Friday, July 24, 2015

Menggundam sambil mendoodle

Dah lama tak cerita pasal Gundam, sbb sudahnya jadik malas, bila siap pasang nak kene amek gambo piula. Dan skang ada hobi baru, duk mendoodle, belajar je kat youtube, pastu gegila beli pen berbagai jenis. Tapi pen mmg memainkan peranan penting yer, kalau ko tarah pakai ballpen je, mesti rupa cam keharom, nak lukis cupcake jadi tong sampah. So sila beli pen yang elok, dan kertas jua memainkan peranan. Gue ini kan baru nak belajar kan, jadi asal dapat kertas kosong, gue tarah je la, pastu kertas nya cam nak mengkoyak, terus cam $%^$#$#@!$#, so kalau ada bajet belilah drawing pad yang cun. Tp gue lebih suka lukis atas post it note, sbb kecik dan tak yah pepening nak pikir apa nak lukis kat drawing pad besar besar tu. Kalau tak menjadik pun, takde la rasa bersalah nak kotak buang.
sila ikuti gambarajah berikut: (Gambar adalah bercampow baur tak mengikut turutan, harap maklum)

*warna nya pakei Sharpie Fabric, sbb kalau pakai hai lighter, result cam keharom*

*Infinte justice Gundam, kit ni adalah susah didapati*

*Mencuba buat filling bulat bulat putus putus*

*Pen Micron tu adalah terbaik, takat ni gue hanya jumpa kat kinokuniya*

*HGBF Lightning Gundam, berserta backpack yang dijual berasingan, takat ni, ni kit paling gue paling suka (total harga kit RM92.00)*

*HGBF Try Burning Gundam, yang di suai padan dengan kaki dan lengan dari Lightning Gundam*

*Geng Backpack, dari kiri Perfect Strike Gundam, Freedom Gundam (kit ni ketinggian nya pendek dari kit lain, kehapa hapa ntah, Build Strike Gundam dan Infinite Justice Gundam*

*senget benget jadinya*

*Ntah mana mana note pad di rembatnya*

*Bawak Post it kemana sahaja*

*stelah di pengaruhi maya sepiah, kami beramai ramai order air kesihatan*





Ok dah tu je, next week gue coti coti malaysia, kot kalau rajin cam beaver, gue update mana mana mampu hokey. Sampai berjumpa di lain episod baibai

Farid kata: Tak sobar nak coti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis