nanti smua akan jadi negatif. Mula la semua yang buruk buruk muncul, dan bermulah tanggapan yang tak elok sesaja. *Capai mic nyanyi lagu anggapanmu, sambil ekjas kening.

4. Sila pilih peperangan yang korang rasa nak bertempur.

Tak semua manusia yang menyusahkan anda ini perlu di hadapi dengan cara bertekak, maki depan muka atau paling paling tidak tumbuk muka dia. Haaa korang kene bijak supaya jangan bazir kan kederat atau tenaga yang ada. Ok contoh ada dua situasi. Pertama tama, konon korang ni adalah operator pusat khidmat pelanggan, ada la umat yang kol ni sangat la annoyed, maki maki macam orang gila, mecarut semua la. Agak kenot tahan, letak je la fon tu. Tak yah la korang pi cari dia kat umah pastu ajak bertumbuk pula kan? haa kat situ ada penjimatan tenaga. Tak payah buang masa. Ingat yer, make sure kalau bertumbuk biar berbaloi. orang orang gini adalah temporary/sementara sahaja dlam hidup anda.

Contoh yang kedua pula, Kata la ada rakan sekerja anda adalah tahap anoyed unta. Tapi bila sampai bab kerja beliau bagus, macam dia berkemampuan provide all the data untuk team anda bila ada projek. So tak smua yang annoyed ni tak berguna kan? so it is worth untuk bersabar dengan mereka mereka ini. tak semua masalah kene selesai dengan adegan Kl gangster. Kita profesional, betul? Mesti korang espek jenis yang kedua ini dibenarkan untuk bertumbuk kan? bahahaha dasar samseng jalanan. nehi nehi disini kita cuba bagi tips yang berguna. Kalau suh tumbuk je, baik gue tulis dari mula.

5. Asingkan manusia gini dengan isu yang dibincangkan

Selalu berbual dengan rakan rakan? lepak kedai mamak berbual isu terkini berjam jam lalu ada yang sentap bermasam muka, tak pun hentak meja tanda protes? haa biasa kan? apa kata kalau korang berborak borak tu sambil sambil tgk isu apa yang korang bincangkan. Contoh paling paling senang adalah isu politik. Nowadays ramai rakyat biasa jadi ekstrimis politik kan? jangan la korang dah tau dia tak suka parti sekian sekian then korang bring out isu duk puji puji perti berkenaan. Kesan nya? pasti la ada adegan tinggi suara smua. Jadi better kita avoid. Kalau la terbawa keluar isu yang sensitif, adalah lebih molek korang lembutkan ia. Bukan lembut jadik maknyah pula, tapi lembut tu maksudnya cam, know how to tackle situasi la. Ingat yer jangan simbah minyak pada api, kang tak memasal panggil bomba.

6. Letak spotlight pada manusia camni. Supaya biar satu malaysia nampak dia.

Bukan nak suruh buat show nyanyi nyanyi ke apa, maksudnya gini, manusia manusia yang menyukarkan ni mmg suka akan spotlight dalam erti kata lain suka kan perhatian, mereka akan lakukan apa saja pada korang seperti memalukan korang depan orang ramai, demi sahaja mendapatkan perhatian umum. Jelik bukan? Iya, mmg jelik. Cara cara ni adalah untuk mendominasi dan mengeksplotasi korang supaya? for sure supaya we look stupid. bahaha dan harus diingatkan disini, tolong jangan jadi defensive, sbb lagi defensive nya korang, lagik galak manusia yang menyukar kan ini menjadi lebih aktif melaukkan korang. Get the point? kalau dapat, bagus. Kalau tak dapat, sila baca perenggan ni lebih dua kali lol.

7. Maharaja lawak

Pernah dengar lawak tertib? atau lawak berbudi bahasa? tak pernah? kalau dalam bahasa inggeris di panggil appropriate humor. contoh nya la ek, korang jalan masuk opis, pastu korang bagi salam kat rakan sekerja. Dan rakan sekerja tu ntah apa penyakit duk buat diam, cam korang tak wujud, cam korang halimunan. Jangan cepat melatah, dengan spontannya korang cakap "laaa cakap  aku 'sensorang rupanya'" haa kan tertib tu. Pastu jangan la gelak cam orang gila pula. Buat buat cool je. ada paham ka? good

8. Bertukar sekali lagi seperti sailormoon, (matik la asyik betukar sesaja) kali ni bertukar dari jadi pengikut kepada ketua.

Maksudnya disini, kalau dalam perbualan dua hala. Sorang akan pilih topik dan sorang lagik akan folow je la apa topik nak diborakkan. Selalunya manusia yang bermasalah ini akan pilih topik, dimana mereka ini akan mencari peluang atau kesempatan nak melauk kan korang kan? contoh, korang mmg miskin, tapi golongan golongan manusia yang sukar ini suka je pilih topik seperti menayangkan kekayaan yang dia ada, cam cerita baru beli kete ke, baru beli umah ke. Haaaa nampak tak kat situ, ada peluang nak anjeng kan korang yang miskin ni kan? so bertindak sebelum terlambat, korang yang pilih tajuk, jangan la pilih tajuk yang menunjukkan kelemahan mereka pula, dah jadi vice versa la pula. Korang pilih la tujuk yang lebih umum atau lebih cool. Cerita la pasal penjagaan alam sekitar ke apa ke, tu contoh la. Gue tau korang bukan karam singh walia pun nak cerita pasal alam sekitar. Ok ada paham?

9. Belia benci pembuli

Manusia manusia yang sukar ini, terdiri dari pelbagai jenis. Antara jenis yang paling popular adalah pembuli. Ni bukan takat buli kat skola saja, ni terdiri pembuli dari segenap aspek. Sebagaimana yang kita tahu, pembuli pastinya akan memilih mangsa yang kelihatan lemah dan tak tau mendefend diri sendiri. Ni merangkumi pembuli di skolah, jalan raya dan juga pejabat. Betul tak? So apabila mangsa buli mula mempertahan kan dirinya, mempertahankan haknya, para para sakura pembuli ni mula la akan mengundurkan diri sedikit demi sedikit. Haa cam kalau hari biasa dia buli korang tiga kali sehari, lepas bekpes, lepas lunch dan petang. dan apabila korang mempertahankan diri korang, dia akan membuli korang sehari sekali je. Mana tau kan. Macam makan ubat, tiga sudu teh sehari lepas makan.

“Some people try to be tall by cutting off the heads of others.” — Paramhansa Yogananda

So gue takde la sarakan pada korang supaya bertindak agresif menentang para para pembuli ni, macam agak agak rasa dibuli, korang pi tumbuk plak pembuli tu, bukan centu nehi nehi. Mesti ada cara untuk mengatasinya kan. Korang dah besau, buleh pikir sendiri. Selagi pembuli tak melibat fizikal sila la avoid menggunakan fizikal jua. Pembuli mental lagi bahaya, so guna mental juga untuk mempertahankan diri anda. 

10. Pastikan akibatnya

sila pastikan akibat dari sebarang tindakkan  korang, Ambil masa untuk berfikir dan sebagainya. Jangan la disebabkan kenot tahan lagi dengan manusia manusia yang menyukar kan anda kehilangan harta benda, kehilangan pekerjaan dan keluarga. Haa kenot like that. Biar lambat asal bertindak dengan bijak. Jadi dengan menguasai cara berkomunikasi maka korang tau lah nak handle manusia manusia yang bisa menyusahkan hidup korang. 

Farid kata: Sakai betul la

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis