Thursday, September 12, 2013

Ch 5 - Bharat ke Thimur



Dari membeli jam stroberi, ke Cameron Barat lah kita. Masa sebelum pegi ke sini, cam kobar kobar nak makan brownies dengan eskrem, ujung ujung dah baham scone terus rasa cam mual mual, tapi takat mual tu apalah sangat kan, so kita baham ciken pie bersama dengan teh o ais laici. Tu la gua kata, cameron dah panas nowadays, so kita kene minum ais.


Ada variety pilihan disini, ada donut la bagai segala. Dan yang penting gua rasa teh teh yang dijual di kedai disini adalah mahal berbanding di pasar malam. Sikit la mahal. Tapi gua beli jugak kat sini. Amek feel katanya. 

*Bayangkan tukang potong teh tu kene potong kat atas puncak sana, tak ke tercabut nyawa nak daki tu?*

Walaupun hari itu adalah ari senin, makhluk juga banyak yer waktu itu, sbb sebahagian besar pelancongnya adalah warga arab, so dorang pedulik apa ari senin ke, slasa ke, hari raya ke, tetap la bertebaran di sana sini. So makan makan, amek gambar sikit pastu tak yah pikir pikir lagi mmg kene balik untuk tido, resaksa biasalah, dah makan kene la tido, baru lah gemok. 


Farid kata: Tahun depan baru buleh melancong jauh jauh, sedey

Wednesday, September 11, 2013

[22] Danazine



Rentetan dari kisah pemasangan berturutan, hari ahad gua cuba pasang Danazine pula, masih lagi dari siri Gundam Age. Tapi ni mmg lain dari yang lain sbb ianya berupa seekor dinasor plak, tak de ciri ciri Gundam biasa pun. Masa bukak je kotaknya tgk part nya, mampuh banyak hoi. *Nangis ketuk ketuk kibod


Most of the part mmg kaler hijau askar dan hitam. Kurang menarik, tapi Danazine ni ada kluar cam special edition kaler ungu. Dan pasti lah susah nak dapatkan. So kita beli je la kaler hijau askar ni. Bagai yang disangka, yer mmg lagi payah dari Ghirarga nak masangnya. 


Bahagian perut nya je dah berapa lapis. Gua dah pasang lapisan terakhir, skali ada plak part yang tertinggal menyebabkan kaki nya tak leh disambung, so dengan perasaan amarah yang melampau, gua barai la balik smua sambil mencarut carut dalam hati. Bila dah siap pasang, dah bahagian perut tu plak tak leh tutup rapat, apa ke bala betul la hai. Tapi pedulik la, janji smua part bersambung.


So mari kita usha usha model lain pula, dan yang penting bukan berupa dinasor lagi, hazab dan tobat tak mo pasang lagi.

Farid kata: Bulan depan baru boleh beli lain

Ch 4 - super scone


*Ada askar lahad datu kat sini tgh memantau medan peperangan*

ok dari kea farm, Kemal kata nak pi beli jam stroberi untuk aweknya, jadi ke Kampung apa ntah namanya. Tak ingat. Tapi ni jam orang mlayu buat. Kedainya cam atas bukit. Ada mokcik jaga yang penting mokcik ni speaking london ok. Feeling kat Cardiff ke makcik hoi? Memula cam decide beli jam pastu berambus, tapi tetiba gua jadi terpana ngan scone nya. Cam sedap je nampak gayanya. So kita order, scone ngan teh lemon seteko dan juga dadih stroberi. Gerga sangat makan banyak camtu. Tapi percayalah licin ku bedal smua itu.



Apa yang buatkan scone nya cam sedap adalah jam stroberinya. Sbb normal orang akan pakai jam biasa, tapi ini sebijan sebijan stroberi nya, jadi nikmat nya sangat sukar digambarkan mahupun bukan dengan gambarajah. Jadi kalau lu orang pegi sana, sila gitau gua, gua akan bagi peta. Gps ke kau ini?!

Selesai beli jam, cam biasa, fikir jap nak pi mana lagi. Pastu nak pi Boh sungai palas, tapi tutup la pulak di hari senin, jadi kita pi Cameron Bharat je la. Janji ada feel minum teh tepi ladang, feeling tu penting, walaupun ke Cameron sahaja. Next entri yo

Farid kata: Satu tempat satu entri, hadap sampai muntah

Tuesday, September 10, 2013

[23] Ghirarga



Dah lama tak cerita pasal Gundam, ok now nak cerita. Beberapa minggu yang lepas, gua ada membeli dua bijik Gundam, cam biasa beli online la. Walaupun beli dua, cas penghantaran adalah sama dengan beli satu yakni rm8 je, so hepi. Gua beli ni beralamat kan nama adik pompuan gua, ujung ujung si pos laju tak jumpa umah apak gua. What the pisang?! Dua tiga kali kol tanya betui ke idak ke alamatnya ini. Tapi akhirnya slamat sampai jua. *capai mic nyanyi lagu memori daun pisang

*Nampak tak dalam tu ada kad? itu adalah kad untuk cabutan bertuah, ingat family day je ke ada cabutan bertuah?! beli gundam pon ada tau, paling kelas boleh pilih pilih apa hadiah yang bakal dimenangi*

Ini kali gua beli kedua dua adalah waktak jahat dalam Gundam Age, ater nak try la pasang selain dari Gundam biasa. Yer mmg mencabar. Gua pasang Ghirarga ni dulu, keseluruhan ya berwarna merah, ada juga part kaler pink, hijau, kunin dan hitam.


Pasang punya pasang, skali bila nak cantum kan badan, tangan ngan kaki, baru gua sedari yang kaki nya kedua duanya belah kanan. Ok tak kelakar ni, sbb nak tukar mmg kene baraikan balik, cam keharom rasa masa tu. Tapi dari ku campak kan bendalah ni lalu berputus asa, rugi la pula kan, So gigih la bukak balik bahagian kaki tu lalu pasang yang sbetulnya. Tapi gua mmg pasang ikot manual. Sila salahkan manual bahasa jepun tu.


Pastu Ghirarga ni ada ekor, dan bukan sebarang ekor ya. Ekornya kene sambung sambung guna wayar. Tulisan dalam manual adalah bahasa jepun, gambarajah plak cam mengelirukan, gua buat separuh jalan, pastu cam tak jadi je, terus ku campakkan ke tepi ekor tu. Tak yah ekor pun cantek apa *walhal tak reti pasang.





Ok, keesokkan harinya kita pasang yang lain pula ya.

Farid kata: Berangan angan nak beli model scale 1/100 plak pasnih, berangan je la

Ch 3- rerama, ayam gemok dan pokok pisang

*Sbenarnya cam nak peluk tapi cam malu, tehapa hapa la kau ni*

Ok ada sikit gambarajah dari kejadian sbelum ke destinasi seterusnya. 

*tetiba ada mokcik tersentil (bak kata sopiah) di tepi itu*


Selesai tawaf satu lavender ke apa ntah ni, duk pikir mana lagi nak pegi, pastu pikir punya pikir, pi taman rerama je la. Yer dah kering idea. Taman rerama ni letaknya berhampiran dengan simpang nak ke Boh sungai palas. Bayaran masuk dalam tu adalah rm5 jew. So adalah murah.

*pos pos tegak bahu snget cam patung*

Tempat ni cam kepelikkan sbb dalam dia cam hutan, tapi bahagian blakangnya ada construction, cam pelikkan. Dalam ini juga ada ulaq, bewok, ayam, itik. So tak terhad pada rerama sahaja. Keadaan juga adalah panas, so tak yah berangan nak berbaju sejuk bulu bulu ke apa.

*dalam percubaan letak rerama atas pala*

*Usaha tangga kejayaan*


*Haa akhirnya berjaya*




Dah penat berpusing pusing bagai nak gila lam ni, turun naik tangga bagai, baru lah nak kuar, pastu singgah kedai yang ada kat sini, kemal beli teh pelbagai perisa. Pastu duk pikir lagi, kejenya asyik berfikir mana lagi nak pegi, last last decide pegi kea farm.


*Nampak bayang bayang sendiri, seperti hanjen dan bayang bayangnya*


*Kehidupan kekura diaatas hamparan guni*

*Walaupun dalam ini ada tanam pisang, tak bererti ada jual goreng pisang dalam ini. Upama air yang tenang jangan disangka tiada buaya*

*mesti luorang ingat gua akan cakap, walaupun didalam ini ada bela ayam, jangan diingat ada kfc dalam ini*


Gambar kat kea farm pastilah tak amek, ater sibuk berjalan sambil makan brokoli goreng pastu duk belek sana sini, beli kledek yang siap di rebus banyak banyak. 

Farid kata: Lepas je abis dari kea farm bateri kamera pun kong, terus campak lam kete. Yer gua pemalas nak charge bateri kamera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis