Aiyo dah masuk bulan Julai baru hegeh hegeh nak update harijadi Fazirah, harijadinya 26 jun, maunya dia maki nanti nih, Sorry dik, along bekerjaya sebagai pemasang Gundam, tak banyak masa nak menaip. Ok skang nak buat shout out tuk adik kesayangan gue ini.
So takde plak nak buat potong potong kek ke apa dulu, so kami pi berbuka puasa di Casa delrio, sama ngan cik matno ngan umi sahaja.
*muka photostat*
Selamat hari jadi dik, moga ko dilimpahkan rezeki dan dipanjang kan umur dan di berikan jodoh yang terbaik (gila kau tak risau, adik pompuan sorang je, wajib wajib la gue interbiu calon adik ipaq bebetul). Semoga ko cepat dipertemukan jodoh. Adik lelaki gue dah berkeluarga, jadi tinggai kami dua je yang bujang, ni je la geng gue merayap kemana mana.
Farid kata: Dedua adik gue menyambut harijadi di bulan Jun.